http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, May 31, 2013

Keputusan Tak Di Sangka......

Alang-alang tak boleh tidur nie, rasanya nak update la sikit berita aku dekat Terengganu nie. Pagi tadi baru sahaja aku habis jawab test terakhir untuk semester ini iaitu test online Public Speaking, dan rasa happy dan nak terkinja-kinja buat sementara waktu nie pun dah muncul sikit sebab dah lega la kan since test dah habis. Malangnya kena ingatkan diri nie yang Isnin depan dah mula FINAL PAPER. Jadi semangat nak terkinja-kinja tu terpaksa pendamkan sikit untuk dilepaskan lepas jawab final paper nanti. 

Aduhai, aku rasa dah terlalu lama rasanya aku tak menulis dalam blog nie sebab aku tengok ayat aku dalam blog nie makin lama makin skema la pulak. (Rasa macam dah lari jauh dari tajuk nie) Alang-alang aku dah cakap pasal ayat skema nie, aku rasa aku dah boleh agak sebab kenapa ayat aku dah tak sempoi (sempoi ke?) macam dulu. Memandangkan terlalu banyak kerja-kerja yang menaip macam assignment yang berlambak, repot trip sumber alam aku hari tu (insyaAllah akan diupdate akan datang)...rasanya itulah sebab ayat aku makin skema....argh!!!!!!!! tak ade idea nak buat ayat permulaan a.k.a ayat nak masuk cerita nie....

Sebenarnya malam tadi dalam pukul 9 malam kelab aku adakan AGM (maksudnya Anual Grant Meeting) untuk bubarkan Exco-exco lama kelab dan lantik Exco-exco baru. Jadi dorang buatlah pemilihan exco baru berdasarkan undian melalui kertas, alah...yang mengundi macam stail Surviver tu cuma nama yang terpilih tu bukan kena keluar dari meeting tapi terpilih jadi exco baru. Ceritanya aku sebenarnya memang berhajat nak jadi Setiausaha a.k.a SU sebab nak belajar cara-cara nak buat surat, mintak tajaan dan sewaktu dengannya. Jadi masa pemilihan untuk jawatan tu, aku dengan tanpa segan silunya tulis la nama aku sendiri dekat atas kertas aku tu sebab memang aku nak jawatan tu. Tup tup masa exco lama umumkan nama aku jadi SU baru untuk semester hadapan selama setahun (tak surprise langsung cerita aku nie). Persoalan dalam diri aku sekarang nie, dorang betul-betul undi aku atau main ambik je siapa yang dorang suka? Sebabnya masa dorang sebut nama aku tu, aku dok terpikir siapa la yang tahu nama aku tu since aku sorang je yang ada dalam kelab bagi kos aku (aku sorang je budak pelancongan dalam kelab tu). Nak kata exco-exco yang undi aku pun, dorang tahu nama panggilan aku je, bukannya nama kedua dalam IC aku. Jadi itulah sebab yang aku rasa musykil sangat tapi kalau aku cerita dekat kawan-kawan aku, confirm dorang kata aku paranoid sangat dan tak tahu malu sebab undi nama sendiri...

[Apalah yang aku nak merepek dalam fail besar gedabak nie?]

Jadi inilah harta kelab yang SU sebelum nie serahkan pada aku. Dia cakap fail nie dah wujud sejak tahun 2008 lagi dan sekarang tahun 2013, kiranya fail nie dah berusia 5 tahun sudah (dah boleh masuk taska dekat Uni aku dah nie). Aku pun tak tahu benda apa yang nak taip nanti, carta organisasi pun dok terkial-kial nak menaip dekat laptop. Hmph, k la nak tidur dulu. Dah tak ada idea nak tulis apa. Selamat Malam....

P/s: Aku cadang lepas habis final exam nie nak buat satu labels atas nama entri maraton. Kirenya semua cerita-cerita lama yang aku tulis dalam kuantiti banyak tapi publish dalam hari yang berbeza nak letak bawah kategori nie. Nanti tak adalah nampak kosong sangat blog aku nie tapi tu cuma cadangan je la, bukan ye betul-betul lagi pun.....

3 comments:

Silampuneon Neo said...

tak larat tgk file gabak camtu laa takky.. wahh hebat laa takky jadi su lepas ni apa apa surat menyurat silaaa buat !! minit mesyurat sekali ekkkk huaaa..masak la lu... :) tahniah takky !!

takky said...

baik cikgu...
*tangan terketar2 nak menyalin info dekat kertas...

Silampuneon Neo said...

hahahaha sengal gak takky ni..go su go !! u can duiitttt

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...