http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, June 6, 2013

Selamat Berpuasa Sunat...

****entri nie ditulis bukan bertujuan riak atau nak poyo lebih-lebih, harap maklum****

Alhamdulillah hari nie aku dapat berpuasa sunat hari khamis + israk mikraj (tak pasti sama ada memang ada puasa sunat israk mikraj atau tak). Sekarang pukul 7.55pm dekat UMT dan aku tengah tunggu roomate aku yang puasa sekali untuk berbuka sama-sama. Tadi kami cuma minum air soya je sebelum dia pergi solat dekat surau dan aku solat dekat bilik (nak jugak bagi bilik aku nie bercahaya :p).  Sebenar ye aku tulis entri nie pun sebagai satu peringatan untuk diri aku juga.

Masa aku mandi tadi, aku tetiba terfikir kenapa orang lebih mengutamankan benda-benda sunat dari benda-benda wajib. Sebenarnya aku masih tak dapat nak cari jawapan itu cuma yang aku harap perkara-perkara sunat nie dapat cover sikit pahala kita yang memang sikit je pun. Sepanjang aku puasa sunat nie, nampak la sikit yang hati aku nie senang nak buat benda wajib lagi-lagi masa nak solat fardu (except subuh sebab tak terniat pun nak puasa sunat hari nie). Hati dengan badan seiring sekata hari nie, bila hati terniat nak solat, badan pun follow je...tak macam hari-hari sebelum nie. Bila hati niat nak solat, masa tu la badan penat la mata ngantuk la, kaki tak larat nak jalan lah...macam-macam alasan yang boleh keluar dari kepala otak sampai boleh ter....

 [ Makanan berbuka hari nie, saje je masukkan buku Entik tu >< ]

*** bukak puasa dengan roomate kejap***

(pukul 8.22pm) kita sambung balik topik kita tadi. kadang-kadang macam-macam alasan yang boleh muncul dalam kepala nie sampai pernah terfikir "nak je sembahyang dalam mimpi, lepas bangun tidur boleh buat benda lain" dan kadang-kadang pernah termimpi tengah sembahyang tapi sedar-sedar tu ada atas katil sambil peluk bantal kepala...huhuhhuh. Sebenarnya tak terniat pun dalam hati nie nak puasa sunat, tapi bila tengok dalam FB penuh dengan status kawan-kawan duk puasa sunat, apa salahnya kita puasa sekali. Niat baik tak baik ditangguh-tangguh, kawan ajak buat baik...apa salahnya ikut. Mungkin sesetengah orang akan kata "puasa kerana Allah, bukan sebab ikut kawan" tapi bagi aku tak salah kalau kita cuma ikut-ikut dulu lagi-lagi bagi mereka yang jarang-jarang puasa sunat. Macam yang aku tulis sebelum nie, apa salah ye sebab orang ajak kita buat benda baik...tak kan nak marah-marah dan tolak. Tapi penyataan aku nie cumalah bagi pendapat aku saja, kalau ada sesiapa nak membangkang atau nak menghentam, terpulang kepada individu masing-masing (plus aku malas nak layan sebab kadang-kadang makin layan makin naik minyak pula nanti). c(=

Jadi....hmph, apa lagi nak tulis ye???? Owh, baru ingat kena makan ubat sebab satu hari puasa tapi langsung tak sentuh ubat. Alhamdulillah tak ada pape perkara yang tak diingini berlaku termasuk perubahan emosi yang tak betul (since ubat aku nie macam kawal emosi sikit fungsi dia), jadi kena tunggu dalam berpuluh-puluh minit kejap, baru boleh start makan ubat sebab baru dinner kan tadi....

Ok la, harap sesiapa yang baca entri cikai-cikai nie boleh doakan saya untuk jawab final exam Etnik @ sabtu nie, Sumber Alam @ ahad nie, Statistik @ selasa nie dan Jepun @ jumaat nie. Risau sebab baca macam tak masuk-masuk je but so far still ok la bila cuma nak jawab soalan-soalan lepas (aku pun pening dengan ayat aku nie) K la, wasalam....

2 comments:

Mrs Nurul said...

insyaAllah takky boleh jawab soalan2 tu...:) moga Allah sentiasa permudahkan urusan urusan u..yang penting mesti niat kerana Allah..insyaAllah semuanya pasti OK :)

takky said...

aminnnn

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...