sunyi sepi aku sendiri
berjalan tanpa teman di sisi
anggap latih diri untuk masa depan nanti
bila dah mula kena duduk seorang diri
kadang kala kita sangka kita ramai kawan
tapi bila hantar sms jarang dibalas
mungkin telefon bimbit mereka belum diaktifkan
sejak keluar dari pintu dewan peperiksaan yang baru sahaja lepas
kadang kala kita perlu belajar hidup seorang diri
walaupun situasi itu dah lali sejak azali
buku agama ada tertulis "tak ada benda yang kekal dalam dunia ini"
jadi jangan pelik bila ianya datang dan pergi sesuka hati
nak bersedih pun tak ada guna
yang mampu buat hanya berserah pada-Nya
walaupun perangai ini macam pengguna jalan raya
berhenti sebentar bila ada RnR dan tol sahaja
maaf jika kataku ini banyak kiasan
namun itu sahaja yang dapat aku luahkan
terima kasih pada mereka yang dapat tafsir isi yang disampaikan
pada yang pening anggaplah ini sebagai pantun luahan perasaan
Nukilan pada 9.25pm - 8 Jun 2013
Olahan semula pada 11.00pm - 8 Jun 2013
4 comments:
Salam..
Menjadi lumrah..
Kawan itu bukan teman,
Kawan beribu boleh dicari..
Teman, cukuplah seorang dicari..
Ianya peneman tatkala sunyi,
Ianya penyelesai tatkala bermasaalah,
Ianya penyandar tatkala kita jatuh,
Ianya memimpin tatkala kita tidak boleh jalan,
Ianya pendengar tatkala kita bercakap,
Dan ianya adalah cukup untuk kita harapkan..
Selamat berhujung minggu :)
terima kasih kerana memahami...
jika ingin mencari teman yang satu itu...
rasa ye diri ini masih belum mampu...
apatah lagi nak mencari hati idaman kalbu...
untuk menjadi teman hidup sepanjang waktu....
cukup la dengan teman2 belajar dahulu....
bila dah bersedia, baru operasi pencarian berlaku...
dengan niat untuk bersatu....
hingga ke alam yang lagi satu.....
^_^
wa...suka ! nak share tak kiraaaa
letak link n kredit nty....
*dlm ati nk taw gak ape respond org len since blog kak neon famous...
Post a Comment