http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, June 25, 2013

Nak Cari Kerja Baru (Bahagian 2)

*Pada mereka yang masih belum baca bahagian 1, anda boleh klik SINI untuk membacanya....

Waktu aku menulis entri ini, aku baru sahaja berhenti kerja sambilan di stesen minyak Taman Dagang. Sebab kenapa aku berhenti kerja ialah aku nampak peluang akan dapat kerja sambilan yang baru. Mesti anda yang membaca rasa pelik kenapa aku tulis "Nampak Peluang".......sebelum anda mula menghakimi aku atas sebab-sebab yang tidak benar dan tidak berniat nak memberi pahala percuma kepada aku dan mengumpul dosa sendiri secara tidak sengaja, diharap dapat membaca entri ini sehingga habis dahulu dan simpan rasa amarah dan geram anda dalam hati sahaja jika anda berniat nak memaki hamun saya tak tentu pasal (ini perenggan ayat skema, harap maklum)....

Ok, sebenarnya sebelum aku mohon kerja dekat situ....aku ada ambil borang kerja dekat tempat lain. Tengok dekat tempat kerja tu pelanggan ramai tapi pekerja kurang, supervisor dekat situ pun masih mencari pekerja baru tak kira sama ada TETAP mahupun SAMBILAN. Jadi aku cuma isi borang dan hantar dokumen yang perlu dekat tempat tu. Semalam aku dapat panggilan dari tempat kerja yang aku hantar borang tu tapi tak dapat nak angkat panggilan sebab aku tengah kerja dekat stesen minyak dan telefon bimbit aku dalam mode senyap. Jadi aku hanya perasan yang aku terima misscall tersebut selepas aku habis kerja shif malam. Rasa sayaaaaanggggggggggggggg gila sebab tak angkat tapi aku tahu peluang untuk aku dapat kerja di situ agak cerah (berdasarkan pemerhatian aku dekat situ)....Jadi aku ada buat sikit soalan dan jawapan yang mungkin akan tercentus di minda anda semua bila baca entri aku ini....


Kau berhenti kerja dekat stesen minyak tu sebab gaji dekat tempat baru tu lagi masyuk ke?? 
Aku masih tak tahu lagi berapa gaji yang akan aku dapat, dengar cerita dari kawan-kawan aku yang pernah kerja dekat situ yang anggaran gaji dekat tempat baru tu lebih kurang sama je dengan gaji dekat stesen minyak nie....

Habis kenapa nak berhenti kerja kalau gaji lebih kurang sama je, kena buli dekat tempat kerja ek????
Eh, mana ada orang buli aku. Kerja macam biasa je plus aku pun dah pernah kerja dekat stesen minyak di tempat lain sebelum ini dan aku gunakan pengalaman aku sepanjang aku berkerja seumur hidup aku nie untuk hadapi situasi ini dan alhamdulillah, kes buli tak pernah berlaku pada aku.....

Kalau bukan pasal gaji dan kes buli, atas sebab apa kau nak tukar kerja?? 
Untuk entri sebelum ini, alasan aku bagi untuk cari kerja baru ialah sebab gaji tapi aku masih kekal kerja sebagai FOA semasa kerja dekat situ sampai aku sambung belajar. Walaupun aku bising-bising cakap gaji kecil la, itulah inilah tapi aku masih tetap dengan kerja FOA tu. Jadi buat masa ini alasan yang aku boleh bagi ialah dari faktor persekitaran dan juga aura orang yang kita jumpa.

Persekitaran dan aura????
Yup, bagi aku (aku la, orang lain aku tak pasti)...bila kita kerja dalam keadaan gembira, boleh bergelak ketawa sambil kerja, boleh berbual-bual dengan pelanggan dan rakan sekerja dengan riangnya, kita akan rasa gembira untuk diri sendiri serta orang yang memerlukan khidmat kita. Dari situ juga aura positif akan muncul dan kita rasa bahagia sebab kita dapat buat orang lain rasa gembira. Lagi satu, bila kita jumpa orang yang happy go lucky, secara automatik orang tersebut membawa aura positif dan kita juga akan terkena tempias aura positif itu juga. Sebab tu aku berhenti kerja di stesen minyak dan akan cuma pergi ke tempat kerja baru yang aku mohon seperti yang aku nyatakan di atas kerana di stesen minyak tu, ciri-ciri ini sukar untuk aku dapat dan aku rasa macam aku kerja sebab terpaksa kerja (apa punya alasan nie??) dan rasa macam kerja sorang-sorang walaupun ada partner dan berbual macam biasa masa kerja....Mungkin inilah juga alasan kenapa aku dapat kerja sebagai FOA sampai aku dapat tawaran sambung belajar ke UMT sebelum ini. Aku dapat rakan sekerja yang happening (kadang kala terlebih happening ok), bos jabatan yang gila-gila dan ambil berat akan hal pekerja (walaupun selalu mengomel itu ini), rasa stress bila kerja tapi stress tu semua orang tanggung dan semua orang selesaikan sama-sama (tapi banyak ye bos yang kena menghadap dengan big bos) dan banyak lagi sebab yang tak dapat aku ungkapkan di sini.....

Alahai....3 bulan je kot kau nak kerja, bukan ye lama pun....
Sebabkan 3 bulan la aku senang sikit nak tukar-tukar kerja nie (sengal punya jawapan aku) sebabnya lambat laun aku tetap akan berhenti kerja dalam bulan 9 nanti. Lagi pun, aku nak kumpul pengalaman (alasan biasa aku) sebelum melangkah ke alam kerja dan yang paling penting sekali aku suka kerja dalam mood happening walaupun rasa geram dan stress bila buat kerja tu. Orang-orang di persekitaran juga memainkan peranan penting semasa kita bekerja. Kalau kau kerja tapi tak gembira, kau pasti akan rasa MALAS gila nak buat kerja tu, rasa NGANTUK sesangat-sangatnya dan asyik tengok jam BILALAH NAK HABIS SYIF NIE....

Oklah, aku terima alasan kau tapi macam mana kalau tempat kerja baru kau tu tak terima kau??? Dia cuma baru telefon je dan tetiba cakap dia tak terima kau, apa kau nak buat nanti????
Hmph, it's hard question but apa yang aku boleh cakap ialah aku kenalah cari kerja baru dekat tempat lain. Yang pasti bukan dekat stesen minyak tu lagi buat masa terdekat ini. Lagipun 3 bulan je kan, rasanya boleh je nak cari kerja sambilan dekat mana-mana dan yang penting pandai-pandailah cari nanti. Nak hidupkan, pandai-pandai lah nak hidup macam mana, yang penting hasil kerja halal....ini lah dunia pekerjaan

Buat masa nie, hanya ini sahaja soalan yang aku boleh bina untuk bagi jawapan kepada diri aku sendiri. Kalau ada sesiapa yang TERbaca dan nak bagi pandangan, boleh juga tulis pandangan anda di ruangan komen entri ini dan saya pasti akan membalasnya (sebab blog nie tak femes, jadi tak ramai orang nak komen...sebab tu yakin boleh balas komen nanti) tapi saya hanya akan membalas komen anda di ruangan komen entri ini juga, bukan di blog anda atau mana-mana pun....

Jika anda ada akaun Borang Musim Bunga a.k.a Formspring (jika akaun anda masih aktif), anda boleh memberi soalan anda di SINI jugak. Itu sahaja nukilan saya untuk hari ini. Jumpa lagi nanti.....^_^

2 comments:

Anonymous said...

Student Umt?

takky said...

yup, kenape ye?????

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...