Aku baru je sampai rumah aku pagi tadi dan sepanjang hari aku tidur, disebabkan sekarang nie tak boleh tidur jadi aku tak tahu nak buat apa-apa walaupun esok pagi kena pergi HKL sebab nak ambik keputusan darah. Tetiba teringat tengah hari tadi aku baru je hantar laporan lawatan dalam bentuk softcopy dekat pensyarah aku sebab dia cadang nak letak laporan yang aku buat dalam majalah universiti (blushing sekejap) cumanya dia nak edit sikit-sikit dan mungkin dia nak letak mana-mana gambar yang sesuai untuk diberikan kepada pihak majalah nanti (still lagi blushing). Jadi entri nie khas untuk pembaca aku plus ini laporan yang original sebelum korang boleh baca dekat majalah UMT nanti (since aku terberitahu sorang kawan aku kat UMT yang aku ada blog dan kami tukar-tukar URL, cuma nya blog dia tak boleh view sebab dia tersetting private). Sila bersedia dengan popcorn atau apa-apa makanan lain sebabnya entri nie agak panjang bagi aku dan sangat panjang bagi sesiapa yang dah pernah baca entri panjang aku yang aku rasa masih pendek lagi....
[Sepatutnya aku post entri nie semalam tapi disebabkan tertidur masa update entri nie + baru siap edit gambar, jadi aku baru nak post hari ini iaitu 19/6/2013 dalam pukul 2.05 pagi nie]
*********
Ringkasan
Perjalanan
Mengikut tentatif asal lawatan ini, kesemua peserta perlu
berkumpul di kawasan tempat letak kereta FPE pada masa yang ditetapkan. Namun
disebabkan terlalu banyak bahan-bahan kitar semula yang perlu dibawa, AJK
Pengangkutan iaitu Muhammad Fitri Idris telah memberi cadangan agar semua
bahan-bahan tersebut diletakkan di Blok B1 dan semua peserta perlu berkumpul di
Kafe SAM pada pukul 8.00 pagi. Pada pagi tersebut, setelah AJK Makanan (Ellia
Suriati) selesai mengedarkan sarapan pagi kepada semua peserta, kami menunggu
di Kafe SAM sehingga bas UMT tiba untuk membawa kami ke destinasi pertama kami
iaitu Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Walaupun kami
bertolak lima minit lebih awal dari tentatif asal kami namun begitu pemandu bas
kami telah tersalah destinasi dengan membawa kami ke Pejabat Utama Pusat Bandar
Kuala Terengganu. AJK Tugas Khas (Nur Husnina) bersama Timbalan Pengarah
Program (Nur Zaharah) terpaksa merujuk kepada pegawai di meja pertanyaan
pejabat tersebut untuk mendapatkan arah destinasi yang sebenar. Oleh disebabkan
kesilapan tersebut, kami telah sampai 15 minit lewat ke Perbadanan Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Kuala Terengganu.
Sesi
penerangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pihak perbadanan dan juga
wakil peserta iaitu Mohamad Shahrulnizam (AJK Protokol) dengan berterima kasih
dan menghargai kesudian pihak perbandaran menerima kunjungan para peserta yang
terlibat. Sepanjang sesi penerangan dan lawatan di kawasan perbadanan tersebut,
semua peserta telah memberi sepenuh tumpuan terhadap penerangan yang diberikan
oleh wakil perbadanan tersebut iaitu Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal & Pembersihan Awam, Kuala Terengganu, Pn Fatimah Bt Haji Ahmad.
Banyak maklumat yang kami dapat semasa berada disana terutama sekali mengenai
transformasi perkembangan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
di Malaysia untuk sebelum, semasa dan perancangan transformasi yang akan
datang. Di akhir sesi tersebut, sesi pemberian cenderahati telah dilakukan oleh
Amnani Ayuni (AJK Cenderahari) diiringi oleh Takky Dean (Pengarah Program) *nama sebenar dirahsiakan dalam blog ini* dan juga pensyarah pengiring iaitu Dr. Zuha Rosufila untuk diserahkan kepada
pihak perbandaran. Satu jamuan khas telah diadakan dan kami segera berangkat ke
RD Papers Sdn. Bhd selepas selesai menjamu selera.
Setelah kami tiba di RD Papers Sdn. Bhd., kami mendapat
maklumat bahawa pihak RD telah menerima panggilan bahawa rombongan kami akan
tiba pada pukul 10.45 pagi namun maklumat tersebut tidak benar kerana surat
yang telah kami berikan sebelum ini menyatakan bahawa kami akan tiba pada pukul
11.45 pagi. Pihak kami telah memohon maaf atas salah faham yang berlaku dan
pihak RD Papers memaafkan kelewatan kami. Sesi penerangan dan lawatan ke RD
Papers diteruskan seperti biasa dan pelbagai info baharu yang kami perolehi
seperti terdapat 7 - 9 jenis kertas yang perlu diasingkan sebelum dikitar
semula, campuran bahan seperti banner iaitu hasil campuran kertas dan plastik
tidak dapat dikitar semula, dan pelbagai lagi. Kami juga terharu dengan kaedah
penggajian RD Papers dimana pihak mereka telah membantu golongan kurang upaya
(OKU), ibu-ibu tunggal serta pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM untuk
bekerja sambilan di syarikat mereka. Ianya bukan sahaja membantu menyelamatkan
alam sekitar malah telah membantu serba sedikit peluang pekerjaan yang semakin
sukar dicari di negara ini yang sedang dibanjiri oleh warga asing dari luar
negara. Disamping itu juga, kami telah memberikan kesemua bahan-bahan kitar
semula yang telah kami kumpul sebelum ini kepada pihak RD dan menerima hasil
daripada bahan-bahan tersebut dalam bentuk wang tunai. Wang tersebut telah di
simpan oleh bendahari kami (Nur Idayu) atas arahan Dr. Zuha. Lawatan Ilmiah
kami ke RD Papers sememangnya satu pengalaman yang manis dan sukar dilupakan
kerana banyak pengajaran yang kami dapat dari lokasi tersebut. Selesai sesi
pemberian cederahati yang diwakili oleh Timbalan kami sambil diiringi oleh Dr.
Zuha, kami meneruskan perjalanan ke Rantau Abang bagi melawat Pusat Informasi
Penyu atau lebih dikenali sebagai ‘Turtle Sanctuary’ yang berada disana.
Selesai solat zohor dan makan tengahari di Rantau Abang,
kami segera ke ‘Turtle Sanctuary’ yang terletak bersebelahan dengan lokasi
makan tengahari kami sebentar tadi. Pada mulanya kami hanya bergerak sendiri di
dalam ‘Turtle Sanctuary’ tanpa pemandu arah wakil dari lokasi tersebut iaitu
Encik Hamid. Oleh sebab itu, kami hanya melihat kawasan sekitarnya dan membaca
maklumat-maklumat yang berada didalam kawasan tersebut seperti pelancong biasa.
Namun nasib menyebelahi kami pabila Encik Hamid telah tiba semasa kami menonton
tayangan video mengenai penyu-penyu di Malaysia. Selepas sesi tayangan
tersebut, Encik Hamid telah memberi sedikit ucapan serta serba sedikit penerangan
mengenai spesis-spesis penyu yang ada di Malaysia terutama sekali yang selalu
berkunjung ke Rantau Abang. Kami juga berpeluang untuk melihat serta memegang
anak penyu yang baru sahaja menetas selepas mendapat kebenaran daripada Encik
Hamid. Sebelum kami berangkat pulang, kami telah memberi sedikit sumbangan
berbentuk wang tunai yang kami perolehi sebelum ini melalui hasil kutipan
bahan-bahan kitar semula kepada pihak ‘Turtle Sanctuary’. Encik Hamid
mengucapkan terima kasih atas sumbangan tersebut serta sudi berkunjung ke
lokasi ini walapun rombongan kami datang dari jauh. Encik Hamid juga
memberitahu kami bahawa rombongan kami amat bertuah kerana berpeluang
melepaskan anak penyu yang baru sahaja menetas pada petang ini sebelum matahari
terbenam. Kami tidak melepaskan peluang keemasan ini dan berbincang dengan
pemandu bas kami agar tidak terus balik ke universiti demi peluang yang sukar
didapati ini. Akhirnya pada petang tersebut usai solat Asar dan bersantai di
pantai Rantau Abang, kami berpeluang melepaskan sebanyak 46 ekor anak penyu di
belakang pusat ‘Turtle Sanctuary’ iaitu di Pantai Rantau Abang. Ianya satu pemandangan yang amat bermakna
kerana dapat melihat kesungguhan anak-anak penyu tersebut menuju ke pantai
dengan bersemangat sekali walaupun baru sahaja wujud di atas muka bumi ini.
Sejurus selepas selesai melepaskan anak-anak penyu
tersebut, kami mengucapkan terima kasih kepada pihak ‘Turtle Sanctuary’ kerana
sudi memberi kami peluang untuk melepaskan anak-anak penyu tersebut. Kami terus
menunaikan solat Maghrib dan bertolak pulang ke Universiti Malaysia Terengganu.
Pada pukul 8.30 malam, kami berhenti sebentar untuk makan malam di Medan Selera
Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Kami tiba di Universiti Malaysia Terengganu
pada sekitar pukul 10.30 malam.
************
Itu lah laporan panjang yang aku bagi dekat pensyarah aku tapi bila aku view balik, tak ada lah panjang sangat. Mungkin terpengaruh dengan bilangan muka surat kot masa aku nak print laporan ini dulu agaknya. Apa-apa pun mari layan gambar-gambar kami sepanjang lawatan kami disana dan ini lawatan pertama aku bagi subjek yang aku belajar di UMT dan lawatan pertama dengan rakan-rakan sekelas....
[ Yang buat peace tu pensyarah aku, lagi sorang tu kawan dia dari jabatan...tak ingat]
[Kami sampai lambat sikit sebab tersesat]
[SU kumpulan kusyuk menyalin untuk di bubuh dalam assignment nanti]
[Gambar kenangan di lokasi pertama kami]
[Antara barang-barang yang kami kumpul tak sampai 2-3 hari je]
[Gambar kenangan di RD Paper Sdn. Bhd]
[Budak-budak nie pantang kalau ada kamera dah standby shot]
[Ada 5 jenis penyu yang selalu datang Malaysia kecuali yang biru, hihihi] c(=
[Fakta jarak kedalaman pasir dengan kawasan telur penyu]
[Semua kusyuk dengar penerangan Encik Hamid]
[Kusyuk sampai dah macam gaya wartawan pula]
[Saat-saat terindah aku dan anakku....eh, anak penyu]
[Says cheese!!!!!!!!]
[Gambar kumpulan aku dan teruk bebenor posing aku]
[Ambik feling kejap sebelum joint yang lain lepaskan anak penyu]
[Gambar terakhir sebelum bertolak balik ke UMT]
[Video khas untuk anda semua, dan sori kalau gambar tak lawa dan senget sikit]
Pengalaman yang memang tak dapat aku lupakan lagi-lagi dekat Turtle Santuary tu. Encik Hamid pernah cakap bahawa kalau boleh jangat siar atau hebahkan gambar-gambar penyu ini kecuali untuk pembelajaran. Jadi entri yang aku tulis ini memang khas untuk pembelajaran aku (dah terang lagi bersuluh, nama tajuk entri pun Laporan Lawatan Subjek). Jika rasa gambar nie kecik sangat, korang boleh klik dekat gambar tu untuk lihat dengan libih jelas lagi nanti. Apapun ianya memang satu pengalaman yang indah dan sweet sangat. Lepas nie ada satu lagi trip yang akan berlangsung dalam bulan 11 ini tak silap aku. Aku akan maklumkan atau cerita dalam blog ini kalau ada kelapangan masa dan jika diizinkan.....^_^
No comments:
Post a Comment