http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, June 18, 2013

Sarapan Itu Penting

Hari ini ialah hari terakhir aku kena pergi jabatan neurologi di HKL dan lepas nie cuma perlu pergi jabatan pembedahan am sahaja. Sebab kenapa aku tak payah pergi jabatan neuro lagi kerana semua urusan aku dah selesai dekat  sana, keputusan darah dan sewaktu dengannya juga ok saja. Cumanya aku tak tahu pula yang aku masih kena ambil darah semasa last checkup tadi. So, inilah cerita aku....

Kalau ikutkan jadual kad temujanji aku, aku kena ada di sana pada pukul 8 pagi tapi tahu-tahulah yang aku nie memang jenis lambat. Bangun pun dalam pukul 9.30 pagi, siap-siap pukul 10 pagi dan sampai dekat HKL dalam pukul 11 pagi. Mujur jururawat yang jaga dekat situ tak bising, lepas dah bayar RM5 (memang prosedure dia kena bayar even kau bawak kad pelajar, surat dari tempat study je diterima), aku pun tunggu je la sambil baca novel aku. Masa masuk jumpa doktor dan bla bla bla bla sikit dengan doktor, dia cakap semua dah ok dan nanti kena bagi surat dekat jabatan pembedahan am macam biasa cumanya aku kena ambil ujian darah yang terakhir untuk hari itu dan keputusan nanti akan terus dihantar ke jabatan yang lagi satu.

Dalam hati aku "ah sudah, aku dah la tak sarapan lagi...tengok orang yang nak cucuk aku pun muka innocent dan suci sangat, baik bagi warning dulu". Masa jururawat tu nak cucuk aku, aku bagi tahu siap-siap yang aku memang mudah pengsan bila ambil darah dan tak sarapan lagi, jururawat tu dah cuak tapi dia tenangkan diri dengan tanya:

"habis sebelum-sebelum ini awak ambik darah macam mana? Pengsan jugak ke??"
"tengok orang yang ambik juga, selalu ok je kalau orang tu buat sekejap.." 
"habis lah ko kalau patient nie pengsan, aku tak larat nak angkat dia nanti" kawan jururawat tu mengusik... 
"ish ko nie, meh sini tolong aku jap" sambil buat muka...

Aku rasa kalau aku tak ada mungkin dia dah lesing kawan dia yang dok suka mengusik tu. Jadi lepas dah suruh ikat dan buat apa-apa yang patut, aku tarik nafas panjang-panjang dan tahan sambil pandang luar tapi tutup mata. Tahan punya tahan punya tahan, ya Allah...asal lama sangat minah nie ambik darah aku?? Bila dia dah tarik picu jarum tu, aku tengok picagari darah aku dan yup...darah tak penuh macam yang selalu aku ambik darah. Nampaknya memang kena cucuk lagi la nampaknya. Terus aku suruh dia berhenti kejap dan bagi aku bernafas pelahan-lahan, terus dia risau sebab dah nampak muka aku pucat, berpeluh-peluh dan aku perasan yang tangan aku memang tak boleh nak genggam sangat. 

Mula-mula aku masih boleh kawal tapi lama-lama pandangan aku dah mula kabur dan aku cuma ikut arahan jururawat lama yang jaga kaunter dekat situ. Nafas macam biasa, tunduk kepala kebawah, jangan angkat kepala lagi, biar darah tu tak naik kepala sambil suruh jururawat lain ambil kerusi roda. Bila dah duduk atas kerusi, dia bawa aku masuk bilik sebelah dan suruh aku baring rehatkan diri. Sebelum dah lelapkan mata, jururawat lain bagi aku ini...

[Biskut sebungkus + milo panas rasanya]

Hahahaha, dapat makan percuma tapi tak habis sebab tak lalu. Makan dan minum sikit je tapi habis setengah juga la air tu, tak percaya boleh tengok gambar dekat atas tu. Lepas tu terus baring a.k.a tidur dekat situ. Nak kata lama tu tak ada la lama sangat, kira-kira dalam 30 minit juga la aku ada dekat dalam bilik tu. Dalam pukul 1 macam tu aku pun keluar hospital dan terus menuju balik ke rumah. 

[Rasanya aku pening sebab oksigen tak cukup lor, bukan sebab takut darah]

Sebelum balik, aku memang berniat nak singgah Jusco Maluri untuk pergi tengok earphone dan juga kedai buku MPH. Harga earphone yang aku nak terlalu mahal bagi aku dan buku yang aku cari dekat MPH tak ada, bila tanya dekat kaunter perkhidmatan pelanggan, buku yang aku nak ada di cawangan MPH lain dan jika aku nak juga, kena tunggu lagi seminggu lepas dorang mintak hantar ke Jusco Maluri. Aku harap apa yang dorang cakap tu betul la dan bukan tipu-tipu. Aku cuma tulis nama, numbor telefon dan juga nama buku serta penulis atas kertas kecik dan bagi dekat staf situ. Dia ambik dan masuk dalam kocek seluar dia, hmph, harap sangat boleh dapat sebab stok buku tu memang dah limited. Nak beli secara atas talian pun dah tak boleh sebab pengeluar buku tu dah stopkan penerbitan dia.

Lepas dah tempah buku dekat MPH, aku pun turun bawah dan pergi beli sarapan aku a.k.a makan tengah hari terus. Aku tibai beli roti bakeri dekat depan restoran Nando's tu dalam 6 biji, lepas tu pergi makan KFC Snack Plate Set + Cheesy Wedgets dekat situ. Roti tadi cuma tapau dan dok tengah makan sambil menaip la nie. Memang aku tibai makan betul-betul aku rasa nie, lepas dan makan KFC tu boleh pula tibai air krim RM1 dekat McD sebelum naik LRT untuk balik rumah, Memang tak beringat langsung aku nie walaupun dalam hati dok menyesal sebab banyak gila karbohidrat aku masuk dalam badan aku hari nie. Masa balik tu singgah dekat Petronas Cempaka sebab nak tanya sama ada kerja kosong sementara ada atau tak tapi malangnya aku dah lambat beberapa hari sebab baru je sorang minah nie masuk. Nak tak nak kena la cari kerja lain dan aku masih memikirkan nak kerja apa...

Jadi aku rasa tajuk aku untuk entri nie dah lari jauh gila tapi yang penting kita semua kena sarapan tiap-tiap pagi. Sarapan tu penting lagi-lagi kalau kepada mereka-mereka yang nak kena pergi hospital untuk buat pemeriksaan berkala tu. Ok la, sampai sini sahaja. Aku nak edit gambar-gambar sikit sebelum terbit satu lagi entri baru untuk hari ini. Nak tahu entri apa, kena lah tunggu dulu. Ingat nak post semalam tapi tertidur nyenyak pula. Hihihihii ><

1 comment:

Hewww said...

Haha. Saya kalau janji pukul 3, pukul 2 dah terpacak kat tempat tu. Dah jadi habit sejak azali. Sebenarnya ikut perangai mama. Mama kurang berkenan kalau dah janji tapi lambat sampai. Bukan macam ayah saya, set pukul 7 pagi, 9:30 dok tergolek atas tilam lagi, tapi sekali tengok macam best la pulak buat macam tu. Kadang terpaksa kelentong ayah kata ada tugas cuci tingkap la, sapu sampah...kalau tak hari-hari kena tahan pengawas. Larat ka selalu kena macam tu...tak syok ooo. 

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...