[ status yg aku tulis malam tadi ]
Sekarang dah nak masuk pukul 10 pagi. Ada lagi 12jam 30minit je lagi aku akan berada di tanah Kuala Terengganu. Tak tahu la kenapa aku rasa happy sangat bila dapat balik sebab sebelum ini aku memang tak kisah sama ada dapat balik ataupun tidak. Kenapa tak kisah? sebabnya aku bukan ye buat apa pun dekat rumah nanti selain daripada habiskan masa, air, elektrik dan stok makanan dekat rumah. Nak kate rindu dengan orang rumah, cuma boleh kata "jauh bau bunga, dekat bau tahi" memandangkan aku boleh agak yang dekat rumah nanti mesti aku akan bergaduh dengan adik-beradik aku walaupun benda yang aku gaduhkan tu tak masuk akal (biasalah, tak sah adik-beradik kalau tak gaduh). Hihihihhhiih :p
Setakat ini aku dapat fikirkan ada beberapa sebab yang membuatkan aku rasa GEMMMBIRAAAAAAAA sangat untuk balik rumah.
- Dah lama tak jumpa chobi & chibi, akak aku yang bela dorang. Maaf tak dapat nak bagi tahu bela haiwan apa sebab akak aku tak benarkan aku bagi tahu melalui public dan media. Kalau beritahu secara berdepan insyaAllah boleh.
- Baru je buat membayaran untuk tempahan buku Fixi. Kemungkinan buku-buku tu akan sampai dalam minggu depan. >_<
- Nak mintak tolong ayah hantarkan laptop, external hardisk, dan pendrive dekat kawan dia untuk betulkan. Yang laptop cuma nak bersihkan kipas dia je (nak bersihkan sendiri tak reti) manakala external dan pendrive nak mintak betulkan balik sebab tak boleh bukak. Tiba-tiba je benda dalam tu semuanya jadi 'shortcut', langsung tak boleh bukak. :'(
- Kemungkinan sabtu ini akan keluar ke Mid Valley (masih dalam perancangan) dengan geng aku masa dekat poli dulu. Masa cuti je aku dapat jumpa dengan dorang dan kami selalu berjumpa terutama masa ada pesta buku.
- Dengar cerita dekat KL selalu hujan sekarang ini. Tak sabar nak tengok dan rasa hujan sebab dah hampir sebulan (memang sebulan dah aku rasa) hujan tak turun dekat Terengganu nie. Aku dah mula batuk kering walaupun dah minum 2 botol air bersaiz hampir 1liter dalam masa sehari. Boleh bayangkan betapa panasnya Terengganu?...(jangan cakap Neraka lagi panas, memang aku cepuk nanti).
Itu je 5 sebab yang dapat aku fikirkan buat masa ini. Nanti bila dah balik rumah aku nak update banyak-banyak BANYAK entri sebab banyak benda yang aku nak ceritakan terutama majlis yang aku urus dekat UMT beberapa hari yang lepas. Semoga aku masih dapat mengingatinya dengan baik.
No comments:
Post a Comment