Sebenar ye aku dah tulis habis entri nie pada malam semalam, tapi disebabkan oleh masalah line internet yang ciput, semua yang aku tulis hilang macam tu saja [agak bengang jugala di situ ya saudara saudari sekalian]. Kalau korang kata blog ini akan autosave apa yang kita tulis dalam entri ini, aku cuma nak beritahu yang autosave aku nie save 1 word je semalam...."PETANG", tu je yang dia sempat save lepas panjang gila entri yang aku taip malam tadi....pppfffffff.....Jadi hari ini aku cuba taip balik apa yang aku nak cerita dalam nie semalam...
Petang tadi [19 March 2013 ye dalam pukul 2 pm] aku pergi Klinik Bukit Rakit untuk ambil bekalan ubat memandangkan PKU dekat UMT tak ada bekalan ubat aku ini [PKU = Pusat Kesihatan Universiti taw]. Itu pun sebab aku mintak roommates aku tolong temankan pergi on the spot sebab dia je harapan bercahaya yang aku nampak masa tu. Kalau ikutkan jadual, aku kena ambil ubat aku tu hari khamis nie tapi disebabkan tiada transport pada hari tu jadi aku terpaksa pergi hari ini [sori roommates sebab dah susahkan kau]. Jadi merempitlah aku bersama dia atas motor pergi Klinik Batu Rakit petang tu. Masa sampai klinik tu tak ramai orang, jadi masa menunggu tu tak ada la lama sangat.
Lepas dah bagi transkrip ubat dekat bahagian farmasi, aku tunggu dekat depan kaunter sambil tengok akak jururawat tu buat kerja. Setiap ubat yang mereka keluarkan kena rekod sebab nak pastikan setiap keluar masuk ubat tu tak silap. Jadi masa tengah merekod ubat-ubat aku tu tiba-tiba dia sebut harga ubat tu sekali. Dalam hati aku..."ish, takkan lah aku kena bayar ubat-ubat nie nanti? Selama 3 tahun ambil ubat nie tak pernah kena bayar pun". Masa tu aku dah risau sebab aku tak bawak duet banyak pun masa tu.
Lepas akak tu dah habis rekod semua, aku pun tanyalah akak ke yang ubat-ubat nie nak kena bayar ke nanti? Akak tu cakap tak payah cuma mereka memang kena rekod semua tu sebab nak masuk dalam bahagian kewangan mereka nanti. Lagipun dalam sistem mereka memang dah siap-siap ada harga bagi setiap ubat tu dan kena print untuk dilekat pada ubat-ubat tersebut [asal tetiba keluar ayat skema nie?]. Jadi akak tu pun tunjuklah dekat aku harga setiap ubat yang aku ambil, kalau ambil dekat hospital atau klinik swasta, harga ubat-ubat nie lagi mahal lagi daripada harga ini.
[ Petak biru - nama ubat, petak merah - RM...jumlah semua = RM64 ]
Ini baru harga untuk sebulan sebab aku ambil ubat nie untuk stok sebulan aku. Bayangkan aku dah dekat 3 tahun ambil ubat nie, RM64 x 12 bulan x 3 tahun = RM2304 [gluuupppp]. Tak mampu wei nak bayar semua nie lagi-lagi aku tak ada pendapatan tetap pun...[padahal dalam hati cakap baik duet nie guna untuk beli novel dan jalan-jalan -_-" ]. Apa-apa pun kira bersyukurlah sebab aku tak perlu keluarkan apa-apa duet pun untuk semua nie, kena pandai bersyukur tahu. K la, sampai sini je yang aku nak celoteh buat masa ini. Bye bye dan salam semua....
No comments:
Post a Comment