http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, April 6, 2013

Barang Panas Sampai Lagi

Hari ini nak buat entri pendek je sebab laptop yang biasa aku guna masih dalam proses baik pulih lagi. Serius rasa janggal pakai laptop ayah sebab laptop nie kecik sangat, orang lain selalu panggil netbook kalau tak silap. Jadi nak mengedit gamba apa semua pun susah sebab software yang selalu aku guna tu tak ada dalam netbook nie...

[ Serius tak jelas langsung apa yang aku tulis kat gambar tu ]

Buku nie sampai semalam sebelum aku nak pergi sembahyang jumaat, mujur akak aku ada kat bawah masa tu. Jadi dia yang tolong signkan masa nak dapat bungkusan nie. Aku tak boleh bayangkan apa akan jadi kalau mak aku yang terima bungkusan nie, konfem sehari suntuk kena bebel sebab beli benda-benda onine nie. Setakat ini aku baru je habis baca buku ASRAMA, cerita dia not bad la but aku akan review cerita ini nanti jika masa mengizinkan. Aku baca dulu buku nie pun sebab dia tak berbalut plastik masa aku dapat. Alang-alang dah terbuka, baik terus je baca dan aku habis baca malam tadi dalam pukul 2 lebih jugak la (tu pun banyak berenti kejap nak makan dan berfacebook) dan baru tidur. Hari ini pula rancang nak baca buku yang aku beli lepas sama ada GERGASI atau MENTAL (tengok la dulu nak baca mana satu). Hmph, tak ada semangat sangat nak update sebab janggal bebenor pakai netbook nie....

P/s: Kepada pihak FIXI, just nak tanya saja if KOPI dapat FOC mug, BOLA dapat FOC penanda buku magnet (tapi saya tak dapat sebab beli awal sangat), KLCC tak dapat apa-apa FOC ke? hihiiiihi >_<

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...