http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, March 1, 2013

Seminggu Yang Banyak Ragam

Maaflah sebab tajuk entri macam budak sekolah menengah (mungkin sekolah rendah lebih sesuai?). Apa yang aku nak tulis dalam nie ialah aku rasa LEEEEEEEGA sangat hari ini sebab hari ini dah start cuti, cuti apa? Cuti hujung minggu je tapi serius memang aku rasa lega sangat sebab cuti hujung minggu dah tiba. Memang aku nak manfaatkan cuti nie dengan rehat sebaik mungkin dan yang paling penting sekali aku tak nak fikir pasal subjek Ekonomi Statistik. Kepala aku rasa bebal sangat sepanjang minggu nie gara-gara subjek nie. Walaupun aku tahu yang minggu depan kami akan bertemu lagi tapi yang pasti aku tak akan jumpa kau dalam masa seminggu ini. ^O^

Cuma bayangkan (terutama budak U) yang subjek eko nie ialah 3 jam kredit. Tapi disebabkan pensyarah aku dah cakap awal-awal yang dia tak akan ada selama 2 minggu, jadi dia buat keputusan untuk buat kelas ganti dan ianya BERTURUT-TURUT dan minggu ini saja aku belajar subjek ini selama 9 JAM. Kepala aku betul-betul pening. Dah la baru masuk minggu ke-2 belajar (minggu pertama just kenal pensyarah dan sub-topik subjek je) tapi dah masuk bab 6. Bukan ye senang nak belajar subjek nie lagi-lagi ada unsur matematik tambahan. Memang bertambah pening kepala. Yang tak boleh tahan mulut pelajar semua terlopong je bila pensyarah ajar, tapi bila tanya faham ke tak...."FAHAMmmm", "Ha???", "Apa tu?", *sambil buat muka baru tengok spesis hidupan baru.

[ Ikut susunan: Jepun, BI, Eko, Etnik, Tamadun, Sumber Alam ]

Korang nampak buku-buku kat atas nie, itu semua buku subjek yang aku ambil sem ini dan ianya masih belum cukup lagi walaupun sem ini aku cuma ambil 6 subjek saja (belum masuk nota dalam bentuk slide show lagi bagi setiap subjek). Buku eko je dah kena ada 2 buku teks yang aku masih tak pasti sama ada yang mana paling banyak guna ataupun tidak. Kadang-kadang rasa membazir pula sebab beli je lebih tapi tak guna pun. Aku nie bukan ye reti sangat guna buku teks. Selagi orang tak bagi bantal selagi tu aku tak tidur, itu belum masuk lagi bantal tu dah bubuh sarung ke belum. Macam tu la aku yang aku rasa, buku dah beli tapi bila nak guna ye tak tahu. Nak belajar sendiri tak reti.....argh sudah, terlalu banyak komplen pula aku nie. Think positive TAKKY. Yang penting sekarang kau kena biasakan belajar eko dan math nie dalam bahasa MELAYU (waktu sekolah dulu belajar bahasa orang puteh la katakan).

Cakap pasal bahasa nie teringat masa aku belajar subjek nie dalam kelas, tak silap aku topik dia pasal Ukuran Serakan Data. Ala, yang pasal mode, median, mean tu. Masa nie kami rujuk buku bahasa inggeris memandangkan pensyarah bagi kerja rumah dalam buku teks inggeris. Jadi dalam kelas dia ingat nak bincang balik jawapan kami tapi dari soalan yang kami ambil tu, dia cipta soalan baru dan terus masuk pasal varians dan standart deviation. Kami sekelas pun dok pulun la habis-habis nak fahamkan formula standart deviation nie sebab formula pensyarah lain dari yang dalam buku plus pensyarah kata bila cari formula nie, automatik kita cari formula varians sekali. Tengah dok kira-kira tetiba masuk soalan baru dengan cakap "cari formula sisihan piawai soalan nie beserta variansi dia sekali" dan dia tunjuk formula lain. Argh sudah, masa tu kami dah kira betul tapi dok fikir yang mana satu jawapan variansi, mana satu jawapan sisihan piawai. Yang kelakar ye, kami bincang 4-5 orang dan semua bagi jawapan yang lain-lain (siap tunjuk jawapan dekat pensyarah lagi tu). Lepas dah tunjuk pun stiiiiiillllllll tak puas hati sebab kenapa jawapan dia jadi macam tu. Last-last aku tension sangat lalu tanya apa beza standart deviation dengan sisihan piawai. Semua orang diam sekejap (dalam 4-5 saat macam tu) dan ada seorang hamba Allah nie mencelah, "bukan sama je ke standart deviation dengan sisihan piawai?". Masa tu memang gelak sakan sampai keluar air mata nie ketawa, langsung tak jadi nak cari jawapan tu sebab ketawa tak habis-habis sebab baru tahu yang benda yang kami dok gaduh tu rupa-rupanya benda yang sama je tapi dalam bahasa yang berlainan.

Itulah akibat ye bila belajar dalam 2 bahasa dan untuk bahasa Melayu bagi subjek ini, kami guna buku teks yang lain dan aku masih belum ada lagi buku tu. Hmph, mengeluh je la yang aku tahu. Lepas nie nak kena beli lagi 2 buku bahasa jepun sebab pensyarah jepun cakap buku tu tak sampai lagi. Serius aku rasa sem nie aku masih sukar untuk faham gaya mengajar pensyarah sebab cara mereka mengajar lain bebenor dengan pensyarah-pensyarah yang pernah aku jumpa. Kenapalah aku jumpa ramai pensyarah pelik dalam satu masa? Nak kate syok pun ya, tak kata geram pun ya juga...argh, aku pun dah jadi pelik macam dorang....

2 comments:

Time Traveler Boy said...

okla lagi dua bahasa.. aku amik 3 bahasa.. dan rujukan dalam bahasa melayu.. so empat bahasa in one time..
nama pun student.. rileks la.. :D

takky said...

sebab ko study oversea...
still leh trime lagi...
cuma situasi yg berlaku masa 2 mmg klaka...
maybe sebab dh lame bebenor aku x blaja math dlm BM (mmg x penah pun b4 nie)...
so, istilah2 dia dlm BM masih lagi asing bagi aku...
hihihiii

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...