[ Aku edit gambar nie sendiri ]
Sinopsis
Mengisahkan kehidupan seorang pelajar wanita amnesia bernama Saya Otonashi yang tinggal bersama keluarga angkatnya di Pulau Okinawa mula berubah setelah diserang oleh seekor atau seorang (lebih tepat mungkin) Chiropteran di sekolahnya pada lewat petang. Kehadiran Haji telah membantu menyelamatkan Saya daripada haiwan tersebut namun kaedah yang digunakan mengejutkan Saya dan juga Kai Miyagusuku a.k.a abang angkat Saya. Situasi menjadi lebih rumit apabila Haji dan David a.k.a bekas ketua ayah angkat Saya menerangkan bahawa hanya darah Saya sahaja yang mampu membunuh semua Chiropteran ini. Pada mulanya Saya berasa was-was dengan perkara ini namun kematian ayahnya, George Miyagusuku dalam keadaan separuh manusia selepas dititiskan darah Saya membuatkan Saya membuat keputusan untuk menewaskan kesemua Chiropteran ini.
Perjalanan yang disangka berjalan dengan lancar terbantut apabila Kai dan juga adiknya Riku Miyagusuku membuat keputusan untuk mengikut pengembaraan ini, malah telah mengikut mereka secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Saya. Pertembungan mereka di Vietnam telah membuka salah satu daripada rahsia silam Saya dimana Haji merupakan Chiropteran kepada Saya (maksudnya Saya di tuan kepada Haji). Disebabkan itu, Saya juga telah memutuskan bahawa pengembaraan ini juga akan membuka sejarah kehidupannya yang tidak dia ketahui dan tanpa Saya sedar, kehidupan dia telah bermula sejak pertengahan abad ke-19 lagi (latar masa cerita ini berlaku pada tahun abad ke -20).
Namun pelbagai rintangan yang perlu mereka tempuhi serta banyak mangsa yag telah terkorban dalam pengembaraan ini sehingga menyebabkan Saya mula hilang matlamat apabila dalang disebalik semua kejadian ini merupakan kembar kepada Saya sendiri. Demi menyelamatkan orang yang tersayang, Saya telah berdepan sendiri melawan kembarnya apabila semakin ramai orag yang tersayang korban. Perkara ini telah membuka mata Kai untuk menjadi lebih matang dan berkeputusan untuk meneruskan perjuangan Saya dan keluarga dia.
Adakah Saya telah mati? Walaupun penonton tahu bahawa hero kepada cerita ini tidak akan mati namun bagaimana Saya ingin menamatkan riwayat kembarnya sendiri memandangkan Saya dan kembarnya bukanlah manusia biasa apatah lagi kaedah membunuh kembar Saya sama dengan kaedah membunuh Saya sendiri iaitu dengan menggunakan darah masing-masing. Mampukah Saya melaksanankan misi ini apatah lagi pabila kembarnya telah mengambil wajah adik angkat Saya sendiri iaitu Riku?
Anime yang mempunyai 50 episod ini sememangnya merupakan satu kisah yang mengajar kita serba sedikit tentang kehidupan, kepercayaan, harapan, kekeluargaan dan pelbagai lagi. Tiada hubungan darah bukanlah satu masalah bagi membentuk sebuah keluarga yang bahagia namun bagaimana ingin mengekalkan hubungan ini serta menyelamatkan hubungan ini demi orang yang tersayang wujud dalam cerita ini. Oleh sebab itu, jangan lupa saksikan anime BLOOD + ini nanti.
Pendapat Aku
Satu cerita yang menarik. Dah lama aku nak cari cerita yang macam ini sebab kebelakangan ini rasa tertekan sangat dengan kehidupan belajar (satu ayat yang poyo). Tapi memang cerita nie best bagi aku sebab aku memang minat cerita stail macam nie. Bagi aku, hubungan kekeluargaan Saya, Kai dan Riku sangat kuat walaupun mereka sedar yang mereka tiada hubungan darah walau setitis pun. Semuanya hanyalah anak angkat kepada George Miyagusuku sahaja yang merupakan seorang bekas tentera US tak silap aku.
Plot cerita ini bermula bila Chiropteran mula serang Saya dan George mula menerangkan serba sedikit tentang asal usul Saya yang George tahu namun semua itu hanyalah 5% sahaja yang dapat membantu Saya dalam menjejak kehidupan asal dia. Kehadiran Haji banyak membantu Saya, malah Haji juga sentiasa nasihatkan Saya bahawa Saya perlu mengingatinya sendiri supaya dia dapat membuat keputusan yang terpenting dalam hidup dia.
Bagi aku, scene atas kapal yang paling sedih bagi aku sebab dekat situ boleh nampak kasih sayang seorang abang kepada adik dia. Nak tahu apa yang terjadi, korang kena tonton sendiri anime nie. Episod berapa tu aku tak ingat sebab anime nie ada 50 episod tapi sememangnya korang tak akan rasa menyesal bila dah tonton.
Rating Bintang
Aku bagi 4.5 bintang sebab jalan cerita dia best. Dia punya ending pun sedap sebab apa yang dirancang tak seperti yang diharapkan. Tambahan lagi aku jumpa OST lagu nie (nie OST opening yang ke-3), antara OST yang paling aku suka dalam anime nie. Mujur aku dapat muat turun lagu nie sebab nie je satu-satunya video yang ada sarikata dalam bahasa inggeris, yang lain semua dalam bahasa sepanyol dan ntah pape lagi bahasa yang aku tak dapat nak kenal pasti...pape pun enjoy this anime
[ Video: Boleh klik kat perkataan video untuk tahu asal video nie ]
P/s: Lupa plak nak cakap yang anime nie based kepada manga dia. Pada sesiapa yang lebih minat manga dari anime, bolehlah baca manganya di web-web yang tersedia ada dalam internet.
No comments:
Post a Comment