http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, February 16, 2013

Argh, LAPAR YE!!!!!!!!!!!!!

Aduhai, asal lapar sangat nie? Takkan sebab baru sampai u dah senang sangat lapar ye. Aku baru je sampai UMT pagi tadi dalam pukul 4.30 pagi (dekat stesen bas), 5.30 pagi (dekat asrama), 6.30 pagi (baru masuk bilik) dan terkejut tengok bilik macam kapal karam. Disebabkan aku terlupa nak ambik gambar sebelum dan selepas kemas bilik, jadi aku letak gambar ini sahaja sebagai situasi aku sekarang di mana jam menunjukkan pukul 6.10 petang.

[ Gambar: Aku baru je makan brunch pukul 12.30 tgh hari tadi,
 jangan jadi macam kucing nie sudah... ]

Hmph, kalau dekat rumah masih boleh lagi korek-korek peti sejuk tengok apa yang ada. Walaupun dekat rumah jarang makan tapi tak ada la lapar sampai tahap macam nie. Nak kata lauk dekat rumah banyak, makan dekat U lagi penuh pinggan ye. Mungkin sebab masakan mak lagi sedap kot even lauk ada 1 or 2 jenis je.

Dah la, tak tahan sangat nie. nak cari jajan kejap. Btw, aku masuk bilik sejam lewat sebab kunci bilik ada dekat kawan sebelah. Mujur dia cakap dia balik pagi nie jugak, kalau tak merempat aku sampai hari esok.

P/s: Gambar lambat sangat loading, lepas dah beli makanan aku try post balik...sekarang pukul 6.23 petang - 16/2/2013

P/ss: Gambar berjaya di upload pada 9.53 malam - 17/2/2013   ~_~;

1 comment:

Mrs Nurul said...

hahaha lawak...rasa nak pecahkan laptop je hahaha

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...