http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, February 13, 2013

Langit & Maaf

Langit sentiasa kelam
Kerana diselubungi kain hitam
Tetap sedar wujudnya cahaya malam
Yang cuba menyinari diri ini yang kelam

Maaf wahai malam
Langit tak mampu menerimanya lagi semula
Meskipun sedar yang malam selalu mencubanya
Namun hanya maaf yang langit pinta

Langit cuba menerima cahaya
Malang bila difikir semula
Langit belum layak lagi menerima
Ditambah gelagat manusia yang selalu malam jaga
Sambil dibantu siang yang pandai berkata-kata

Maafkan langit kerna sentiasa lukakan malam
Langit sedar dosa ini yang banyak pada malam
Tapi pabila semua menyinari manusia yang semakin kejam
Langit berasa diri ini umpama abu kapur di papan hitam

Langit rindukan malam yang lalu
Langit rindukan siang yang lalu
Namun sejak manusia diturunkan ke bumi yang satu
Semuanya sudah tidak seperti dahulu


Langit sedar
Diri ini sentiasa gelap dan kelam
Langit tidak layak menerima mana-mana cahaya
Walau dari malam, siang mahupun gerhana

Nukilan  pada 3.17pagi  / 4 Mei 2011
Edit pada 1.30 pagi / 13 Feb 2013


Aku baru sahaja menelefonnya
Memberitahu waktu pembedahanku seterusnya
Suaranya lemah tidak bermaya
"Mungkin penat agaknya"
Cetus akalku berkata

Maaf
Perkataan emas diucapkanku padanya
Diatas perbuatan semalamku yang gila
Jawapan yang dia beri pula
"Biasalah tu, tak apa"

Hatiku mula terjaga
Bila ucapan emas dianggap barangan biasa
Ibarat boleh diguna pakai bila-bila masa sahaja
Mungkin juga ia dah jadi barang kitar semula
Membuat aku sedar kataku sudah tiada nilai padanya


[ Gambar: Bila 'Maaf' dibuat bagai tudung saji, 
makanan dibawah lama-lama jadi basi ]

Maaf
Satu perkataan yang suci
Telah aku musnah dan cemari
Untuk diterimanya lagi
Memang layak aku terima hukuman-Nya disini

Nukilan pada 9.10 malam / 5 Mei 2011
Edit pada 2.20 pagi / 15 Feb 2013

P/S: Terjumpa semula nukilan ini semasa kemas beg untuk balik belajar semula. Salin kembali dalam blog untuk pengajaran diri jika lupa

4 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

woww u made it urself ? so sweet !
indahnya bahasa :)

takky said...

i made it masa stay dlm wad...
yg atas 2 tulis tyme tgh frust sebenar ye...

n yg bawah tu tulis tyme tgh yesal coz perbuatan semalam...
just tulis balik dlm 2 for my reminder...

Time Traveler Boy said...

blog menarik untuk di baca.. :D

takky said...

terima kasih atas pujian saudara...
tapi saya tak rasa yang saya layak terima pujian itu...
blog ini cuma picisan karya kosong sahaja dari saya....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...