http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, February 7, 2013

7 = Bisik

Wow, serius aku dah lama tak update blog ini. Punya banyak benda nak cakap dalam ini (termasuk hal semalam sebab jumpa kawan sekolah rendah) tapi masih tak tulis-tulis dalam nie. Pada 3 Feb 2013 yang lepas aku pergi ke pesta buku di PWTC. Tak meriah sangat berbanding dengan tahun-tahun sudah, booth buku pun tak banyak macam sebelum-sebelum ini. Orang pun tak bersesak-sesak macam dulu tapi aku lagi suka sesak-sesak sebab baru nampak meriah (pelik betul aku nie padahal aku tak suka pergi tempat yang ramai orang). Jadi dekat PWTC tu aku beli 3 buah novel Fixi iaitu Bisik, Mental dan Gergasi dan tanpa disangka-sangka dapat 1 buku percuma, Sitora Harimau Jadian tak silap aku. Selamat aku tak beli lagi buku tu sebab masa nak bayar tu dia ada offer 2 buku dan 1 VCD as FOC but boleh pilih satu je. Memandangkan aku tak ada lagi buku Sitora nie jadi aku pun ambillah. Jadi hari ini nak buat review pasal buku BISIK memandangkan aku dah terbuka pembalut ye dekat sana sebab dapat makluman penulis ye ada disana, Alang-alang tu mintak autograph sekali, hihihihihi...^u^ (tapi tak letak gambar buku autograph sebab dia tulis nama aku, sori ye....)


Sinopsis Buku
Mikael berpindah rumah selepas teman serumahnya mati terjatuh dari balkoni. Namun setelah berada di pansapuri baru, Mikael mula gagal untuk mengingat kembali apa yang berlaku pada masa-masa sebelumnya. Dia juga didatangi BISIK hasutan yang muncul secara rawak.

Tambah mengelirukan apabila teman serumah barunya, Nazzman ialah seorang yang amat mencurigakan. Biarpun tidak mempercayainya secara penuh, Mikael melihat Nazzman sebagai orang yang mampu membantu memulihkan ingatannya.

Mikael juga mula menjalinkan hubungan dengan Suraya, perempuan yang pernah menjadi kekasih bekas teman serumahnya. Namun apabila kejadian tragis menimpa Suraya, Mikael mengesyaki Nazzman sebagai dalang.

Apakah punca bisik-bisik yang mengganggu Mikael? Dan siapakah Nazzman sebenarnya?

Sinopsis Aku
Cerita tentang Kael atau nama panjang Mikael yang pindah ke rumah baru lepas Amran, teman serumahnya mati sebab jatuh bangunan. Waktu dia tengah cari rumah baru sambil ditemani oleh Julia dan Shah sebagai driver sementara, Kael terjumpa satu iklan rumah sewa yang murah dekat 7E. Jadi dia pun hubungi orang yang dalam iklan tu tapi tak berjawab. Sebab tension sangat asyik-asyik telefon tapi tak dapat, dia cuma bagi SMS saja.

Keesokkan hari (tak silap aku), tuan rumah sewa baru iaitu Man balas SMS Kael dan cakap perkara-perkara yang ada kaitan dengan rumah sewa (part nie aku skip buat review sebab tak reti). Tup tap tup tap dia pun dah pindah rumah baru tapi yang peliknya Man dah cakap awal-awal yang kunci rumah ada bawah tikar pintu rumah dan bilik berkunci dalam rumah tu jangan dikacau atau sibuk-sibuk nak masuk. 

Kita terus review ke depan sedikit, macam yang sinopsis buku ceritakan yang Kael mula menjalinkan hubungan dengan Suraya tapi tanpa disangka-sangka Suraya tetiba mati tanpa tahu sebab kematiannya. Mann yang merupakan tuan rumah dan juga teman serumah Kael ada dekat rumah setelah berminggu-minggu tak balik rumah dan terkejut dengan keadaan yang berlaku. Nak tahu apa yang berlaku seterusnya, sila baca buku nie sambil pergi TESCO.

Masa Kael teman Julia pergi kenduri kahwin Kak Gai, salah seorang pembekal untuk butik Julia, baju Kael kotor sebab terlanggar mamat katering jadi Kak Gai tawar Kael pergi salin baju baru pakai baju anak dia. Bila dah siap salin, Kael perasan yang Kak Gai tinggalkan kas bisnes dekat atas meja (or katil, tak ingat) untuk Kael. Bila dah jadi situasi nie, anda boleh paham-paham sendiri.

Disebabkan sinopsis aku dah panjang, aku boleh buat kesimpulan sebagai penutup sinopsis aku bahawa semua watak dalam cerita ini akan mengalami kecederaan tak kira sama ada cedera ringan mahupun berat. Nak tahu apa jadi dekat Kael, Nazzman, Suraya (walaupun dah tahu dia mati), Julia, Shah dan Kak Gai...jangan lupa baca BISIK sebab hidup kita akan senantiasa didengari oleh bisikan-bisikan yang tidak kita ketahui.

Pandangan Aku
Apa yang boleh aku katakan, jalan cerita yang menarik walaupun aku dah boleh agak dari awal Bab 2 atau 3 yang Kael tu ialah Nazzman TETAPI disebabkan ada teknik imbas kembali, aku teruskan juga baca sebab ada nama watak penting yang perlu dibongkar oleh beta pada masa pembacaan tersebut.

Watak yang menarik perhatian aku ialah watak utamanya sendiri iaitu Kael dan Nazzman terutama sekali waktu mereka balik dari beli barang. Kalau diikutkan si Kael nie tak reti bawak kereta tapi Nazzman nie reti bawak kereta. Jadi kalau ikut logik cuma sorang sahaja yang akan ada dalam kereta masa tu tetapi jalan cerita tunjuk mereka sedang bercakap, bergaduh, merajuk dan siap Nazzman offer makanan lagi dekat Kael masa dalam perjalanan balik ke rumah. Jadi dalam situasi nie watak sebenar yang ada dalam kereta tu Kael atau Nazzman? 

Kalau ikut dalam novel ini, Kael nie sakit selective amnesia tapi bagi aku dia ada satu lagi penyakit iaitu duo personaliti. Pernah tengok hindustan tak yang mana Ajai Devgan (laki kepada pelakon Kajol tu) berlakon jadi 2 watak, satu watak innocent gila nak mampus dan satu lagi watak jahat gila dan sewel dalam masa yang sama. Jadi bagi aku Kael dan Nazzman nie ialah salah satu penyakit Duo Personaliti cuma Kael nie je tak sedar yang dia ada penyakit tu.

Apapun cerita nie memang best dan aku seronok baca ye di tengah-tengah malam. Tak panjang pula pandangan yang aku boleh bagi untuk novel nie. Mungkin sebab jalan cerita ye senang nak baca pun, cuma situasi cerita je yang menjadi suspen dan tarikan cerita ini.

Rating Bintang
Aku baru perasan yang aku tak bagi rating bintang untuk 2 entri review novel aku sebelum ini tapi tak apalah sebab dah lepas. Jadi bagi novel BISIK ini, aku bagi 4 bintang saja sebab jalan dan suspen cerita dia best serta watak Kael dan Nazzman yang menarik bagi aku. Watak-watak lain bagi aku cuma biasa-biasa saja sebab itu semua dah menjadi perencah biasa dalam masyarakat kita. Cuma kita je yang tak nak mengakuinya sebab ianya berdosa (tapi buat juga even dah tahu berdosa, itulah masalah ye). Jadi sampai sini sahaja review aku, ingat nak selongkar album lama nak cari gamba kawan aku tu...nak buat satu lagi entri baru. 

2 comments:

shandye. said...

salam.

thanks sbb sudi buat ulasan novel hamba yang tak seberapa nih. hehehe...

insyaAllah kalau diberi kelapangan dan peluang, saya akan tulis yg lebih baik.

=)

takky said...

ur wlcme...
pape pun novel nie mmg best coz itz bout personality...
suke cite2 psal nie...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...