http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, December 20, 2012

Nak Keluar Tapi.....

Hari selasa ini kawan aku akan berkahwin. Tahniah buat mereka berdua kerana dah lama kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Siapa kata cinta monyet tak boleh berkekalan hingga ke jenjang pelamin? Hahahahaha. Sebenar ye nak cerita pasal benda lain tapi ada sikit la kaitannya dengan hal kawan aku nie....
 
[ Gambar: Kebetulan jumpa penyataan ini ]

Kalau anda boleh baca gambar seperti di atas, ini bermakna anda mungkin tahu apa yang aku cuba nak sampaikan...sebenarnya Isnin ini aku kena pergi hospital untuk minum air radioiodine ini tapi tak ada lah kena kuarentin dekat hospital, cuma kena kuarentin dekat rumah sahaja. Tapi disebabkan bila kita (aku maksudkan diri aku) dah minum air ini, secara automatiknya badan aku akan mengeluarkan radiasi (based apa yang doc cakap sebelum ini) cuma tidak pasti banyak atau sikit radiasi ye. Korang cuba bayangkan kalau gambar-gambar yang makcik-makcik dok pegang tanah radiasi yang Facebook dok tengah kecoh-kecoh tu pun orang ramai dah komplen, inikan pula aku yang ada radiasi dalam badan pergi keluar jalan-jalan....

Itu yang aku risaukan sekarang ini sebab hari selasa ini kawan aku akan kahwin, dan aku teringin nak pergi. Dulu masa kerja pernah hadapi situasi ini cuma aku dapat kawal diri sebab tempat kerja aku di kawasan berhawa dingin dan hanya berhubung dengan orang dewasa sahaja. Jadi keadaan aku tak berbahaya sangat, cuma aku tak boleh dekat dengan budak kecik dan juga orang yang mengandung. Jadi yang aku risau sekarang ini ialah masa dekat majlis nie nanti aku risau akan bertemu dengan kawan-kawan aku yang sedang berbadan dua, itu belum lagi kalau kawan aku yang bawa anak dia sekali. 

Waktu aku kena kuarentin dalam wad dulu, jururawat pernah cakap yang aku kena rajin mandi dan minum air banyak-banyak kalau tak nak kena kuarentin lama-lama dalam wad. Paling sikit kena minum dalam 2 botol besar air mineral dalam sehari. Aku ingat bila dah ambil ubat radioidine tu nanti aku nak terus minum air banyak-banyak dan bertapa dalam bilik air sebab nak buang kesan radiasi tu tapi nanti kesan ubat tu tak berkesan pula sebab cepat sangat aku nak buangnya....kejap, kejap. Apa yang cuba nak sampaikan sebenar ye??????

Senang cerita macam ini lah, aku still akan pergi ke kenduri kahwin kawan aku tu cuma aku kena persiapkan diri dengan mandi lama-lama sehari sebelum aku pergi ke kenduri kahwin tu dan juga minum air banyak-banyak. Untuk kes kawan aku yang tetiba datang bersama anaknya nanti, aku cuma kalau boleh kena elakkan berjumpa dengan mereka, kalau nak jumpa pun kena berada dalam jarak 1 meter. Ok, itu jalan penyelesaian aku. Kenapa aku tulis bab ini dalam blog aku? Aku pun tak tahu tapi mungkin sebab blog nie dah lama bersarang agaknya.....^^?

[ Gambar: Kalau aku tahu pasal benda ini, mungkin aku dah guna kot ]
 
 P/s: Kena pastikan esok bangun pagi terus bersiap pergi library untuk study. Kalau tak, memang kau tak akan study bila duduk dalam bilik Takky oit....

2 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

haaahh minum air banyak banyak dannnnnnnnnnnn mandiiii..:)
jgn lupa makan obat !
rerajen update ye

takky said...

insyaAllah...
^^

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...