http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, December 13, 2012

Motivasi Diri...Mungkin?

Dah lama sebenar ye tak menulis dalam nie. Nak mencari masa punyalah payah walaupun masa terluang tu ada banyak sesangat-sangat ye. Cuma hari ini rasa macam nak imbas kembali sikit tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam beberapa hari yang lepas ini. Semua perasaan ada singgah dalam diri ini. Ada rasa gembira, sedih , geram, tension, kelakar, penat, teruja, bengang, insaf, blur, tak faham dan macam-macam lagi perasaan yang singgah dekat diri ini. Umpama diri aku nie ibarat RnR dekat highway.

Beberapa hari yang lepas baru saja habis buat expo keusahawanan dekat Terengganu Trade Centre @ Center, mana satu ejaan yang betul pun aku tak tahu tapi yang pasti orang terengganu bagi nama pendek tempat nie sebagai TTC. Boleh dikatakan 3 hari berkampung dekat situ membuat diri ini rasa rindu untuk kembali bekerja, i means that aku rindu dengan suasana bekerja yang perlu berjumpa dengan orang ramai (walaupun aku tak suka nak bercakap banyak-banyak) namun perasaan penat dan puas hati bila bekerja itu masih ada dan perasaan untuk belajar langsung tak jenguk dalam hati ini. Rasa geram pun ada juga waktu berada di sana disebabkan oleh gelagat-gelagat ahli kumpulan yang berbagai-bagai. Rasa ye tak salah bukan kalau perasaan geram tu wujud dalam diri ini....untuk sementara waktu? Kalau orang buat benda yang buat orang lain rasa geram tapi kita tak rasa apa-apa, nanti dia ingat kita nie bukan manusia pula. Malangnya aku nie jenis yang tak reti nak marah pakai mulut mahupun marah menggunakan unsur gurauan. Kalau aku marah, just diam sahaja yang aku boleh buat.

Ada juga perasaan resah, malu, insaf, bersalah dan pelbagai lagi rasa yang lebih menjurus kepada perasaan bersalah dan diri ini hina namun aku tak mampu nak membuang semua perasaan tersebut atau lebih tepat lagi aku cuma rasa semua itu hanyalah bersifat sementara sahaja. Jika ada sesiapa yang masih mengikuti blog aku (jika masih adalah) dari dulu sampai sekarang, pasti mereka perasan bahawa entri-entri aku sekarang ini sudah tidak seperti dahulu lagi. Tiada lagi entri bersifat murung, resah, sedih, rasa kegelapan dalam diri dan macam-macam lagi. Bagi aku semua perasaan itu masih ada sebenar ye TAPI aku tak rasa yang aku mampu untuk berkongsi ye lagi di dalam ini. Bukan tidak mahu meluahkannya dalam bentuk tulisan mahupun sudah mempunyai tempat lain untuk melepaskan beban di dalam diri, cuma rasa perasaan negatif yang selama ini hadir dalam diri disebabkan oleh kekhilafan diri ini juga (vogue gila ayat ko takky, sentap aku baca balik), bukan disebabkan oleh orang lain...walaupun kadang-kala ada juga perasaan negatif itu wujud disebabkan oleh orang lain.

[ Gambar: Suka ayat motivasi dalam gambar ini ]

Entahlah, hidup ini merupakan satu misteri bagi aku. Masih mempunyai misteri ye yang tersendiri. Adakah disebabkan aku sudah lama tidak memberi makanan rohaniah kepada diri aku sendiri? Mungkin ini salah satu jawapan kepada diri aku namun aku perlukan lebih daripada itu, jawapan yang boleh membimbing dan mengingatkan aku buat selama-lamanya secara lisan dan nasihat di samping aku. Bila aku baca balik perenggan ini, aku terasa yang aku perlukan peneman hidup (OMG, its that means i wanna start to find a GF?!!!!!) Owh, aku masih lagi tak jumpa perempuan yang sesuai dengan aku. Bukan ye aku memilih dengan perempuan ini tapi bagi aku lawa ke tak lawa ke bukan lah satu persoalan besar bagi aku. Kriteria pertama yang aku akan tengok ialah adakah aku akan berasa tenang dan diri ini rasa sejuk je bila pandang seseorang wanita tersebut. Ayat pasar ye, sejuk je mata aku memandang wanita tersebut tak kira sama ada dia bertudung atau pun tidak. Bukan nak kata yang bertudung baik dan sebaliknya tapi banyak contoh-contoh di depan aku yang menunjukkan bahawa sifat seseorang manusia yang digelar wanita tidak boleh digambarkan sifat ye hanya kerana wanita tersebut bertudung atau tidak. Jadi aku biarkan persoalan ini dengan tempat kosong untuk di isi pada masa akan datang.

Tak sedar pula dah nak masuk pukul 1.35 pagi. Banyak lagi yang ingin aku tulis dan masih banyak lagi perkara yang aku mahu luahkan mahupun menyimpan ia di dalam blog ini sebagai sebahagian daripada motivasi aku....mungkin? Apa yang aku pasti sekarang ini aku sudah tidak serajin dahulu dan tidak sebaik dahulu. Tidak kisah sama ada dari segi duniawi mahupun akhirawi, aku sudah makin jauh daripada kedua-duanya. Mungkin ianya sesuatu yang pelik (bagi aku mungkin) sebab selalunya orang akan menjauhkan dunia akhirawi disebabkan perkara duniawi tetapi aku pula merasai perkara yang berbeza (ataupun aku yang tak sedar akan semua ini). Boleh dikatakan aku lebih kepada dunia aku sendiri dan aku tidak pasti bagaimana aku mahu keluar daripada kepompong ini. Kadang-kala untuk menjaga hati dan perasaan orang lain buat diri kita rasa sesak nafas dan bila kita cuba menjaga hati kita sendiri, orang di luar sana pula mula mengata-gata. Ada yang kata jangan dihiraukan omongan yang sia-sia itu tapi sedikit sebanyak perkara tersebut pasti ada tercalit sedikit di dalam hati ini. Entah la, aku pun tak tahu nak kata apa lagi....

Nak mati awal, amalan masih tak cukup lagi. Nak teruskan hidup, asyik duk buat dosa je memanjang. Nak buat amalan, diri ini asyik menanggung-nangguh sehingga dah sebati dengan diri ini. Terlalu banyak perkara yang bermain di dalam kepala. Tadi waktu makan malam, kawan ada cerita sikit pasal bab agama ini dan aku amat-amat terasa tapi masih tak mampu nak ambil tindakan. Persoalan yang boleh aku simpulkan bahawa sifat aku lebih teruk dari syaitan walaupun aku ini salah seorang insan yang bertuah kerana lahir di dalam agama yang benar di tambah lagi Nabi Muhammad telah memikul sedikit kesakitan semua para umat  Islam yang lahir selepas kewafatan baginda semasa baginda sedang nazak. Maafkan aku wahai nabi dan rasul yang mulia di sisi Allah kerana tidak memanfaatkan pengorbananmu yang suci terhadap hamba-hamba Allah yang hina ini. Maafkan aku...

2 comments:

Mrs Nurul said...

well..

saya percaya bahawa allah tu kan maha penyayang.. dan dia sayang kamu.. dan sentiasa beri peluang pada kamu untuk dekat padanya... ujian bagi kamu.. kamu sakit.. kifarah dosa dosa lepas...kan Allah sayang tu.. Allah bg ujian pada kamu..supaya kamu dekatkan diri pada dia.. bukan menangguh lagi ye takky :)

sebenarnya i tggu2 tggu je cerita apa u nak sampaikan kan.. tapi banyakknye tersirat.. jadi tak tau la apa yang kamu lalui kerana yang tahu pasti Dia yang satu..Allah maha mengetahu setiap sesuatu..

ohya...kelakar part .. sejuk mata memandang tu :P terguling i gelak , bergegar meje komputer.

pis !

assalamualaikum :)

takky said...

wasalam....
saya pun perasan ada banyak kata2 tersirat dalam entry 2...
tapi itu yg boleh saya luahkan perkara yang berlaku dalam diri....
saya tak reti nak menterjemahkannya dalam dunia realiti ini...

pape pun tq coz sentiasa menyokong saya...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...