http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, September 13, 2012

Kejutan Budaya di UMT

Hampir 2 minggu aku belajar dekat UMT (termasuk dengan minggu orentasi) dan sepanjang aku belajar dan tinggal di asrama hampir 10tahun lebih, inilah satu-satunya perkara yang membuat aku ternganga-nganga buat seketika. Memang betul la apa orang kata, jauh mengalaman luas pemandangan dan pengalaman. Sebelum aku membebel lebih panjang, meh tengok jadual kelas aku yang comot gila sebab dok asyik tukar-tukar kelas...(memang ada niat nak tukar pun sebab tak sangup pergi kelas malam)

[ Jadual kelas aku dan buku panduan kursus aku ]

Secara jujurnya semua yang ada disini amat berpuas hati bagi aku sejak aku mendaftar di UMT ini. Susunan pendaftaran dia, susun atur semuanya ok. Disebabkan semuanya ok, jadi aku anggap yang asrama dia pun lebih kurang sama sahajalah. Jadi dengan ayat skema yang aku nak tulis ni, aku pun pergilah ke asrama aku untuk meletak barang-barang dahulu sebelum pergi semula ke Dewan Sultan Mizan untuk ambil gambar kad matrik. Secara jujurnya, perkara pertama yang membuat terkejut ialah asrama dia. 

Kawan aku pernah cakap sebelum ini yang ramai pelajar dan ibubapa yang akan komen bilik asrama sangat kecik. Mulanya aku ingat bilik dekat poli lagi kecik daripada sini tapi meleset sama sekali. Bilik 2 orang dekat poli aku sebelum ini sama besar dengan bilik 4 orang dekat UMT ini, tak termasuk 1 almari besar dibahagi kepada 2. Aku memang terkejut tapi memandangkan kawan aku pernah bagi amaran sebelum ini (dan aku mula sedar beberapa hari lepas tu), aku terpaksa redha sahaja. Asrama lelaki ada 2 blok sahaja, blok At-Tarmizi atau shortform ye ATT dengan blok B1. Aku duduk dekat ATT dan ada 2-3 orang budak kelas aku yang duduk dekat blok B1. Apa yang boleh aku cakap ialah bilik ATT dengan B1 umpama langit dan bumi, beza yang amat sekali dan bilik B1 lagi besar daripada bilik poli. Aku terasa seperti berlaku perbezaan darjat dan status sebentar masa itu (tapi sekarang dah tak la, dulu je)

Cuma 1 perkara sahaja yang masih menjadi kejutan budaya pada aku ialah sistem jualan makanan dia. Serius aku bengang gila dengan sistem jualan dia...lain order lain sampai mungkin masih boleh dimaafkan lagi tapi kalau kita yang ambil order sendiri dan angkat makanan sendiri memang agak melampau. Perkara ini berlaku dekat kedai luar asrama UMT (memandangkan makanan kafe asrama cepat habis), nak panggil orang ambil order pun dorang buat tak tahu saja. Kesimpulan pertama yang boleh aku buat para peniaga disini tak berapa faham bila kita cakap KL (senang cerita la), kena cakap loghat ganu baru mereka dapat tangkap. Budak kelas aku dekat sini ada bagi tahu yang pekedai-pekedai dekat sini akan mark up harga lain kalau orang bukan terengganu yang makan or beli dekat situ. Yang itu aku kurang pasti dekat bahagian mana yang selalu berlaku tapi itulah realitinya. 

Itu je yang nak aku tulis untuk hari ini. Sekarang ini tengah bersiap-siap nak balik KL sebab nak ambil silibus subjek yang pernah aku buat sebelum ini. Perkara yang nak aku buat ini memang leceh tapi itulah yang penting dan kemungkinan aku akan buat untuk peringatan kepada para pelajar sijil atau diploma yang nak sambung pengajian nanti. Jangan buat macam kesalahan aku sudah lah ye....

P/s: aku nak mintak maaf awal-awal kalau entri aku ini buat para pembaca dari terengganu (macam ada je yang baca blog hodoh nie) terutama sekali terasa hati, aku cuma ceritakan apa yang berlaku dekat aku dan yang aku dengar sahaja.

7 comments:

Anonymous said...

awak dari poli mana? amek course apa ek? saya akan masuk nanti. nervous lah!

takky said...

saya dari PSIS...
amek kos pelancongan...
ko pun nak masuk UMT ke nanti?

Anonymous said...

mu amek kos ape at umt

takky said...

amek kos tourism dekat sini...
masa tgh tulis komen nie, saya sedang dalam musim final exam.....

Anonymous said...

okay tak kos pelancongan ? best tak ? sy dapat masuk umt, kos pelancongan jugak. September daftar.

Anonymous said...

Best tak kos pelancongan ? Sy dapat umt, kos pelancongan jugak. September daftar.

takky said...

wah, yeke???
means awak akan jadi junior saya la ek nty....
since u r batch 3, means maybe u will meet each other law ade rezki....
so far kos plancongan best....
dgr cite subjek utk korg g more 2 tourism than us...
x taw r betul ke x khaba angin 2.....
pape pun gud lak k.....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...