http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, September 16, 2012

Perkara Penting Bagi Yang Ingin Sambung Belajar

Kepada bekas pelajar sijil yang ingin sambung belajar ke diploma mahupun bekas pelajar diploma yang ingin sambung belajar ke ijazah, aku ingin pesan satu perkara yang teramat-amat penting kepada anda semua. Perkara ini teramatlah penting bila anda ingin lanjutkan pengajian anda ke peringkat seterusnya terutama sekali jika ingin melanjutkan pengajian anda dalam jurusan yang sama.

[ Disebabkan benda alah ini aku sangup balik ke KL ]

Anda tahu apa yang ada dalam gambar itu? Bagi yang tahu, bagus dan bagi yang tidak tahu....itulah dia silibus subjek mata pelajaran bagi subjek-subjek yang anda dapat semasa hari pertama kelas mata pelajaran bermula. Pada mulanya anda pasti rasa dan fikir "Apa benda la nak buat dengan benda alah nie, simpan buat bungkus nasi lemak la"....ataupun anda simpan bersama-sama nota anda dan kemudian jualkan ia kepada junior anda pada semester hadapan (pengalaman sebenar den tu) sebab dah alang-alang nak jualkan....

Tapi tahukah anda bahawa silibus itu teramatlah penting bila anda nak lanjutkan pengajian ke peringkat yang seterusnya. Tanpa benda alah inilah, permohonan anda untuk gugurkan subjek (anda akan tahu sebab apa nak gugurkan subjek bila anda rasa pengalaman tu nanti) tidak dapat diluluskan. Makanya anda terpaksalah belajar benda yang sama berulang kali, malah kemungkinan besar anda terpaksa hadapi masalah yang sama dalam level yang semakin sukar kebarangkaliannya (fuh, gila skema ayat aku tapi memang betul pun). Disebabkan perkara inilah aku terpaksa meredah selama 14-15jam (masa ulang alik dalam bas sahaja) dari UMT ke rumah aku untuk ambil benda ini sebab para pensyarah di poli aku sudah tiada lagi silibus ini dalam simpanan mereka. Mereka dah tak simpan sebab setiap 5 tahun mereka akan tukar silibus baru.

Jadi nasihat aku kepada bakal pelajar sekalian, bila dapat benda nie nanti simpanlah elok-elok. Aku pun bernasib baik sedikit sebab ada beberapa silibus yang ada dalam simpanan (4 silibus je yang ada dan boleh guna....sedih gila). JANGAN sesekali buang silibus nie sebab nanti anda yang akan merana kelak....

P/s: nak tahu apa itu gugur subjek? Pergi tanya pensyarah anda dan anda akan tahu kaitan benda alah nie dengan masa depan anda.....

2 comments:

Mrs Nurul said...

takky u no wat..i malas nak sambung master. thats final decision hahaha...

takky said...

kenape?
u boleh wat PJJ kalau u nak...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...