http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, August 7, 2012

Tiga Hari Yang Mengembirakan

Alhamdulillah sangat-sangat sebab aku sangat gembira untuk tiga hari ini yang bermula pada 3 ogos sampai 5 ogos ini. Sebab apa aku gembira? Aku akan cuba terangkan based on tarikh-tarikh tersebut....

a) 3 Ogos

Aku tak sangka yang rakan sekerja aku akan buat farewell party yang lebih dari sekadar makan KFC untuk aku masa buka puasa hari tu. Aku ingat dorang just buat makan-makan sahaja tapi rupa-rupanya siap ada kek lagi tu...Even kecik je kek tu tapi tetap hargai jugak. Thankz sangat-sangat....

[ Ini sahaja gambar kek yang sempat aku ambil sebab bateri kamera habis sebelum ini ]

b) 4 Ogos

Hari terakhir aku berhenti kerja yang mana ianya jatuh pada hari lahir aku. Rakan sekerja aku yang dok tengok FB ramai cakap yang aku pandai rancang nak berhenti kerja masa hari lahir aku tapi aku tak rancang pun semua tu. Ianya hanya kebetulan sahaja. Hari tersebut merupakan hari gembira dan sedih untuk aku.
  • Gembira sebab aku dah bebas dari kerja, bebas daripada kena berdepan dengan guest hotel yang macam-macam perangai dan ragam. Aku juga gembira sebab malam tu aku akan berbuka puasa dengan geng study aku masa dekat poli dahulu. Memang kecoh gak la kereta tu masa dalam perjalanan ke tempat makan tu. Perkara yang paling gembira sekali ialah aku dapat hadiah dari senior aku masa kat tempat kerja dulu. Bagi aku bukan hadiah yang penting tapi note yang dia beri benar-benar buat aku terharu....(dia bagi hadiah sebab farewell aku, bukan sebab birthday aku)
  [ Bagi aku, nota yang senior aku bagi ini paling bermakna pada aku ]
  •  Sedih sebab tak dapat nak bergambar dengan senior yang bagi hadiah dekat aku. Aku langsung tak ada gambar dengan dia =( Lepas tu rasa sedih sebab aku makan sikit sangat masa buka puasa, tak tahu nak makan apa sebab banyak yang dah habis.
c) 5 Ogos

Hari ini gembira untuk aku sebab aku dapat berjumpa kembali rakan-rakan sekolah lama aku. Walaupun tak ramai tapi boleh la juga dalam 13 orang. Kami berbual-bual, bertanya khabar walaupun tak berapa rapat sangat seperti dahulu. Bagi yang perempuannya, jumpa-jumpa je terus huhahuha, nak menyelit pun agak sukar sikit. Hihihiihhi....Lepas berbuka, kami rehat kejap dekat kedai tu sambil tengok Lee Chong Wei lawan dengan Lin Dan. Memang emo juga la tengok perlawanan tu sambil gilir-gilir sembahyang maghrib (surau kat kedai makan tu kecik je). Lepas habis match LCW dgn Lindan, kami terus plan pergi Wangsa Walk tengok wayang (miss solat terawih, hihihi)....pape pun memang happy dan syukur dapat jumpa mereka semula....

Tu je yang boleh aku tulis untuk kali ini, aku tak ada idea nak menulis sebenarnya sebab dah lama tak menulis. Tapi disebabkan ini sebahagian daripada kenangan gembira aku, aku mahu ianya dicatatkan ke dalam diari aku ini. Itu sahaja....^O^

    2 comments:

    Mrs Nurul said...

    arghhhhhhhhhhhh bunny tu serius comel okkkkkkkk!!


    happy belated birthday takky !

    takky said...

    thankz kak neon...
    nk adiah leh?

    Kisah2 Sebelum Ini....

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...