http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, February 3, 2012

Kenal Saya Lagi Tak?

[Gambar] "Kau  si pulan kan? Sekolah dekat .... situ kan? Kenal aku lagi tak? Ini polan la, ala satu sekolah dengan kau dulu, kenal lagi tak?"

Apa yang akan anda lakukan bila berjumpa dengan seseorang yang berkata demikian kepada anda? Adakah anda hendak menjawab "La, mestila kenal....tak kan boleh lupa kot" atau "Aku ingat-ingat lupa la tapi muka macam kenal" atau "Siapa ye, hmph....hehehe (sambil buat muka toya) erk....". Antara tiga contoh jawapan ini, yang mana satu pilihan anda?

Inilah yang berlaku pada aku dalam seminggu ini, jumpa dengan beberapa orang kawan daripada sekolah rendah dan ada di antaranya memang telah berkawan sejak dari tadika lagi dan kami berkawan sehingga ke sekolah rendah. Boleh dikatakan hampir 10 tahun (ada di antaranya yang lebih) kami tidak berjumpa. Jadi bila berjumpa semula tu kadang kala ada rasa segan dan kadang kala ada juga perasaan teruja. Semua ini adalah kesan daripada berjumpa, kalau berjumpa dan bercakap macam mana pula? Aku selalu gagal bila berhadapan dengan soalan demikian. Masakan tak (skemanya ayat), rupa aku dulu dan sekarang banyak berbeza. Jadi manalah ada orang yang dapat cam siapa aku.

[ Gambar: Sama ke, tak bukan walaupun ianya ialah arnab ]

Tapi apa yang aku sangka tu salah sama sekali. Masih ada beberapa orang yang masih kenal aku walaupun mereka ambil masa juga untuk ingat kembali siapa aku ini. Sebelum ini (2 tahun yang lepas) ada 2 orang kawan yang tunjuk-tunjuk jari dekat aku dari jauh, rasanya macam mereka terkejut atau sedang mengingat dekat mana mereka pernah jumpa aku ini. Selang beberapa hari kemudian, seorang daripada kawan aku itu jumpa aku dan bertanya " Ini .....kan?", aku cuma menganguk dan terus tanya khabar sambil sebut nama orang yang tanya itu. Ya, aku masih ingat nama orang yang bertanya kepada aku dan juga seorang lagi kawannya yang menunding jari pada aku beberapa hari lepas. Dia pun terkejut sebab aku masih ingat lagi namanya tapi aku sangkalkan kejutanya itu dengan mengatakan "Siapa boleh lupa orang popular macam kau dekat sekolah, selalu pergi depan perhimpunan ambil hadiah dari cikgu sebab menang pertandingan berenang". Dia pun malu-malu bila aku puji macam itu tapi kami masih berbual seperti biasa walaupun dalam masa yang singkat.

Itu ialah situasi di mana aku dan kawan aku masih kenal antara satu sama lain. Kisah 2 hari yang lepas pula ialah perkara yang sebaliknya berlaku. Masa itu aku sedang bekerja dan dia datang untuk bayar duit minyak (aku kerja jadi cashier di stesen minyak). Jadi masa dia bayar itu, dia tanya aku sama macam soalan yang aku tulis di awal-awal entri ini. Mulanya aku sangsi dan ingat-ingat lupa akan nama dia tapi aku ingat muka dia, namun bila dia sebut nama sekolah....aku terus tak pasti betul ke aku kenal dia? Nama sekolah yang dia sebut itu betul tapi aku kenal dia di sekolah agama, bukanya sekolah kebangsaan. Jadi masa itu, aku cuma mampu memberi jawapan yang agak mendukacitakan kepada orang itu. Kesian gila sampai petang tadi orang tu cover-cover muka dia daripada aku masa dia nak pergi ke bank nak cucuk duit. Aku cuma mampu senyum sahaja.

Sepanjang aku mula habis belajar diploma ini, hampir 6 orang kawan lama aku dari sekolah rendah sudah aku jumpa. Dua orang yang aku jumpa itu masih kenal aku dan merekalah orang yang pernah jumpa aku 2 tahun yang lalu, seorang kenal aku tapi aku tak kenal dia, dua orang tidak kenal aku tapi aku masih ingat nama dan sebahagian kisah persahabatan kami (mereka pandang pelik bila aku pandang dengan penuh harapan pada mereka, mesti mereka fikir bukan-bukan masa itu), yang seorang lagi itu tegur aku sekali lalu saja masa dia hendak keluar dari stesen minyak tempat aku kerja itu sedangkan dia berada dalam stesen tu lama.

Apa pun, disebalik kisah aku yang panjang lebar nie, sebenar ye aku cuma nak bagi tahu yang aku kadang kala (banyak betul kadang kala aku nie) rasa segan dan cuak bila nak bertegur dengan kawan-kawan lama aku nie. Pertama sebab takut malu bila orang yang kita tegur tu tak ingat kita, kedua pula sebab tak tahu apa benda yang hendak dicakapkan nanti. Tapi bagi aku sebab pertama itu yang paling kuat dalam diri aku sekarang ini. aku harap aku dapat cari kekuatan dalam diri ini. Selamat malam semua....

[ Gambar: Kebetulan jumpa gambar ini, sedikit sebanyak memberi motivasi pada aku ]

Msg 1 ----> Ahad ini ada kenduri kahwin kawan sekolah menengah dekat Bandar Baru Bangi, malangnya tak dapat pergi sebab ada Family Day yang di adakan di Perak. Sayang betul tapi tak apalah, tak ada rezeki nak berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Msg 2 ----> Keputusan UITM dah keluar dan sukacitanya aku TAK dapat nak sambung belajar degree. Tengah sedih sebenarnya tapi tak tahu nak cerita dekat siapa. I need to talk in 2 way communication but who want to talk with me? Nothing i think....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...