http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, February 9, 2012

50-50

Baru balik dari Homestay dekat sungkai, Perak hari Isnin yang lepas. Kami buat Hari Keluarga di sana. Tak ada banyak benda yang boleh diceritakan sebab sekarang ini aku tak ada ayat-ayat yang bonbastik atau bersesuaian untuk ditulis di dalam ini. Cuma apa yang aku boleh katakan semuanya berjalan dengan baik sepanjang 3 hari 2 malam kami mengadakan Hari Keluarga di situ.
[ Gambar: Setiap yang berlaku dalam hidup adalah seimbang ]

Apa yang aku cuba sampaikan ialah setiap benda yang berlaku ada sebabnya dan setiap yang berlaku pasti ada turun naiknya. Walaupun aku tak dapat masuk ke U untuk peringkat degree ini tapi tazkirah yang diadakan disana semasa solat jamak Maghrib Isyak buat aku terfikir pada masa itu bahawa semua yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Walaupun aku sudah tak berapa ingat akan apa yang disampaikan tetapi aku masih ingat perkara utama yang disampaikan iaitu niat. Niat itu penting dalam melakukan sesuatu.

Bagi bab sembahyang pula, ada 3 perkara yang membolehkan Allah terima solat kita (betul ke ayat aku nie? Adik beradik la). Tiga perkara tersebut ialah:
  1. Kita solat sebab ianya memang arahan dari Allah (yang ini aku tak pasti betul ke tak ayat dia sebab tak tumpukan perhatian masa itu)
  2. Kita solat sebab takut dengan balasan bila tinggal solat. (yang ini aku pasti sebab masa ini aku mula fikir perkara ini dengan diri aku).
  3. Kita solat sebab ingin dapatkan ganjaran yang telah Allah janjikan.
Itu sahaja yang boleh aku tulis dalam ini buat masa ini. Tak ada idea untuk menulis. Jumpa lagi....

P/s : Bersin tak henti-henti, badan sengal-sengal. Benci ye kena makan ubat. Tak suka makan panadol / Paracitamol .

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...