http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, February 10, 2012

3 = Seigi no Mikata


Sinopsis
Mengisahkan tentang seorang pelajar iaitu Nakata Yoko, 15 tahun yang selalu dibuli oleh kakaknya, Nakata Makiko yang merupakan seorang pekerja di pejabat kerajaan selepas lulus daripada universiti yang terkemuka di Jepun. Sikap kakaknya yang pentingkan diri selalu sahaja membuat Yoko berasa gelisah kerana dia yang akan terima musibah disebabkan sikap pentingkan diri kakaknya. Bagi Yoko, tak sah bagi kakaknya itu tidak membuat kecoh atau masalah dalam masa sehari dan dia yang akan terima akibatnya. Walaupun kakaknya selalu menimbulkan masalah, hal ini bertentangan dengan pendapat orang lain dimana kelemahan kakak Yoko ini iaitu selalu membuat kecoh dan masalah telah menyebabkan orang lain menganggap Makiko sebagai seorang penegak keadilan kerana masalah yang ditimbulkan telah memberi penyelesaikan kepada orang lain. Semakin hari, status penegak keadilan ataupun 'Seigi no Mikata' dalam bahasa Jepunnya membuatkan adiknya berasa risau jika orang luar mula tahu akan perangai kakaknya yang sebenar. Hal ini semakin serius apabila kakaknya membuat keputusan untuk berkahwin. Drama komedi keluarga yang mempunyai 10 episod ini dilakonkan oleh Shida Mirai (Nakata Yoko), Yamada Yu (Nakata Makiko), Mukai Osamu (Yoshikawa Naoki), Hongo Kanata (Okamoto Riku)


[ Video: sambil baca sambil layan lagu ok. Adegan dalam video ini lebih kepada watak Yoko dan Riku ]

Pandangan Aku
Kekejaman yang menyeronokkan. Biasalah bagi orang yang tonton, memang seronok bila tengok orang lain kena buli. Itu tak aku nafikan sebab kadangkala aku pun memang seronok tengok orang lain kena buli tapi kalau selalu buli pun rasa kesian tu adalah juga. Bagi aku, apa yang dilakukan oleh Yoko memang sesuatu yang mengagumkan. Sikapnya yang takut akan kakaknya membuatkan dia berani untuk berdepan dengan cabaran dan dugaan di luar sana. Tanpa kenal erti malu, dia sangup berdepan dengan masyarakat seperti tukar tiket opera, jadi pengintip untuk selidik latar belakang bakal abang iparnya sehingga menimbulkan salah faham antara dia dan Okamoto Riku, pelajar kelas sebelah dia.dan pelbagai lagi.

Yoko atau lebih dikenali sebagai Kumako yang bermaksud beruang merupakan nama timbangan yang diberikan oleh kakaknya disebabkan oleh saiz badan Yoko itu sendiri (biasalah kena buli, memang ada nama timbangan). Hanya Makiko dan Riku sahaja yang mengelarnya Kumako dan ini secara tidak langsung membuat hubungan antara Yoko dengan pelajar yang dianggap kacak oleh rakan sekelas Yoko itu mula rapat hanya bermula dengan meminjam buku Geografi (kenapalah dulu aku tak buat stail macam nie?). Yoko memang seorang yang aktif dan geliga (memang cemburu dengan dia) walaupun dia bukanlah seorang yang pandai dalam segi akademik. Tapi aku percaya dalam menghadapi realiti kehidupan sebagai seorang manusia biasa yang normal, Yoko tiada masalah untuk berdepan dengannya. 

Apa yang aku tak puas hati dalam cerita ini ialah kakak dia iaitu Makiko. Bagi aku pengarah cerita ini memang buatkan watak Makiko ini untuk penonton rasa geram dan tidak puas hati tapi dalam masa yang sama ketawa (apapun yang penting memang aku tak puas hati dengan kakak dia). Aku tak puas hati sebab nasib kakak dia selalu tuah, tak pernah atau jarang sekali kena nasib malang. Walaupun ianya sekadar cerita tapi aku tetap tak puas hati dengan kakak dia. Dah la tak reti masak, tak reti kemas rumah, tak reti basuh baju tapi masih lagi digelar Penegak Keadilan, ish geramnya!!! Apapun, hasil kerja pengarah terhadap Makiko ini memang berkesan sebab watak Makiko ni memang nak buat penonton rasa geram pun.

[ Video: Adegan dalam video ini pula lebih kepada watak Yoko dan kakak dia. Lagu dalam video ini bukan lagu sebenar drama ini ye ]

Satu lagi perkara yang patut dipuji pada watak Yoko ini ialah dia seorang blogger (wah, sama macam aku). Yoko ini seorang blogger yang aktif, dia masih sempat kemas kini blog dia di sekolah dengan hanya menggunakan telefon bimbit dia. Satu perkara yang patut dipuji dan dicontohi oleh para blogger yang lain. Aku pun patut mencontohi dia (nak kena beli handset baru la nie :p). Selain menulis kisah dia yang selalu dibuli oleh kakaknya di dalam blog dia, Yoko juga menulis perkembangan hidup dia terutama sekali perjalanan percintaan antara dia dan Riku. Nak tahu apa yang berlaku dalam kisah percintaan dia dan bagaimana Yoko bahagikan masa untuk lakukan semua ini, jangan lupa saksikan Seigi no Mikata ya. Apa pun kepada para blogger diluar sana, contohilah si Yoko ini ya...

Ranking Bintang
Buat masa ini aku bagi 4 bintang sebab aku masih lagi mencari video yang sesuai untuk diletakkan di dalam entri ini. Jika video yang aku cari itu bertepatan dengan apa yang aku mahukan 100% untuk entri ini, maka aku akan naikkan lagi bintang untuk cerita ini.Dan nampaknya ranking untuk cerita ini ialah 4 setengah bintang hasil daripada keseluruhannya. ^O^ Selamat menonton dan membaca

P/s: Lepas dah tonton drama ini, aku harap anda semua hargailah kebebasan yang anda semua miliki hari ini ^O^

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...