http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, February 16, 2012

Idea Di Malam Hari

Sejak kebelakangan ini, aku selalu sahaja ada idea untuk menulis entri bila nak tido, lebih tepat lagi masa nak tido. Waktu itu la idea mencurah-curah ke ladang gandum. Nak tulis benda itu la, nak upgrade blog sikit-sikit la, nak tambah ruangan dalam blog la tapi bila nak tulis apa yang difikirkan pada malam sebelum itu, semuanya lari. Hampeh sungguh, asal ko ikut perangai tuan kau ni wahai idea?

[ Gambar: Rasanya aku kena tidor tak tidor kot, baru tak lupa apa-apa ]

Dalam beberapa hari ini aku dah mula semula mencari kerja, pergi ke sana sini dan hantar resume (sebenarnya baru 3 resume yang dihantar). Tempat yang aku tak sempat nak hantar dah tolak awal-awal dengan alasan mereka mahukan pemohon yang berkedudukan ijazah. Kalau ambil budak diploma, kemungkinan budak itu akan sambung belajar dan banyak yang mereka nak kena ajar nanti. Hmph, macam mana ye? Aku pun baru je cari kerja dekat MBO Galaxy Ampang dan orang tu baru sahaja bagi borang dan mintak aku hantar nanti berserta gambar paspot dan salinan kad pengenalan. Rasa-rasa nak hantar terus atau tunggu panggilan daripada tempat kerja yang aku mintak banyak-banyak tu?

Kepada fahrul razi dan kak neon, harap anda boleh respond entri ini sebab aku nak mintak pandangan anda berdua. Tolong sangat-sangat bagi pendapat sebab aku pun tak tahu, kepala dah bengong nie. 

*** (u_u) ; ***

Owh, kemarin kawan aku telefon dan ajak aku pergi Bandung. Aku pun bajet la nak tempuh pengembaraan yang amat mencabar ini (mencabar la dengan status ekonomi aku sekarang ini) dengan menjawab ya, tapi last-last aku mintak dorang tunggu dulu sebab nak tunggu lampu hijau dari ayah aku. Baru beritahu malam tadi dan nampaknya lampu isyarat akan terus berada di warna merah nampaknya. Hpmh. apa la nak jadi dengan aku nie. pemalas betul. Dah la tadi solat pun boleh lupa berapa rakaat dah buat, tu la pasal. Dah lama sangat tak solat, padan muka. Sekarang ini kena rajin balik solat. 

[ Gambar: Siapa sudi ketuk kepala aku, silakan ]

"Ya Allah, semoga aku cepat dapat kerja agar aku boleh solat kepada-Mu. Aku tak tahu kenapa aku malas nak solat bila ada di rumah atau bila ada bersama keluarga tapi bila aku berjauhan dengan mereka, barulah badan ini senang nak beribadat kepada-Mu. Aku pun tak tahu mengapa begitu. Harap Kau kabulkan permintaan aku ini ya Allah. Amin ya robbal alamin."

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...