http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, January 29, 2012

2 = Mystery Theater Thursday~Kudo Shinichi e no Chousenjou~


Sinopsis
Mengisahkan mengenai seorang penyiasat remaja sekolah yang terkenal di Jepun, Kudo Shinichi, kawan perempuan sekolahnya, Mori Ran dan juga seorang penyiasat persendirian yang merupakan ayah kepada pelajar perempuan tersebut, Mori Kogoro telah terperangkap di dalam sebuah bilik putih misteri. Mereka bertiga telah dikurung di dalam bilik putih tersebut dan perlu menyelesaikan teka-teki yang telah diberikan untuk keluar dari bilik putih itu. Setiap kali mereka menyelesaikan teki-teki yang diberikan, sebuah pintu misteri akan terbuka dan mereka perlu selesaikan lagi teki-teki yang lain untuk menamatkan permainan ini. Pelbagai kes  pembunuhan yang telah diselesaikan oleh Shinichi sebelum ini telah mereka mengimbas kembali bagi menyelesaikan teka-teki yang telah diberi oleh penjenayah yang memerangkap mereka. Episod terakhir di dalam siri ini ialah Shinichi mula menghidu dalang yang menyebabkan mereka bertiga terperangkap di dalam bilik putih yang misteri itu tetapi malangnya Ran telah didapati mati semasa Shinichi berjaya meneka dalang yang memerangkap mereka bertiga. Siapa yang telah membuat helah Misteri Bilik Putih itu? Dapatkan Shinichi menyelamatkan Ran dan juga ayahnya? Dan yang paling penting sekali, benarkah Ran telah mati dibunuh? Saksikan drama ini yang telah dibintangi oleh Mizobata Junpei sebagai Kudo Shinichi, Kutsuna Shiori (Mori Ran), Jinnai Takanori (Mori Kogoro), Otsuka Nene (Kisaki Eri) dan Akimoto Sayaka (Suzuki Sonoko). Drama Mystery Theater Thursday~Kudo Shinichi e no Chousenjou~ yang mempunyai 13 episod ini baru sahaja ditanyangkan di Jepun pada 7 Julai 2011 yang lalu.

Pandangan Aku
Boleh tahan la walaupun pelakon utamanya yang asal iaitu Oguri Shun tidak membintangi drama ini. dan diganti oleh Mizobata Junpei. Pelakon asal yang masih membintangi siri detektif ini hanyalah Mori Kogoro dan juga Inspektor Meguri manakala para pelakon yang lain semuanya telah diganti oleh para pelakon lain. Tidak tahu apa sebabnya tetapi yang pasti semua lakonan mereka bagi aku ialah boleh tahan. (paling suka adegan Ran guna kemahiran karate dia dalam mana-mana episod pun). Cerita ini bermula dimana Shinichi, Ran dan juga Mori Kogoro telah terperangkap di dalam sebuah bilik misteri yang kecil. Aku gelarkan bilik itu putih sebab semua dinding dan lantai bilik itu bewarna putih. Sedang mereka mencari pintu keluar di sebalik dinding itu, secara tiba-tiba satu meja putih yang tinggi muncul di tengah-tengah bilik kecil itu sambil memberi satu teka-teki yang perlu mereka jawab berdasarkan tarikh yang diberikan. 

Halangan yang terpaksa mereka tempuhi kadangkala membuat aku berkata "wow" dan ada kalanya membuat aku berkata "hmph" , "lor" dan "choi" (perlu ke aku mention?). Walaubagaimana pun episode 8 merupakan episod yang amat menarik bagi aku. Aku tak pasti sama ada aku salah tafsir sari katanya atau memang aku baca tak betul dia punya sari kata tetapi episod ini mengisahkan tentang seorang anak yang membunuh ibunya kerana tidak sangup melihat ibunya menderita (dari apa yang aku faham la). Senang cerita korang layan la sekejap episod 8 ini. 
[Video: Aku sertakan video yang dah siap ada sari kata punya. Video yang aku tonton sebelum ini kena muat turun sari kata sendiri]

Korang faham apa sebab anak perempuan ini bunuh mak dia? Kalau faham, tolong beritahu aku. Aku rasa aku memang dah salah tafsir sari kata dia (ngantuk agaknya masa tonton video ini). Kepada para jejaka yang kebetulan membaca entri ini, diharap anda tidak terlalu khusyuk melihat 'khazanah-khazanah' yang tergantung di dalam video  ini. Aku tak nak tanggung dosa secara percuma ye. ^O^

Setelah menonton ke semua episod ini yang baru sahaja aku habis tonton episod terakhir sebentar tadi, aku tak berapa puas hati pada episod 9, 10, 11 dan 12. Sebabnya episod tersebut merupakan cerita asal dalam komik dan animasi Detektif Conan yang telah di UBAHSUAI terutama sekali episod 11. Kalau dalam anime, semasa episod ini watak Conan telah pun muncul tetapi Conan telah menjadi Shinichi untuk beberapa hari disebabkan ubat yang telah dibuat oleh Haibara Ai. Malangnya episod 11 dalam ini langsung tak ada watak Conan (memang tak ada sebab masa ini Shinchi belum lagi berubah menjadi Conan dan belum kenal dengan Organisasi Hitam). Untuk episod 9, 10 dan 12 pula, aku seperti pernah membaca episod ini di dalam komik cuma tak berapa pasti sama ada terdapat perubahan yang besar dalam episod ini atau tidak. Yang pasti aku memang tidak berapa minat dengan episod 11 walaupun episodnya nampak so sweet. Itulah antara beberapa pendapat aku sahaja. Kalau ada sesiapa yang nak berkongsi pendapat, jangan malu jangan segan untuk menaip komen anda di bahagian komen ya.

Ranking Bintang:
Aku beri 3 bintang untuk drama ini. Semuanya disebabkan oleh episod 9 hingga episod 12 yang membuat aku sedar mereka cuma melakonkan semula adegan yang terdapat didalam anime dan komik. Mana aku tak geram, cerita Conan ini wujud sejak aku zaman sekolah rendah lagi dan episod yang mereka guna itu berlaku sebelum Shinichi bertukar menjadi Conan tapi tarikh berlakunya kes ini ialah pada tahun 2010. Mestilah aku sebagai penyokong yang poyo je lebih dan cap ayam ini rasa geram. >__< "

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...