http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, January 28, 2012

Pergi Tak Jadi....

Pagi tadi aku sepatutnya sertai perjumpaan budak-budak kursus pemandu pelancong, kursus yang aku pergi dekat Johor beberapa bulan yang lalu. Malangnya aku tak pergi atas sebab yang aku akan ceritakan sebentar lagi. Pada mulanya aku serba salah pula sebab tak pergi pada saat-saat yang memang terakhir tapi bila difikir semula, memang patut pun aku tak pergi. Malangnya lagi persoalan sama ada aku bersalah atau tidak terus  berlegar-legar dalam kepala aku. Jadi pada pagi tadi (dalam pukul 11 ke pukul 12 tak silap aku) aku tanya seorang kawan aku dekat Facebook sama ada betul ke tidak apa yang aku buat. Aku juga mintak pendapat dan pandangan dia tentang tindakan aku tu. Disini aku sertakan printscreen perbulan kami pada pagi tadi. Aku pun dah mintak izin dia untuk guna perbualan ini sebagai enrti aku pada hari ini.Dia cuma mintak aku rahsiakan nama dia sahaja.







[Inilah gambar yang paling banyak aku edit, selamat aku ada belajar sikit-sikit dulu dekat kawan aku]

Jadi apa pandangan anda tentang perbualan aku. Patut ke aku buat macam tu? Walaipun aku sudah berbual dengan kawan aku tu pagi tadi, tapi perasaan bersalah tu masih ada walaupun sedikit. Sebab tu aku tanya apa pendapat anda. Harap boleh beri pandangan dan pendapat.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...