http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, November 15, 2011

Gud Luck My Junior

Semalam peperiksaan SPM bagi tahun 2011 sudah pun bermula, dan SPM bagi tahun ini merupakan SPM terakhir bagi aku untuk mengucapkan "semoga berjaya", "gud luck", "do ur best" dan sewaktu dengannya kepada junior2 aku sebab tahun ini merupakan junior terakhir yang aku ada sepanjang aku bersekolah di BBST dahulu. Sebelum ini aku ada membuat entry ttg mereka di SINI, dan entry ini merupakan entry tahun lepas (perlu ke mention? tak kisah la)

[ Panggilan nama mereka: Katun (Baju Hitam) / Zul  (Baju Biru Kuning)/ Spongebob (Baju Kelabu)]

Tahun ini pula mereka semua ini akan menduduki peperiksaan SPM. Hari ahad lepas aku ada menghubungi mereka untuk memberi kata-kata semangat kepada mereka. Aku sangka mereka mungkin sudah tidak berapa kenal aku ataupun perlu bertanya 2 3 kali untuk minta kepastian siapa yang menghubungi mereka tapi tak sangka mereka semua masih kenal aku dengan sekali mention saja (sori, lupa maksud "mention" dalam BM). Yang paling terharu sekali, salah seorang dari mereka mengatakan:

"Doakan saya boleh jawab dengan baik untuk exam Math nanti, rindu nak belajar Math dgn abang 'Takky' macam dulu2"

Jadi kepada Katun (itu gelaran kami kepada dia masa dia Tingkatan 1 dahulu), semoga kau dapat jawab semua peperiksaan, tak kira peperiksaan Math mahupun Sejarah, BI, BM dan apa sahaja dengan baik. Begitu juga kepada Zul dan juga Spongebob, jawab elok2 dan jangan sekali-kali leka masa jawab soalan. Kalau boleh jangan tutup soalan kalau pemeriksa datang tengok sebab ada beberapa pemeriksa yang baik hati akan tolong nanti (kawan aku dulu dapat 1 jawapan free masa exam agama sebab pemeriksa tolong dia). Kamu semua juga jangan terlalu stress masa jawab soalan dan pelbagai lagi yang aku katakan pada mereka masa telefon masa itu. (ok, semua penyataan yang aku cakap tadi adalah sebahagian daripada isi perbualan kami).

Apa-apa pun.....

[ Gambar: Buat yang terbaik kepada kamu semua ya ]

1 comment:

Mrs Nurul said...

Alhamdulillahh...i da hbs jaga spm....huyyooooleteh woooooo.....all the best to all candidates! !

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...