http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, November 6, 2011

Orang Yang Tak Pergi Haji Boleh Raya Juga Ke?

Aku selalu fikir macam tu masa kecik2 dulu. Ye la sebab kalau raya puasa, kita kena cukup puasa baru boleh raya. Bila cukup puasa, baru feeling raya tu nampak sikit (lagi2 nanti dapat duit raya) tapi bila raya haji, macam mana kita nak feeling macam raya puasa? Kena pergi haji dulu ke baru dapat feeling nak raya haji? Itulah persoalan yang selalu aku fikir masa kecik.......

[Gambar: Kambing merupakan salah satu haiwan yang boleh dijadikan korban ye anak2 sekalian]

Ok fine, aku tipu. Kadang2 aku ada juga fikir pasal benda nie sekarang. Tapi tak adalah sekompleks macam aku fikir masa budak2 dulu. Bila kita dah belajar serba sedikit pasal sejarah raya korban a.k.a raya haji nie, kita dah tahu sebab apa kita boleh raya. Bagi aku (ikut pendapat aku la), orang yang paling layak untuk sambut raya nie ialah orang yang paling banyak berkorban iaitu ibubapa, guru, orang yang sangup bersusah payah untuk kita dan sewaktu dengannya. Dah nama pun raya korban, mestilah kita raikan untuk sesuatu benda yang kita korbankan demi kebaikan kita bukan? Itu ialah jawapan bagi orang yang tak matang macam aku (but at least aku ada sebab, kan3?) .Kita tinggalkan dulu persoalan tu sebab masih banyak perkara yang aku masih keliru pasal raya haji nie selain kenang kembali sejarah nabi ibrahim nak sembelih anaknya sebagai korban  atas arahan Allah tapi Allah gantikan anaknya itu dengan haiwan ternakan (aku lupa haiwan apa, teruk ye la perangai aku nie). 

Walaupun umur aku nie dah besar panjang,dah boleh kahwin pun tapi aku tak pernah lagi tengok orang sembelih lembu atau kambing depan mata aku tapi kalau sembelih burung puyuh tu pernah la. Itu pun masa kem dekat sekolah dulu, ustaz bagi peluang dekat semua pelajar untuk sembelih burung puyuh dengan betul plus nak kami sebagai pelajar ini praktikkan apa yang kami belajar dalam subjek Agama Islam dulu. Aku teringin nak tengok sebenar ye orang sembelih lembu atau kambing atau unta atau apa2 la dan....(speceless sekejap) aku harap aku tak bangun lewat atau balik terlalu awal lepas solat raya ataupun tak jumpa dekat mana dorang nak buat sembelihan itu nanti dan tahu pukul berapa dorang nak buat penyembelihan itu. Serius sangat2, aku teringin nak tengok mereka2 nie sembelih binatang korban.

Apa2 pun, diharap anda semua jaga diri baik2 esok, jangan makan terlalu banyak terutama kepada mereka yang ada darah tinggi. Jangan makan daging kambing banyak sangat, nanti teruk pula jadinya. Kepada blogger "Coretan Hati Setan Aku" yang sedang menunaikan haji sekarang ini, harap anda selamat berada di sana dan aku harap aku boleh baca blog kau lagi lepas nie. Nie mesti ada orang lain gatal tangan kacau kau punya setting. Kepada sesiapa yang ada baca blog bro 2, harap2 korang boleh sampaikan pesanan aku nie. Biasalah, siapa sajalah yang sudi nak baca blog yang tak matang nie.....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...