http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, September 25, 2011

Salah Ke Cara Aku Berkawan?

Aku seorang yang pendiam, lagi2 bila berada dengan keluarga aku. Mungkin sebab perkara2 yang telah berlaku sebelum ini membuatkan aku sukar untuk berkongsi apa2 sahaja dengan keluarga aku. Namun sejak aku ambil kos pelancongan ini sikap pendiam aku nie mula kurang sedikit demi sedikit (namun masih nampak perbezaan cara pergaulan aku antara keluarga dengan orang lain).  Perubahan yang baik dan mak saudara aku pun mengakuinya masa kami beraya dulu. Dia nampak perbezaan aku masa kecik dengan masa sekarang. Aku hanya mampu senyum malu sahaja sebab tak sangka ada orang memerhatikan aku.

Macam yang aku cakap sebelum ini, aku seorang yang pendiam dan orang pendiam tak ramai kawan. Jadi aku cuba baiki ataupun ayat yang lebih molek (aku rasalah) ialah ubah diri aku untuk lebih friendly. Aku cuba untuk jadi lebih mesra dan cuba berkawan dengan semua orang. Namun dalam hati ini risau juga (dan takut) kalau2 orang tersalah tafsir akan hubungan persahabatan yang cuba kita jalinkan.

Ada seorang peserta dekat sini yang aku rasa dia sangsi dengan persahabatan yang aku cuba jalinkan. Aku tak boleh salahkan dia sebab bila aku fikir balik, salah aku juga sebab mungkin cara aku nak berkawan tu salah agaknya (agaknya la, aku tak pasti). Kami berkongsi minat yang lebih kurang sama iaitu Dragon Ball dan sitcom HIMYM (orang yang minat sitcom nie tahu apa makna shortform tu). Jadi aku tawarkanlah laptop aku mintak dia jaga, alang2 tu dia boleh tonton anime Dragon Ball dalam laptop aku sebab aku dah pun habis download dulu tapi dia agak keberatan pula. Mungkin dia tak berani nak jaga laptop aku sementara aku tak ada dekat situ, yelakan...kau gila apa nak mintak orang jagakan barang orang lain dalam jangka masa yang lama padahal kenal tak sampai sebulan pun lagi. Jadi aku tak boleh salahkan dia. Tambahan lagi mungkin bahasa tubuh aku buat dia salah anggap dengan cara aku umtuk berkawan. Mungkin dia ingat aku nie tergedik-gedik nak berkawan dengan dia? Aku pun tak tahu.

[Gambar: Mungkinkah orang lain akan salah anggap dengan persahabatan yang cuba kita jalinkan bila kita terlalu menjadi diri sendiri?]

Aku tahu apa yang aku cuba sampaikan di atas ini mungkin memeningkan kepala buat sesiapa yang membacanya dan boleh dikatakan tindakan yang gila sebab terlalu percaya pada orang yang baru sahaja kita kenal padahal kita tak tahu latar belakang dia. Namun bagi aku, selagi aku masih ada masa yang panjang untuk berkawan, selagi itu aku akan cuba untuk berkawan. Aku mahu ada banyak kenangan atas nama persahabatan walaupun kemungkinan lepas ini kita dah tak berjumpa lagi.Kalau masa sekolah menengah dulu aku berkawan dengan si pulan sebab aku nak orang lain kenal aku melalui si pulan, sekarang ini aku berkawan dengan orang sebab aku memang mahukan persahabatan. Aku ikhlas berkawan dengan orang tersebut yang bagi aku, aku senang dan selesa berkawan dengan orang tersebut.

Jadi aku nak tahu adakah betul cara aku berkawan? Adakah aku perlu kawal sedikit perasaan terlebih mesra aku ini bila nak berkawan dengan orang lain? Aku perlukan pendapat dan sedikit nasihat. Harap sesiapan yang baca ini boleh beri sedikit nasihat dan cadangan pada aku. Owh, sebelum aku menutup entry untuk hari ini, aku nak beri sedikit info tentang kawan aku tu. Dia budak sebelah bilik aku dan boleh kata muka dia macho la juga. Kebanyakkan budak bilik dia aktif sukan, tu yang buat aku malu sebab dalam 10 orang peserta lelaki yang ada dalam tu hanya aku sahaja yang tak main sukan waktu sekolah menengah dulu (means aku tak aktif sukan sejak dulu lagi lor). Sebab tu aku nak pastikan betul ke tak dengan cara aku berkawan sebab aku tak nak dia ingat aku nie ... (korang paham2 la sendiri)

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...