Hampir seminggu aku tak bukak blog dan seminggu ini jugalah aku sudah lama tidak membaca entry2 daripada blogger2 yang aku minat seperti kak neon, kak zara, bro arif, bro tanaka (tak tahu pula yg dia tengah buat haji la nie), bro halia, bro hakim, dan bro avid. Jadi agak lama juga la aku membaca dari pukul 2 - 7 sekarang ini di McD dalam kesejukkan ini hanya kerana membaca sahaja (ok, aku tipu. Aku lunch sekali tadi). Ditambah lagi aku sedang memuat turun anime bagi minggu ini. Senang cerita korang tengoklah gambar dekat bawah ini sebelum aku masuk ke cerita yang sebenarnya,
Kenalan --> Kawan --> Sahabat, satu proses yang aku rumuskan sendiri setelah apa yang berlaku kepada aku sepanjang sebulan aku berada di Batu Pahat ini. Bagi sesiapa yang ada membaca entry aku sebelum ini : Salah Ke Cara Aku Berkawan?, entry ini boleh dianggap sebagai sambungan kepada entry tersebut dan entry ini menjelaskan sebab sebenar yang berlaku dan ianya jauh sekali daripada yang aku bayangkan dalam entry sebelum ini.
1. Kenalan
Kenalan ialah seseorang yang baru sahaja kita jumpa. Orang yang cuba atau mahu berkenalan dengan kita. Seperti mana kita mahu berkenalan dengan mereka. Kenalan bukanlah kawan tetapi boleh menjadi kawan bila kita sudah sentiasa bersama-sama (sebagai contoh aku yang berada di dalam kursus ini).
2. Kawan
Apabila sudah lama berkenalan, sudah selalu ke sana ke sini bersama-sama, bergelak ketawa sama2, bergurau senda bersama-sama, makan sama2, main boling sama2, tengok wayang sama2, apa sahaja yang anda rasa aktiviti yang anda selalu buat bersama-sama dengan kenalan anda akan naik ke satu lagi tahap iaitu kawan. Ke mana saja mereka pergi, pasti kita rasa nak ikut sekali.
3. Sahabat
Tahap tertinggi (bagi pandangan aku) dalam proses persahabatan ini. Sahabat iaalah satu perkataan yang senang disebut tapi sukar untuk dilakukan. Perkataan SAHABAT bukanlah satu perkataan yang boleh dibuat main2. Sebab apa? Sebabnya sahabat inilah yang akan berkongsi suka duka kita, selalu bersama-sama kita di dalam susah dan senang, berkongsi apa sahaja masalah ataupun kegembiraan yang mereka ataupun kita alami. Seseorang yang sangup buat apa sahaja demi menjaga PERSAHABATAN hingga ke akhir hayat.
Kenapa aku definasikan perkara2 di atas? Kerana apa yang berlaku kepada aku di kursus ini telah membuka mata aku bahawa wujudnya proses ini. Aku sangka di dunia ini hanya wujud Kawan dan Sahabat sahaja namun aku tak sangka bahawa terdapat satu lagi aksara (maksudnya perkataan bukan?) dalam dunia persahabatan ini. Sukar untuk kita membezakan kawan dan kenalan kerana kita sangka kita sudah rapat dengan kawan tersebut. Perumpamaan "Kawan tikam belakang, Kawan makan Kawan" membuat aku sangka bahawa mereka masih lagi kawan aku walaupun kami baru sahaja berkenalan selama sebulan namun semuanya salah sama sekali. Mereka (merujuk kepada kumpulan budak tersebut) mula membuka pekung masing2 dan tunjukkan sifat yang sebenar walaupun budak itu hanyalah mangsa keadaan sahaja (sabarlah ye kawan baru).
Memang benar bahawa ada perumpamaan "Bukan Kawan Jika Tidak Bergaduh" namun bila kita sedar akan kesalahan kita, sekurang-kurangnya kita akan memohon maaf atau berbincang kembali masalah yang dihadapi DAN bila kita berbincang masalah tersebut, bersuaralah agar kita boleh bersama-sama mencari jalan penyelesaiannya. Bukannya diam seribu bahasa dan bermain dibelakang kita. Apa yang aku rasakan sekarang ini bahawa aku rasa sedih dengan perkara yang berlaku namun aku tahu semua ini tidak akan berubah selagi kita masih menyalahkan antara satu sama lain dan mempunyai ego yang tinggi.
Kesimpulannya, munasabahlah diri sendiri sama ada kita salah ataupun tidak dan fikirkanlah perasaaa orang lain. Bukan semua orang mempunyai kehidupan yang senang dan bukan semua orang senang untuk tempuhi dugaan seorang diri. Perumpamaan "Bukan senang nak senang, Bukan susah nak susah" mungkin akan diutarakan dalam perkara ini dengan gelaran cabaran hidup tetapi siapa yang nak hidup susah? Semuanya sudah besar, sudah matang dan sudah boleh berfikir sendiri, bertindaklah seperti orang yang matang dan bukannya seperti kanak-kanak. Sekian.
P/s: Maaf jika entry ini berputar belit tetapi bagi aku, aku sudah tidak larat lagi hendak melayan karenah kamu2 semua (sebahagian para peserta kursus) yang berperangai seperti kanak2 tetapi berani mengatakan mereka bertindak professional. Ingatlah, perkara yang berlaku ini boleh difikir logik, bahkan kita pernah membuat program dan aktiviti seperti mana syarikat yang menganjurkan kursus ini. Malangnya kenapa pretasinya buruk mengalahkan proses kita menganjurkan aktiviti dan program di poli dulu? Aku dapat rasakan yang program yang pernah aku lakukan dalam modul2 sebelum ini di poli lebih baik daripada syarikat ini lakukan bahkan segelintir peserta lain juga mengakuinya tapi kenapa kamu masih tidak mengakui? Ada seorang dua daripada kumpuluan kamu yang berasa malu dengan tindakan kamu namun mereka tidak boleh berbuat apa2 kerana tersepit antara persahabatan dengan kawan. Mereka sudah pun meminta maaf bagi pihak kamu kepada kami tetapi kenapa kamu masih melayan kami seperti ini? Kenapa kamu masih lagi hendak meninggikan ego kamu? Semua sudah besar bukan, fikir2 lah sendiri......
No comments:
Post a Comment