http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, September 13, 2011

Pengalaman Perjalanan Aku Ke Batu Pahat

Salam semua, seperti yang aku cerita dalam entry sebelum ini, aku sedang menjalani Kursus Pemandu Pelancong di sekitar kawasan Batu Pahat. Ada dalam 18 orang peserta yang mengikuti kursus ini dan semuanya.... 

!!!AWESOME!!! 

Memang boleh kata antara aku dengan semua peserta ibarat langit dengan bumi. Since aku suka tulis panjang2, aku nak cerita pengalaman aku dari semalam hingga ke hari ini.

Perjalanan Bermula

Aku tiba kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Stesen Bandar Tasik Selatan dalam pukul 9 pagi dan aku terpaksa tunggu abang ipar aku untuk balik sekali sebab rumah dia dalam kawasan situ, sangat dekat dengan tempat kursus aku. Jadi alang2 tu nanti dia boleh hantarkan aku ke tempat kursus tu. Mulanya dia nak sampai awal tetapi terpaksa menunggu lama sebab ada masalah yang berlaku pada abang ipar aku n aku hanya mampu senyum kambing saja. Sepanjang berada disana, aku telah ditegur oleh seseorang yang tak dikenali yang meminta duit kerana dompetnya tertinggal di dalam teksi (tak silap aku) dan anaknya ada bersamanya. Dia cakap dia ada kat situ dari pukul 4 pagi, boleh kata hampir 5 jam dia ada dekat situ. Niat dihati nak tolong tapi bila difikir2 balik tentang kejadian2 yang selalu baca dekat surat khabar, kat TV dan pengalaman dari kawan, aku rasa sangsi nak tolong. Last2 terpaksa bohong sunat dan mintak dia cuba mintak bantuan sekali lagi pada polis yang berdekatan (ada kaunter polis kat dalam Terminat Bersepadu Selatan tu)  tapi dia tak nak. 

Owh, sebelum tu ada lagi satu peristiwa yang boleh memberi pengajaran pada sesiapa yang membaca entry ini. Aku pergi ke TBS naik LRT dan masa aku nak beli tiket tu, baru aku perasan yang dompet aku ada dekat rumah. Cuak gila masa tu sebab tiket dah beli tapi macam mana nak bayar? Fikir punya fikir, aku baru teringat yang aku ada simpan duit dalam beg aku. Dulu abah pernah pesan semasa aku duduk dekat asrama di sekolah menengah,

"Duit kalau boleh jangan letak dalam dompet banyak2, letak kat tempat yang tersorok dan straktegik but make sure kau ingat dekat mana kau letak duit tu"

Jadi aku pun carilah duet yang aku sorok dalam beg galas aku dan jumpa duit dalam kalkulator aku. Simpan sekeping dalam kalkulator, duit2 yang lain ada dalam beg jugak tapi bersepah berasing berterabur dalam beg tu. Lepas bayar tiket tu, baru aku telefon mama dan minta dia hantarkan dompet dekat LRT sebelum saya bertolak ke TBS.

Dari KL ke BP (bukan stesen minyak ok), adalah dalam 2 jam setengah ke 3 jam. Lepas daftar, aku terus ke bilik seminar sebab ada perjumpaan para peserta. Seperti biasa, setiap kursus mesti ada penghulu dan penolong penghulu. Mungkin disebabkan aku TERLEBIH "mesra alam" (ye la, dah datang lambat. Takkan nak buat dono aje), seorang peserta (kita gelar dia peserta A) mencadangkan nama aku jadi penghulu. Cuak punya pasal, aku cakap dekat ketua kursus yang peserta tu tujukan pada budak depan saya (kebetulan nama kami sama), mulanya ketua kursus tu nampak macam percaya dengan apa yang aku cakap...sekali peserta A cakap "bukan, yang baju MERAH nie". Peserta B (budak depan aku tadi) hanya angguk2 kepala dan aku hanya garu kepala dan tutup muka sebab malu punya pasal. Tugas penghulu nie berat dan mulanya aku tak nak terima tapi disebabkan aku nie jenis yang "slow sikit", bantahan aku tu tak diketahui oleh peserta lain masa dalam bilik seminar tu.

Hari Pertama

Yang ini, aku lebih fokus pada aktiviti kami pada petang tadi. Aku memang rasa takut, malu, gementar, cuak dan sedih pada masa tu. Sebabnya semua peserta yang ada dalam tu TERLALU hebat berbanding dengan aku, ibarat langit dan bumi dan apa2 istilah yang sesuai dengan situasi yang saya maksudkan itu. Aktiviti kami petang tu ialah berucap dan kami dikehendaki berucap seperti seorang pemandu pelancong memberi penerangan di depan para pelancong yang lain. Aku yang dengar nie rasa macam aku nie pelancong pula. Kusyuk gila aku dengar dan aku bandingkan dengan cara penyampaian aku sepanjang aku belajar selama ini. memang berbeza gila dan aku memang cuak masa tu. Mujur dalam bilik seminar tu berhawa dingin, kalau tidak konfem peluh aku mencurah GILA2 ke ladang gandum berbanding di poli yang hanya mencurah di ladang gandum sahaja. Disebabkan takut, cuak, gabra dan sewaktu dengannya, aku berucap dengan gagap sikit dan banyak fakta aku yang salah (tapi buat2 yakin sebab nak cver punya pasal). Last2 aku cakap,

"Ok semua para pelancong sekalian, kita tak ada banyak masa lagi sebab pertunjukkan di dalam akan bermula di dalam sebentar lagi. Seorang staf guide UWL (Underwater World Langkawi) akan membantu saya menerangkan dengan lebih lanjut tentang hidupan2 yang berada di dalam ini. Jom semua"

Habis je speech tu, aku terus duduk dan tanya pendapat orang sebelah. Dia cakap aku ok saja tapi dari gaya percakapan dia, aku tahu yang masih banyak dan banyak dan BAAANYAK yang perlu aku perbaiki. Aku harap selama aku berada disini, aku dapat belajar banyak perkara walaupun niat aku datang kat sini hanya kosong (aku selalu decide niat aku bila aku dah berada di sesuatu tempat tersebut)

Jadi sepanjang perjalanan aku di BP nie, aku harap aku dapat perbaiki diri aku, perbaiki cara komunikasi aku, perbaiki grooming aku, cara pergaulan dan percakapan, tingkatkan ilmu pengetahuan aku, lawat lebih banyak tempat2 menarik untuk tahu yang Malaysia nie masih banyak tempat menarik untuk melanocng dan banyak lagi la. Disamping tu juga, aku harap badan aku akan mengecil bila ada disini. InsyaAllah aku akan sambung lagi di lain masa. Pinjam broadband budak bilik nie sebenarnya nie. Huhuuhuuhuuh

3 comments:

yui92 said...

banyak pengalaman baru la ni..baguslah =p=p=p



followed 20th

░♥si lampu neon♥░ said...

hahaha sengal la lu ... tapi siries cuak kalau tinggal dompet tuh !

takky said...

2 la, slamat ade simpan duet lebih dlm beg...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...