http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, September 11, 2011

Cukuplah Sekali Dia Bersedih Atas Khilafku

Sebenarnya aku nak tulis entry nie semalam tapi disebabkan aku begitu sedih, aku tertidur didepan entry yang kosong. Hanya sempat tulis nama tajuk entry sahaja, sebab itulah tajuk entry ini nampak sedih sikit. Tapi kan, kan, kan.....hari ini aku macam ini.......

[ Gambar: Mood saya berharap agar semuanya berjalan dengan lancar esok ^O^, hihihihihi ]

InsyaAllah kalau tidak ada apa-apa halangan esok, aku akan bertolak ke Batu Pahat, Johor. Bukan untuk beraya, bukan untuk balik kampung, bukan juga untuk pergi kenduri tetapi aku akan berkursus disana selama 3 bulan. Alhamdulillah, gembira sangat bila ada aktiviti yang boleh dibuat setelah hampir 4 bulan aku bercucuk tanam dirumah. Aku akan pergi ke Kursus Pemandu Pelancong di Batu Pahat (tak boleh  beritahu lokasi yang lebih terperinci sebab nak kasi jantung tu dup dap dup dap) selama 3 bulan.. Jadi kemungkinan besar blog aku ini mungkin....sekali lagi, MUNGKIN akan kembali aktif seperti mana aku berada di Langkawi dahulu. Itupun kalau kawasan tempat kursus aku tu ada WiFi sebab aku tengok dekat peta dia banyak pokok saja.

Walaupun aku bersyukur sebab dapat pergi ke sana, namun masih ada rasa sikit (sikittttttt saja) rasa sedih tu. Mak ayah aku terpaksa kemas rumah nie sorang2 bagi persiapan perkahwinan Kak Ngah aku sebab kami dah tak ada dekat rumah (kami = aku dgn last akak aku). Aku pergi ke kursus selama 3 bulan manakala akak aku dah mula sambung belajar balik setelah sekian lama bercuti. Jadi yang ada dekat rumah nanti hanya akak ke-3 dan adik aku yang berat bontot tak boleh harap tu. Risau sikit sebab yang kecik tu memang payah sikit nak buat kerja, ,yang besar tu pula nak buat kerja....???? entah la, aku yang dah hidup selama 21 tahun dengan dia pun kadang kala masih tak dapat tangkap perangai dia. Kadang2 nak tengok batang hidung dia pun susah tapi bila dia kemas, hati hanya mampu mengucap dan sabar sahaja (nak cerita lebih detail tapi takut buka aib orang pula).

Jadi setakat ini kami iaitu aku dgn last akak aku dah kemas sikit2 sebahagian kawasan hitam dalam rumah ini. Aku di kawasan bawah tangga dan kawasan printer manakala akak aku di kawasan depan TV Dapur, bilik bawah, almari kasut, bakal bilik pengantin (sebab itu bilik dorang) dan....itu je yang aku tahu buat masa ini. Kami juga dah siapkan semua hadiah untuk tetamu yang akan datang nanti kecuali bunga telur. Jadi legalah sikit hati tu bila dah kemas, kalau boleh nak buat kenduri yang lebih sempurna daripada kenduri Kak Long aku dulu. Harap aku tak dengar apa-apa yang buruk nanti pasal persiapan kenduri tu nanti.

Esok aku nak keluar dari rumah awal pagi tapi sampai sekarang tak tidur2 lagi. Satu sebab gembira dan yang kedua sebab tengah main game Treasure Isle dekat Facebook. Itulah game utama yang aku main bila buka Facebook nie, hihihihihi. Sampai sini sahaja entry untuk kali ini. Wasalam.

P/s: Baru perasan yang tajuk tak ada kena mengena dengan isi....nak tukar pun malas sebab tak tahu nak tulis tajuk apa. (Ish3, teruk ye la perangai ko nie Takky) =~= ;

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...