http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, August 10, 2011

Mimpi Ataupun Deja Vu = Realiti Mimpi ??

Sekarang nie, aku selalu mimpi yang pelik2. Mimpi jumpa balik kawan2 sekolah lama aku, mimpi tengah buat kerja sekolah padahal aku dah habis belajar dan macam2 lagi. Kalau dalam mimpi tu aku jadi budak kecik balik tak apa la juga, nie mimpi jadi besar gedabak tapi pakai baju sekolah rendah. Yang terbaru aku mimpi yang aku terpaksa masuk sekolah rendah balik sebab aku tak dapat sambung belajar. Nie bukan tipu tahu, nie betul punya mimpi. Ditambah lagi dalam mimpi tu, aku terpaksa bersekolah dengan budak2 yang suka buli orang (geng buli nie cukup anti dengan geng aku, dah lupa sebab apa coz aku malas nak ingat hal2 lama)

Ada juga mimpi aku yang jadi kenyataan realiti, orang lain kata deja vu. Petikan dekat bawah ini aku ambil dari entry TRIVIA: 10 FENOMENA MISTERI MINDA dari blog BLOGBUSTER tentang makna deja vu. Ada banyak lagi selain deja vu nie, korang boleh klik dekat tajuk fenomena yang aku boldkan tu untuk tahu lebih lanjut tentang perkara nie.

~ Déjà vu adalah pengalaman tertentu yang anda telah alami atau melihat 'situasi baru' dari yang sebelumnya - merasa seolah-olah peristiwa itu telah berlaku atau berulang kembali. Pengalaman biasanya disertai oleh perasaan 'kenal dengan situasi' yang kuat dan rasa keseraman atau keanehan. Pengalaman 'terdahulu' biasanya mempunyai kaitan dengan mimpi, tetapi kadang-kala dalam sesetengah kes, naluri mengatakan ianya benar-benar pernah berlaku di masa lampau, cuma memori menjadi kabur disebabkan desakan naluri untuk melupakannya. ~

Aku tahu bunyinya agak mengarut ditambah lagi sekarang ini bulan puasa. Nak kata mainan setan (kan orang kata mimpi tu mainan setan), setan dah kena gari dalam neraka. Aku cuma anggap ianya hanya mainan tidur namun sesetengah mimpi itu amat aku pandang serius a.k.a risau terutama mimpi yang nampak biasa tapi pelik situasinya. Senang cerita tanpa buat aku pening dengan ayat aku sendiri, aku rasa seram sejuk bila apa yang aku mimpi terjadi dalam realiti walaupun situasinya hanya berlaku dalam beberapa saat atau minit.

[ Gambar: Masa terus berputar, dan berputar dan berputar dan berputar ]

Bukan ye apa, terus terang aku cakap yang aku nie bukan ye jenis berani sangat. Berani aku nie kadang kala tak bertempat, Contoh terdekat yang berlaku dekat aku (berlaku sebelum puasa nie), seperti yang aku ceritakan dalam entry aku sebelum ini yang aku pergi cari kerja dan dah dapat 2 peluang untuk kerja kat tempat tersebut. Secara jujurnya, itulah kali pertama aku bawak motor seorang diri dengan tayar yang pancit suam2 kuku (baru tahu bila balik sebab ayah baru cakap masa tu) dekat jalan besar nak masuk lebuh raya (satu arah dengan MRR2). Disebabkan itulah kali pertama aku bawak motor jauh dari kebiasaan aku, jadi aku hampir tersesat. Pusing sana pusing sini, last2 jumpa juga la jalan balik. 

Masa tu semangat la nak kerja tapi terpaksa tanya parents sebab antara syarat dia kena kerja masa 1st raya. Aku pun masih tak pasti sampai sekarang aku balik beraya ke tidak tahun ini walaupun aku dah tanya parents aku banyak kali. ....sambung balik cerita, malam tu aku tanya kawan aku tentang kerja tu memandangkan dia kerja dalam industri pekerjaan yang sama. Jadi aku rasa tak ada banyak beza antara tempat kerja dia dengan tempat kerja yang aku mintak. Tengah syok tanya soalan dan loyar buruk dengan kawan aku tu, sekali aku terpandang kalendar yang ada dekat TV dapur (aku borak pakai telefon rumah dekat dapur). Masa tu, aku terus terdiam. Aku pura-pura  buat tak tahu tapi makin lama makin kuat pula aku fikirkannya. Fikir punya fikir punya fikir, akhirnya terus tertangguh kerja yang aku nak tu dan jadilah aku bibik tak bergaji dekat rumah aku sekarang ini. Mimpi aku yang jadi realiti tu hanya sebuah kalendar yang aku pandang dari sudut yang sama, jauh yang sama dan tempat yang sama. Tak masuk akal bukan? (I mean tindakan aku la...ok fine, aku cover je nie)

Kesimpulannya, bukan aku nak cakap yang aku takut seram sejuk dengan realiti mimpi nie cuma entahlah, aku masih tak dapat nak beri jawapan kepada diri aku ini. Lagipun aku rasa ada baiknya juga aku duduk rumah nie sebab tak ada siapa pun yang nak buat kerja rumah selain aku (bukan berbangga tapi kenyataan) selain dari parents aku. Adik aku cakap yang aku selama ni bukan ye buat kerja sebab kerja tu dapat gaji, @ dapat duit, aku mana dapat gaji buat semua kerja. Pasal itu aku malas bila nak bercakap baik2 dengan adik aku sebab dia cakap pakai lutut, bukan pakai otak (ish, hilang pahala puasa aku nie). Aku sindir dia pun bukan ye dia paham pun, last2 aku biarkan saja sebab makin banyak aku suruh, makin sakit hati pula aku dibuatnya.

Jadi aku nak tanya la pada sesiapa yang terbaca entry aku ini, apa yang korang lakukan bila korang alami perkara yang sama macam aku alami nie? Korang fikir dulu dan teruskan atau teruskan tanpa fikir ataupun fikir panjang sepanjang-panjang ye? Kongsi la sikit, mana tahu boleh aku buat panduan serba sedikit...

2 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

masalahnye kann takky u tulis panjang sgt tauu , pening i hahaha..pastu yg i paham u de ja vu u tu part yg u tgk kalendar..

anyway..

i jarang kene dejavu ni..mimpi2 selalu indah2 jer..terbang2 jer..hihi...

takky said...

hihihihi...
slamat dlm entry 2 dah ckp awal2 yg aku pun pening pale dgn ayat aku sendiri...
jadi x pelik la kalau kak neon pun pening pale bila baca entry nie...

latest mimpi...
aku akan buat discussion group dgn kwn aku dlm kem @ kursus x silap aku...
tapi x ingat dekat mane...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...