http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, August 2, 2011

Tak Ada Idea Untuk Enrty Yang Ini... =,= ;

Sekarang ni dah masuk bulan 8. Secara umumnya, semua rakyat Malaysia hanya tahu yang bulan 8 ni ialah bulan keMERDEKAan namun tahun ini ianya merupakan bulan yang unit bagi warga Malaysia, sebab apa? Sebab bulan 8 ini ialah bulan Ramadhan dan insyaAllah akhir bulan 8 ini kita akan meraikan kemenangan kita berpuasa selama hampir sebulan. 

Wah, ayat macam buat karangan saja. Tapi memang betulkan apa yang aku cakap a.k.a tulis ini. Selalunya bulan 8 lebih sinonim dengan bulan MERDEKA, Sekarang ini aku tak pastila kalau korang semua nak sambut 2 peristiwa tu sekali gus. Apa-apa pun itu kita akan fikirkannya nanti. Sekarang ini aku tak tahu sebenarnya nak tulis apa sebab aku masih tak terfikir lagi tajuk untuk entry ini. Jadi sementara aku nak fikir tajuk entry ini, korang boleh la tengok gambar bawah ini ye...(BM aku rasanya makin teruk lor la nie)

[ Gambar: Ini yang aku rasa menarik masa aku taip perkataan yang puasa dekat google tadi, tapi bukan ini masa raya ke? Tak kesah la, huhuhhuhu ]

Dah namanya bulan puasa, jadi tentulah semua orang akan berlumba-lumba untuk buat amal. Aku? Secara jujurnya aku nie kena ketuk baru aku akan buat tapi semalam aku amat terkejut dengan diri aku. Aku pergi sembahyang terawih. Aku pun tak tahu kenapa tergerak nak pergi sana, mungkin sebab Mak Ngah aku pun joint sekali kot. Itu sebab aku nak pergi sekali agaknya (tapi bukan ye aku sama saf dengan mak ngah sebab aku sembahyang kat bahagian lelaki). Rasanya aku ni kalau nak kena buat sesuatu benda tu tak boleh fikir banyak2 sangat, nanti semuanya tak berjalan macam yang dirancang. Bila fikir lama2 nanti terus tak jadi nak buat kerja, macam plan aku nak cari kerja sementara. Fikir punya fikir punya fikir, last2 terus tak jadi kerja padahal dah servey 2 tempat dan peluang nak dapat kerja pun memang ada sebab orang sana nak pakai orang. Jadi nasihat aku untuk diri aku sendiri (harap aku ingat sampai bila2), jangan fikir terlalu lama sebab nanti aku akan tangguh kerja aku dan akhirnya langsung tak menjadi kerja aku.

Sambung balik topik pasal sembahyang terawih, aku ada masalah sikit tentang perkara ini. Aku nie jenis yang senang tertidur lepas waktu maghrib dan isyak, tak kira la puasa ke tak puasa ke, baru lepas makan ke mahupun belum makan, aku memang senang tertidur. Niat bila dah masuk bilik dan lepas sembahyang tu nak pergi mandi, tapi terasa badan nie dipanggil-panggil oleh bantal dan katil. Sedar2 dah lewat malam (macam ari nie aku bangun pukul 12). Terus hilang niat aku nak sembahyang terawih sebab aku nie jenis kena ketuk baru nak buat. Kalau tak kena ketuk dan terasa nak buat sesuatu tu, means aku kena ada feling nak buat benda tu baru jadi. 

Hmph, aku pun tak banyak cerita nak tulis dalam ni. Tunggu la esok lusa aku sambung balik tulis sebab ada benda nie aku nak cerita tapi benda nie masih dalam pembikinan. Dalam bahasa orang puteh kita cakap OTW a.k.a On The Way. So, selamat berpuasa la ye korang semua (termasuk aku a.k.a takky) ^O^

P/s ---> dengan ini saya menamakan entry ini sebagai .....(apa ye?) COBAAN TERAWIH !!! Kejap2, sesuai ke? Korang decide la sendiri...

3 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

takky terawih tu gagahkan laa buat..i pun sebenarnye sama je..ngantuk lepas magrib dan isyak..i buat je..terlentok2 i kat masjid tu..i nak kejar pahala punye pasal..tak kira laa terlentok ke ape ke..asalkan i buat hehe

takky said...

insyaAllah....^O^
akan cuba yg terbaik...

░♥si lampu neon♥░ said...

alhamdulillah, eh dah nak raya laa takky ! jemput u dtg umah i yaa !

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...