http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, July 16, 2011

Aku Buntu Sementara Waktu...

Sekarang ini aku sedang buntu, tak tahu tindakan seterusnya yang aku perlu ambil. Mestilah aku akan memohon semula tetapi aku masih perlukan PLAN B bukan? Untuk menjelaskan dengan lebih tepat lagi, anda boleh melihatnya di bawah ini.....

[ Seperti yang anda boleh baca disitu, aku GAGAL ]

Aku tak berjaya nak sambung belajar dan sebenarnya aku tahu yang peluang bekas pelajar politeknik sambung belajar ke universiti boleh dikatakan 90% sukar untuk berjaya. Namun disebabkan aku terlalu sibukkan hal dengan sakit aku, aku alpa tentang perkara ini dan aku terlalu mengharap yang aku akan dapat sambung belajar di sana. Malangnya harapan tinggal harapan tapi masih boleh diusahakan bukan?

Apa yang aku ingin isukan sebenarnya ialah apa yang aku perlu lakukan selain memohon semula? Adakah aku perlu memohon kursus yang sama seperti yang aku mohon sebelum ini? ataupun memohon kursus yang baru? Jika nak memilih kursus yang baru, aku hendak pilih kursus apa? Kawan aku cakap pilihlah kursus yang aku minat but unfortunately, aku pun tak tahu apa yang aku minat sekarang. Dulu aku bercita-cita nak jadi 'voice actor' sebab terpengaruh dengan cerita anime dekat TV, kira aku nak lakonkan suara aku je la dan tak tunjuk muka aku tapi disebabkan Malaysia masa tu agak "down" (faham2 la apa yang aku cuba sampaikan) masa tu, aku terpaksa lupakannya dan memilih bidang yang aku sendiri pun tak tahu. Aku hanya ikut firasat aku sahaja.

Jadi pada sesiapa yang terbaca entry ini (memandangkan pengikut aku secara tiba-tiba telah meningkat), harap anda boleh beri cadangan pada aku. Jika anda tak boleh nak hantar komen anda di ruangan komen, bolehlah menghantarnya di Formspring aku di sebelah entry ini.. Minggu lepas aku dapat aduan daripada seorang pembaca yang dia tak boleh nak hantar komen dekat blog ini, jadi dia terpaksa hantarnya di Formspring. Bukan aku paksa atau apa2 sahaja yang boleh menyebabkan anda berfikiran negatif terhadap penyataan aku tadi tapi ada sesetengah orang yang akan rasa terkilan jika dia hanya membaca tapi tak dapat nak hantar komen walaupun dia ingin menghantarnya.. Aku pernah alami situasi tersebut dan pernah meluahkannya di dalam entry ini: Perhatian Kepada Blogger Ariffshah. Mujur sekarang aku dah boleh tulis komen di dalam blog dia. ^O^. Owh...sebelum itu, jika hendak hantar di Formspring sila sertakan nama anda atau nama pendek anda dalam komen tu sekali. ^ v ^

Sampai sini je yang aku dapat tulis buat masa ini, rasa janggal bila guna keyboard ini. Laptop aku tiba2 rosak masa aku scan virus tadi, rasanya ada fail penting yang dah terkena virus dan aku terbuang secara tak sengaja. Harap tak ada apa2 yang hilang, dah la aku tak sempat nak backup apa2 dalam laptop 2 plus semua cerita yang aku baru muat turun tak sempat nak simpan dalam hardisk aku. Sangat sedih sekarang ini. Huhuhuhhuhuhuhuhu. Doakan laptop aku selamat Jika tak selamat, alamatnya terpaksalah beli laptop baru. Dah la aku tak ada duit sekarang ini tapi kalau terpaksa beli juga (kalau harga baiki lebih mahal dari beli baru), aku nak beli brand VAIO atau Apple. Dah tentu jenama Apple tu hanya angan2 sahaja buat masa ini  tapi yang VAIO 2 kalau boleh memang aku nak sangat. Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat VAIO padahal tak pernah guna pun. Mungkin kemaruk sangat dengan jenama Sony Ericson agaknya, kan laptop VAIO 2 salah satu daripada jenama Sony..betul tak?

4 comments:

Mrs Nurul said...

jgn bersedih sebb takdapat sambung tu..nnt cuba lagi ok..?

sem0ga bertambah sihat ok ! uuu sy pun baru beli laptop baru gakk huaaa laptop lama terjun dari atas katil woo...

JHaZ KiTaRo said...

salam kenal.. rajin2, jemput singgah ke blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara ke 46 buah negara.. :)

syafiqa said...

jgn nak sedih sgt. baru gagal sekali
bukan selama nya. ada rezeki,
cuma tak nampak lagi.usaha lebihkan
sikit oke
da bjaya jgn lupa diri lak.haha

takky said...

kak neon: tak sedih, cume blur je coz x taw nk mohon ape nty...skunk nie kan persaingan hebat...huhuuhu

btw, i like ur new laptop colour...^O^

jhazkitaro: salam kembali...

syafiqa: x sedih, cume risau...2 je, insyaAllah x lupe diri

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...