http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, July 9, 2011

Wajar Ke Dengan TIndakan Yang DIbuat?

Salam semua. Rasanya sudah lebih seminggu rasanya aku sudah tidak menulis entry disini. Buat masa ini tidak ada bahan ataupun cerita menarik yang berlaku kepada aku. Jadi agak sukar untuk aku coretkan kisahku di dalam diari aku ini. Tapi aku rindu nak menulis di dalam ini, jadi aku cuba mencari perkara pahit mahupun manis yang sedang dan insyaAllah akan berlaku dalam masa ini. Mungkin entry kali ini panjang sikit sebab aku sudah lama tidak menulis.

 [ Gambar: Berhentilah daripada buat rakyat tambahkan dosa mengutuk tak habis - habis ]

Kenapa aku letak gambar ini? Dan kenapa aku tulis tajuk ini? Secara umumnya semua rakyat Malaysia tahu yang pada masa sekarang ini (yup, 9 Julai 2011 ini) akan berlangsungnya satu perhimpunan BERSIH tapi aku bukan nak bercerita pasal perhimpunan ini. Aku tahu ianya isu hangat sekarang ini tetapi aku agak kurang sedikit (dah kurang, sedikit pula tu ^~^ ; ) minat nak masuk campur akan hal ini sebab kita dah besar, dah tahu mana baik dan mana buruk.  Dengan keadaan kita sekarang ini yang semakin banyak di kelilingi oleh dosa, lebih baik kita jaga diri kita dan jangan cuba libatkan diri. Maaflah kepada sesiapa yang tersinggung dengan kata-kata aku tapi bagi aku biarlah mereka dengan urusan mereka. Lagipun bukan ke itu juga salah satu daripada tanda-tanda kiamat? Jadi lebih baik kita jaga diri kita dengan orang-orang yang kita sayangi dan kepada mereka yang akan bekerja nanti, apa yang aku boleh katakan hanyalah diharap bersabar. Itu saja yang mampu aku katakan disini.

Berbalik kepada topik kita tadi, sebenar ye aku nak cakap tentang hal beberapa laman web (iye ke istilah ini?) yang telah diblok atau dihalang oleh kerajaan seperti Megaupload, filetube dan pelbagai lagi. Aku tahu isu ini dah lemau dah tapi baru sekarang aku berkesempatan untuk meluahkan perasaan aku (fuhh, ayat...jangan over ok). Seperti yang kita semua tahu yang sekarang ini agak sukar untuk kita menonton dan memuat turun melalui laman-laman web ini. Tidak kira yang laju internetnya ataupun lambat sampai siput pun boleh menang, aku rasa tidak sepatutnya langkah ini diambil sampai begitu sekali.

Sebelum aku teruskan lagi, sila klik laman web ini > Dragon Ball GT Movie versi Original < (bila dah masuk web tu, tunggu untuk beberapa minit sebab video tu ada iklan sekejap) Untuk pengetahuan anda semua, video yang ditayangkan ini hanya boleh ditonton online sahaja tetapi tidak boleh dimuat turun kerana telah dihalang oleh pihak kerajaan negara tersebut. Kenapa "kita" (merujuk kepada kerajaan tempat lahir aku ini) tak boleh ambil langkah yang sama jika "kita" mahu elakkan gejala muat turun berlaku? Sama seperti negara Singapore, rakyat negara mereka boleh menonton apa sahaja cerita yang mereka mahukan tetapi mereka tidak boleh memuat turun cerita tersebut. Jika mereka mahu memuat turun sekalipun, niat mereka tidak kesampaian kerana negara mereka telah menghalang perkara tersebut daripada berlaku. Dengan erti kata yang lain, kejadian muat turun tidak menjadi isu kepada negara mereka. Aku tak pastilah pada pakar-pakar hacker kat sana masih dapat muat turun sebab perkara ini pun aku dapat tahu daripada kawan aku yang tinggal disana dulu.

Aku sedar yang ada sebahagian daripada rakyat negara "kita" memuat turun CERITA daripada negara ini tetapi ingatlah bahawa masih ada cerita-cerita daripada NEGARA-NEGARA LAIN seperti Jepun, Korea, US, AS, China, Taiwan dan sewaktu dengannya yang ditayangkan di negara ini dan kebanyakkan cerita yang ditonton oleh rakyat "kita" adalah konsep drama. Jika nak beli CD drama-drama ini boleh menelan kos hampir RM100 bagi satu siri sahaja (selalunya bagi drama yang mempunyai episod yang berpuluh - puluh, belum yang beratus - ratus lagi). Penutupan laman-laman web ini telah menyebabkan sebahagian warga penonton yang majoritinya golongan pelajar dan berpendapatan rendah serta sederhana terpaksa mengeluarkan duit yang banyak hanya untuk menonton cerita yang hanya akan ditonton sekali ataupun dua kali. Jadi adakah ianya berbaloi?

Mungkin anda akan berkata "Apa susah, kan laman web tonton.com ada?" (contoh sahaja tahu). Ya, memang ada tetapi anda rasa ada tak cerita yang kami mahukan? Kepada sesiapa yang ada baca entry aku sebelum ini, aku sedang dan telah menonton cerita CHARMED & DRAGON BALL versi ORIGINAL tetapi rasanya ada tak cerita - cerita ini ditayangkan didalam mana - mana laman web negara "kita" ? Ada sebahagian penonton masih mencari cerita-cerita lama yang sudah tidak ditayangkan lagi pada masa kini sebab kemajuan teknologi yang semakin pesat membantu mereka untuk mencari kembali cerita - cerita tersebut tapi jika kemajuan teknologi ini dihalang, apa gunanya lagi kemajuan?

Satu perkara lagi, kebanyakkan golongan remaja (senang cerita golongan belia la) yang banyak memuat turun cerita - cerita daripada laman - laman web seperti megaupload, filetubes dan sebagainya. Pernah terfikir tak kenapa mereka memuat turun cerita sampai begini? Kerana kelajuan internet yang tidak sepeti negara lain, paling jelas sekali negara Jepun dan Korea. Aku nak cerita sikit pengalaman aku semasa bercuti di Jepun sebab nak tengok akak aku konvo dulu. Line internet mereka memang laju yang amat, boleh kata tengok cerita dekat laman web macam tengok cerita dekat TV. Taip je cerita apa nak tonton, klik dan tengok sahaja. Tak payah nak tunggu dia loading. Malangnya negara "kita" berbeza dengan negara yang maju ini, kadang kala memakan masa sampai beberapa jam sedangkan masa tayangan bagi 1 episod tak sampai 30 minit. Sebab itulah adanya gejala muat turun ini berlaku, daripada nak tunggu satu episod loading berjam-jam, lebih baik muat turun. Kalau tiba-tiba elektrik terpadam ke, kita masih boleh sambung muat turun balik bila elektrik dah ada semula. Dalam masa yang sama, sambil muat turun kita boleh la buat kerja lain macam kemas bilik ke, lipat baju ke, dan apa-apa saja lah. Dan yang paling diterima oleh akal aku ini ialah apa gunanya hardisk dan pendrive yang dijual sampai berpuluh-puluh giga jika kita tak boleh nak muat turun, betul tak? 

Tapi apa yang kita boleh buat, bersuara ke tak bersuara ke sama saja bukan? Jadi apa yang mampu lakukan ialah jadi seperti ini. 

 [ Gambar: Tutuplah sebelum perkara yang tidak diingini berlaku, sekarang ni macam - macam boleh jadi walaupun isunya sebesar zarah sekalipun ]

Risau pula jika dibukanya nanti lain pula jadinya. Sekarang ini kalau kita lebih - lebih nanti bad luck pula yang akan berlaku. Oleh sebab itu, kita hanya mampu lihat dan lihat dan lihat sahaja lah.....

P/s: Maaf la sebab entry aku kali ni panjang sangat, mungkin teremosi lebih nampaknya...huhuhuhuhu ^~^ ; & juga maaf jika entry aku ni buat sesiapa yang membacanya terasa sakit hati.....

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...