http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, June 25, 2011

Bukan Sakit Punca Masalahnya....

Salam kepada diri sendiri dan pada sesiapa yang membaca. Aku baru sahaja pulang dari hospital setelah dikuaranti selama 5 hari dan bersambung lagi 3 hari dirumah. Seronok rasanya bila dah balik rumah sebab sudah boleh online semula dan baca blog² daripada senarai aku. Aku ingat nak tulis komen masa baca blog² tadi terutama blog ariffshah, rasa "fuyo, gempak gila la" sebab pergi jalan sorang² dekat Munich, Jerman. Rasa seronok sangat bila baca dan nak komen tapi tak terkata nak tulis kat tempat komen dia tu...(sebenar ye apa yang nak tulis orang lain dah tulis, tu je)

Sebenar ye apa yang aku cuba nak sampaikan kali ini mungkin rasa janggal mahupun bcacascasbcansklha sebab bukan kerana keputusan pemeriksaan kesihatan aku yang aku risaukan mahupun fikirkan buat masa ini. Walaupun aku rasa terkejut (15% je terkejut) yang kanser aku masih ada dalam badan selepas buat terapi radio-iodin. Yup, kehilangan aku selama seminggu (lebih tepat 5 hari yang lalu) disebabkan aku ditahan di wad kerana aku perlu mengambil radio-iodin sebagai tindakan susulan selepas pembedahan aku. Menurut doktor (selepas buat imbasan badan pagi tadi), masih ada sel² kanser di bahagian kanan leher dan sedikit darinya telah mula turun ke paru² bahagian kanan aku. Bahagian kiri sudah hilang dan selamat daripada sel² tersebut, alhamdulillah.

Tapi apa yang bermain dalam fikiran aku bukanlah mengenai sakit yang aku hidapi tetapi bagaimana untuk aku menghadapi cabaran hidup aku. Aku langsung tak kisah mengenai sakit aku ni, mungkin sebab sudah biasa dengan kesakitan menyebabkan aku sudah alah dengannya, hanya tuhan sahaja yang mampu menjawabnya. Tambahan pula aku rasa memang layak aku menerima sakit ini atas sebab (bagi pandangan aku) aku selalu mengecewakan ibubapaku dan alpa dengan budi dan bakti yang telah mereka beri padaku sejak dari kecil lagi. Persoalan semasa aku lepak di dalam LRT dan Monorel seminggu yang lalu masih berlegar-legar dalam pemikiran aku.

[ Gambar: Menunggu sahaja tidak berguna tanpa usaha bukan? ]

Apa tindakan aku? Aku masih tercari-cari. Aku ingin menjadi seperti orang lain, sekurang-kurangnya jadi seperti orang lain agar aku boleh nampak yang diri aku ini sempurna atau perkataan yang lebih tepat lagi seorang yang normal. Malangnya hanya disebabkan oleh satu masalah dan juga masa, aku tidak dapat hendak melangkah satu tapak ke depan lagi. Kenapa teruk sangat perangai aku agaknya? Kadang-kala ada orang cuba untuk menawarkan bantuan kepada aku dan aku amat berterima kasih kepada mereka yang sudi menawar serta memberi bantuan dikala aku kesusahan namun aku pasti akan berasa takut pabila aku selalu menerima bantuan daripada seseorang itu. Aku tidak tahu kenapa.

Jujur aku nyatakan bahawa aku masih mencari kejujuran dan keikhlasan diri. Aku masih mencari-cari arah yang aku tuju.Namun, arah mana yang harus aku tuju? Atau adakah aku mampu untuk menemui arah yang dapat aku tuju? Ianya masih dalam persoalan hidup aku.....

4 comments:

Nurasyiqin said...

tak sangsi pun..cuma empathy with yr life..dear, banyakkan bersabar..walau apaun hidup ini perlu diteruskan..x nak la entry yg sedih2 ni..bukan apa, nikmatilah hidup kita yang singkat dan serba kekurangan ini dengan gembira walau betapa deritanya hidup kita..=)

takky said...

thankz...
harap saya dpt cari kenikmatan hidup saye...
insyaAllah...

░♥si lampu neon♥░ said...

takky..dgn sisa hidup yang kita ada...bersyukur, dan nikmatilah..Allah tu maha adil dan bijaksana takky. perjalanan ko diatur sebegini pasti ada himah nya takky.

takky said...

harap saye dapat cari makna disebalik semua perkara yg berlaku nie kak neon....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...