http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, June 19, 2011

No Title But It Still Title Right?

[ Gambar: Tertarik dengan gambar ini selepas menaip perkataan yang aku fikirkan di kotak carian pakcik google ]

Rasanya dah lama aku tak menulis dekat sini. Hanya membaca entry² dari blog lain sahaja. Tujuan aku menulis kali ini pun sebab aku akan bepergian selama seminggu dan tidak dapat berjumpa dengan kekasih hatiku ini  bermula Isnin ini. Aku akan tinggal di hospital selama seminggu (kalau tak silap aku) untuk pemeriksaan selanjut untuk pastikan pembedahan yang telah aku lakukan selesai 100%

Banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu ini dan hampir semuanya aku tak sangup nak tulis didalam blog ini buat masa ini sebab aku perlukan masa untuk memikirkan dan menenangkan hati aku ini. Aku masih mencari keikhlasan, iaitu keikhlasan yang tulus murni keluar dari dalam diri ini (fuhh, jiwang gila ayat). Apa-apa pun peristiwa² yang berlaku dalam minggu ini memang membuatkan aku banyak berfikir sehingga aku telah melepak didalam LRT dan MONOREL dari pukul 12.30 tengah hari hingga pukul 3.30 petang. 

Jika sesiapa yang membaca entry sebelum ini (klik ini), aku sebenar ye telah membuat satu tindakan drastik yang boleh aku katalan tindakan aku yang paling super duper STUPID thing yang pernah aku buat sepanjang hidup aku dan aku harap biarlah itu perkara pertama dan terakhir yang betul² bodoh pernah aku buat dalam riwayat hidup aku. Aku tak tahu dalam tempoh yang bodoh tu aku dah buat berapa ramai yang sedih dengan tindakan aku dan berapa lama dorang sedih dengan tindakan aku walaupun pada malam selepas kejadian itu, aku masih boleh dengar sorakan 'GOAL' ayah dan akak aku.

Aku masih tak pasti sebenar ya adakah wajar aku menulis tentang peristiwa bodoh itu dalam ini ataupun tidak tapi yang pasti disebabkan tindakkan drastik aku itu, aku telah berkurung dalam bilik selama 3 hari 3 malam dan hanya mengisi perut aku dengan 2 keping keju (curi² turun dapur), air paip dan 2 paket milo yang aku terjumpa dalam bilik aku. Tindakan bodoh aku tu juga telah menyedarkan aku dan aku berharap agar aku akan sedar tentang ye sampai bila².

Masuk topik lain pula. Sekarang ini hubungan aku dengan keluarga aku sudah nampak positif sejak peristiwa bodoh tu berlaku, cuma kadang-kala akak aku cuba untuk 'menyiram minyak didalam bara api yang masih panas'. Harap anda faham maksud yang cuba aku sampaikan dan aku pula sedaya upaya cuba mengelak daripada menimbulkan kekecohan dalam keluarga aku. Bagi aku, lebih baik aku bertahan dengan berdiam diri daripada mengambil tindakan sebab ianya hanya akan membuat diri aku makin panas sahaja.

Apa lagi nak tulis ye sebelum aku tinggalkan blog ini selama seminggu mulai Isnin ini? Oh ye, aku baru sahaja meletakkan semula gadjet "Follower" aku beberapa hari yang lepas selepas beberapa bulan aku membuangnya. Aku pun tak pasti kenapa aku letakkan kembali gadjet itu tapi statistik naik mendadak sejurus selepas aku meletakkan balik gadjet aku itu. Tak pastilah jika gadjet itu membuatkan blog aku ini dibaca oleh orang ramai tapi pape pun, terima kasih la sebab sudi baca blog aku yang hina ini. Aku tak ada niat pun nak cerita pasal benda ini + bukan ye aku dapat apa-apa pun kalau ramai yang baca blog ini. Ini blog personal a.k.a diari aku dan aku cuma menulis dan berharap agar ada sesiapa yang sudi memberi nasihat kepada manusia yang hina ini.

Bercakap tentang nasihat, aku nak ucapkan terima kasih banyak² kepada Kak Neon dan Kak Z sebab sudi memberi nasihat kepada aku dan mintak maaf sebab tak balas komen nasihat sebelum ini. Aku tak dapat nak balas semula sebab kepala masih keliru dan berceramuk (lama gila tak guna word ini). Harap kita dapat berkomen-komen lagi di masa akan datang. Rasanya sampai sini je la dulu aku menaip, nak sambung tonton drama CHARMED, dah sampai musim 7 dah aku tengok sejak aku post entry tentang cerita ini. Jumpa lagi nanti. Wasalam.....

1 comment:

Mrs Nurul said...

dont do such thing like that again ok takky.tak moo..jgn wat org risau pada awak. atleast im worried.

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...