http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Tuesday, June 7, 2011

Kasih Sayang Hadir Kepada Orang Yang Layak Sahaja....

aku perlu cari penyelesaian....
aku dah tak sangup lagi hidup begini....
orang dulu² kata berkorban untuk orang yang tersayang....
jika aku sayangkan diri aku....
ini bermakna aku perlu korbankan diri aku sendiri

[ Gambar: Kadang kala kita perlu melihat kembali jalan yang pernah kita lalui untuk mencari penyelesaian ]

Perbualan aku dengan Kak Z di Formspring telah membuatkan aku terkenang kembali zaman aku dahulu dimana kini aku mengalaminya lagi. Cuma kali ini cabaran itu lebih teruk dan sakit dan seksa dan sewaktu dengannya...

 
[ Sila klik gambar jika ingin membaca perbualan dengan lebih jelas ]

Ada lagi satu soalan yang aku beri kepada Kak Z, cuma dia belum lagi membalasnya. Mungkin sebab sudah lewat malam dan dia perlu rehatkan badan untuk bekerja pada esok hari. Apa yang aku pasti kata² terakhir Kak Z di atas membuatkan aku teringat kembali arwah sepupu aku. Arwah selalu menyokong aku ketika aku susah mahupun senang, sewaktu aku selalu dibuli oleh kakak aku dan kami berkongsi minat yang sama. Cuma kini dia telah tiada. Walaupun sedih namun aku bersyukur kerana dia pergi dalam keadaan yang senang dan tenang walaupun dalam usia yang muda. Amat muda kerna dia tidak sempat melihat keputusan SPMnya yang amat cemerlang.

Maaf, aku sudah melalut begitu jauh. Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah kasih sayang hanya akan hadir kepada orang yang layak sahaja seperti mana yang telah dipaparkan pada tajuk entry ini. Aku tidak layak untuk mendapat kasih sayang sebegitu lagi,? Bukan itu yang cuba aku sampaikan, aku sebenarnya tidak layak untuk mendapatkan kasih sayang keluarga aku lagi. Apa yang keluarga aku lakukan pada aku harus aku membalasnya sedaya yang aku mampu, lebih tepat lagi hubungan aku dan keluarga aku umpama majikan dan pekerja. Aku hanyalah pekerja didalam rumah ini dan aku tidak berhak untuk melawan kata² majikan.

Pendapatan aku sebagai pekerja didalam rumah ini sedang aku terima seperti tempat tinggal, makanan walaupun hanya dibeli dikedai, online hingga lewat malam dan pelbagai lagi. Aku cuma perlu fikirkan dengan lebih teliti apa yang harus aku balas lagi kerana penyataan yang aku tuliskan diatas ialah penyataan hampir 12 TAHUN yang lalu. Ya, perbualan dan kenangan imbas kembali yang berlaku kepada aku sebentar tadi telah mengingatkan aku bahawa aku pernah mengalami situasi seperti ini sewaktu aku berumur dalam lingkungan 8 - 9 tahun. Masih kecil bukan tapi pada waktu inilah sikap ketidak percayaan aku kepada ibu bapaku dari segi berkongsi masalah dan emosi wujud kerana kepercayaan aku telah mereka khianati. Aku masih ingat lagi sehingga kini aku disindir oleh kakak dan sebilangan keluarga aku apabila aku berkongsi masalah dengan keluarga aku.

Yang pasti, aku hanyalah seorang pekerja. Aku cuma perlu bertahan sehingga aku mendapat pekerjaan baru mahupun mempunyai keluarga baru seperti mana aku menerima tawaran asrama di Sepang kerana aku ingin berjauhan dengan keluarga aku, bukan kerana aku ingin belajar bersungguh-sungguh demi keluarga. Kasih sayang hanya hadir kepada orang yang layak sahaja dan aku belum layak lagi menerima layanan sebegitu.

2 comments:

Mrs Nurul said...

MASIH ADA YANG MENYAYANGI DIRI KAMU..IT IS ALLAH..allah maha berkuasa, maha pengasih dan penyayang dont forget about that..kuatkan kesabaran, kuatkan keimanan..insyaAllah..allah akan tunjukkan jalan dan tenang kan hati..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Betul kata Neon.

Macam yang Kak Zara beritahu, talk to them. That's the only way. Kita tak boleh pendam2, dan terus pendam dik.

Sebab kita akan jadi manusia pendendam. Trust me.

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...