Memandangkan sekarang ini aku sudah pun habis pengajian diploma, gelaran 'tanam anggur' memang sudah sebati dengan budak² seperti aku (yup, im still budak ok ^O^ ). Lepas sahaja aku lalui pembedahan pada beberapa hari a.k.a minggu yang lalu, aku lebih banyak luangkan masa di hadapan kekasih kesayangan aku yang semakin nazak ini. Niat nak mencari kerja itu memang ada TAAAPIIIII aku perlu lalui banyak lagi temu janji dengan doktor pada bulan 6 ini + bulan 6 ialah bulan aku melalui pantang sebagai persediaan untuk tenu janji dengan doktor di bahagian neurologi tak lama lagi. Jadi takkan aku asyik nak minta cuti je dengan bos bila aku dah kerja nanti? Tak pasal² nanti bos terus bagi cuti panjang kat aku, naya pula.
Jadi apa yang aku buat sepanjang aku 'tanam anggur' nie. Kerja aku hanyalah tengok anime dan juga download cerita² yang mana patut. Hahahhaaha, ok tak lawak. Dengan adanya kekasih aku sekarang ini didepan mata aku, aku cuma menaip 'anime44' di pak cik google dan laman web tu pun keluar. Alahai, panjang ye la intro aku nak masuk isi nie. Sebenar ye aku nak cerita pasal benda lain, malang ye kata² permulaan untuk nak masuk isi nie tak jumpa lagi ditambah lagi aku sedang menonton 'The Listener' di TV2.
[ Gambar: Dragon Ball yang sedang ditayangkan. Berminat untuk download animasi lagenda ini? Boleh klik di SINI mahupun di SINI ]
Sekarang ini Astro dan NTV7 sedang menayangkan semula animasi Dragon Ball dan animasi tersebut telah membuat aku mengimbau kembali zaman kanak² aku. Jadi aku pun cari laman web yang boleh aku download anime ini. Malangnya semua anime yang ada hanyalah bersuara inggeris sahaja. Teramat, amat, amat la sukar untuk mencari anime yang originalnya. Namun pepatah melayu pernah berkata "Usaha Tangga Kejayaan", akhirnya aku jumpa juga anime versi original punya. Pada sesiapa yang berminat boleh la muat turun di link yang telah aku bagi pada penyataan gambar itu tadi.
Buat masa ini aku baru sahaja habis muat turun movie, episod belum lagi dimuat turun sebab nak pastikan kekasih aku ini muat ke tidak nak simpan semua episod² ini. Aku tahu ianya bersikap kebudak-budakan malang ye aku dapat rasakan ada beberapa adegan telah dipotong. (rasa macam detektif pula, hihihiihihi). Walau apa pun, ada simpanan sendiri lebih baik daripada menunggu dalam masa² begini. Sedang aku memuat turun movie² ini, tiba² aku teringat cerita ini.
[ Gambar: 3 beradik sihir bagi musim pertama, aku baru jumpa laman web ye semalam ]
Yup, cerita mengarut dan tahyul ini tapi aku suka cerita² macam ini. Salah satu jenis cerita yang aku suka dan jika ada permainan PS2 atau Wii yang ada jenis ini, aku sangup tingglkan kekasih aku ini dan bermain permainan ini hingga aku rasa lapar. Buat masa ini aku baru sahaja muat turun episod satu. Ingat nak muat turun episod yang lain tetapi disebabkan kekasih aku nie uzur, aku terpaksa muat turun satu persatu. Boleh la klik di sini bagi menonton siri ini secara online dan bagi sesiapa yang mahu muat turun sari kata bagi siri ini, anda boleh la klik di sini. Jika tak ada episod dalam siri ini, rajin² la pergi ke YOUTUBE dan cari sendiri (tak berapa suka Tiub Awak sebab cerita dia banyak bahagian bagi 1 episod).
Namun ingin aku katakan disini yang lebih elok a.k.a molek jika memuat turun episod² menggunakan software IDM sebab aku memuat turunnya menggunakan aplikasi ini. Tanpa IDM, alamat ye dunia aku mungkin senyap sunyi dan sepi sahaja. Itu sahajalah celoteh aku pada malam ini. Sekarang aku nak menonton episod terbaru Bleach di laman web Anime44. Jumpa lagi ye nanti ^O^
1 comment:
jangan lupa beramal ye =) take care..jangan emo2 takky
Post a Comment