[ Kosong, itu je yang ada dalam kepala aku ]
Aku dah tak tahu dapat nak buat apa-apa lagi, memang dah ditakdirkan agaknya walaupun aku tak nak mengakuinya. Setiap kali aku buka topik "Kenapa?", setiap kali itulah dia akan cuba mengubah tajuk lalu mengatakan aku ini dah besar panjang dan tak perlu nak diungkitkat tentang perkara itu lagi. Aku cuma mahukan kesamarataan, keadilan, ke-hak-an (betul ke aku eja? tak kisah la) tapi dia cuma kata:
"budak tu kecik lagi, yang nak cemburu sangat dengan dia kenapa??!!!!!!! Awak tu dah besar panjang, nak masuk 21 tahun dah. Cuba lah buat perangai tu elok2 sikit".
Mungkin betul apa yang dia katakan dan aku terlalu mengikut perasaan namun kenapa perlu dibezakan? Aku masih tidak berpuas hati. Aku ada mengatakan yang MUNGKIN kata-kata aku itu lebih menunjukkan kepada tujuan aku berkata begitu iaitu "Mama tak pernah anggap orang macam anak mama" dan jawapan dia ialah dialog di atas tadi. Aku masih berfikir, apa beza aku dan budak itu.....dia mengandungkan budak itu 9 bulan, dia mengandungkan aku pun 9 bulan. Dia menyusukan budak itu, dia juga menyusukan aku. Dia selalu menangkan budak itu, dia selalu menyalahkan aku. Dia seterikakan baju sekolah budak itu sampai sekarang, dia pernah menangis bila baju aku kedut sedikit sahaja sebab aku tak seterika habis baju sekolah aku lalu disuruhnya aku pergi seterika baju sekolah itu balik. Dia (dan abah) dapatkan semua mainan yang budak itu mahukan dengan syarat yang mudah (so far yg aku tahu), dia (dan abah) letakkan syarat aku mesti dapat nombor 1 jika mahukan permainan GAMEBOY sewaktu aku bersekolah dahulu. Jadi apa bezanya? Aku rasa kelebihan lebih banyak berpihak kepada budak itu dan aku??? nothing...
Bila sudah berada dalam dunia kegelapan, sukar untuk kita mencapai sinaran cahaya walaupun kita tahu bagaimana kita mahu mendapatkan sinaran cahaya itu. Orang luar senang menegur kita 'Jangan buat macam itu, jangan buat macam ini....tak baik. Ingatlah' tapi adakah kita boleh ditegur begitu sahaja? Adakah kita akan menerima teguran tersebut tanpa berfikir apa2? Memang teguran itu baik tapi adakah kita buat dengan hati yang rela dan ikhlas? Sesetengah benda yang baik walaupun tidak dibuat dengan ikhlas, kita tak nampak cahayanya walaupun kita mahukan cahaya itu. Ianya sukar untuk dikatakan kerana perspektif orang berbeza-beza. Walaupun benda itu baik serta wajib dan kita melakukannya tetapi kita tetap merasa kekosongan didalam diri, adakah kita tetap mahu melakukannya? Entahlah, itu jawapan aku buat masa ini. Persoalan yang sukar untuk dirungkaikan didalam diri.

No comments:
Post a Comment