Sebenarnya aku nak post entry pagi tadi sebab nak cerita pasal exam MUET aku tapi disebabkan aku terus 'syahid' lepas jawab exam, terbantutlah niat aku nak tulis entry baru dan cerita pasal pengalaman aku jawab paper ini. Apa2 pun aku dah lega sikit sebab 1 paper dah habis, tinggal lagi 2 paper sahaja lagi iaitu paper 'Tourism Planning' dan 'Strategic Management' untuk final sem ini.
[ Inilah keadaan meja study aku masa final exam bagi sem ini dan sila abaikan nasi bungkus tersebut, lauk cikai2 je lor]
Aku risau amat2 pasal final exam ini terutama sekali paper 'Strategic Management' sebab kami belajar tanpa modul yang sama. Kalau nak tahu, sekarang ini soalan semua poli adalah selaras (macam soalan UPSR, PMR, SPM & STPM 2) dan sistem ini betul2 buat budak kelas aku termasuk pensyarah yang mengajar aku pening kepala lagi2 aku yang semakin meluat dengan sistem politeknik. Tak padan dengan status IPT tapi masih lagi ikut sistem budak sekolah. Sistem sekolah pun tak teruk macam ini.
[ Muka depan slide bab subjek 'Strategic Management' yang kami belajar dalam kelas dan lihat dalam blatan merah tersebut ]
Bayangkanlah soalan semua peperiksaan selaras bagi semua politeknik, lepas 2 modul yang kami dapat standart Ph.D punya, memang tak la selama ini pening bila kami belajar. Pensyarah aku pun dah tak tahu kat mana lagi nak dapatkan modul untuk subjek ini. Nak tak nak kami terpaksa jugalah belajar subjek ini. Pensyarah aku tak risau jawapan yang akan kami jawab sebab dia yang tanda kertas jawapan nanti tapi yang dia risau ialah soalan kertas peperiksaan. Kalau soalan pun kami tak faham, macam mana nak jawab nanti bukan? Jadi dia dah beritahu awal2 dekat kami yang banyakkan contoh dan penerangan. Bagi point sikit2 je sebab dia konfem budak2 nie akan merepek2 tak tentu pasal. Lampu hijau pun kami dah terima dan dia bagi kami merepek (asal tak lari tajuk sudahlah) tapi contoh dan penerangan biar kena sesuai dengan apa yang kami belajar.
Nukilan entry di hening pagi ini menunjukkan aku belum lagi merehatkan mata dan badan aku. Harap2 aku tak amalkan tidur lepas subuh dan tidur lewat malam ini sebab takut aku bangun lewat masa nak jawab paper nanti. Doakan aku dapat jawab exam dengan baik dan aku takkan ulang subjek sem 6 ini lagi pada masa akan datang. Aku dah tak sangup lagi nak berdepan dengan semua ini dan harap semuanya dapat berjalan dengan selamat. Aminnnnnn!!!!!!!!!
2 comments:
time aku belajar dulu pon lect main bagi je modul yang bukan sesuai dengan kami..tapi belasah je la..kitorang mmg batch experimen pun..
tapi aku bengang sgt2 dengan lect aku..janji nak bagi A..aku pon buat sehabis baik..atlast second lower degree gak aku dapat..mmg hangin..
sekarang ni aku cam berdendam tak habis je kat IPT aku..
Tapi ko, all the best beb !
same la...
so far lect aku ckp sume ye ok coz bukan dia yg buat soklan exam...
jadi dia boleh consider dgn jawapan kite org...
pape pun, thank 4 ur wish...
Post a Comment