http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, April 20, 2011

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan Akhir Semester 6, Takky....

Sepatutnya sekarang ini aku baca nota2 yang sepatutnya memandangkan waktu untuk masuk dewan peperiksaan lagi beberapa jam saja lagi tapi nampak gayanya macam dah tak boleh masuk dalam kepala nie. Jadi disebabkan cuak punya pasal (lagi cuak daripada nak ambik SPM wei), aku hantar pesanan ringkas dekat beberapa orang supaya doakan kejayaan aku. Oh, sebelum itu aku nak letak ucapkan semoga berjaya pada diri aku (motivasikan diri ye Takky) dalam blog ini. Aku tahu ianya agak tak boleh bla but at least i hope it can get me better than before...

[ Gambar: Semoga berjaya ya tuan punya blog ini ]

Aku harap apa yang aku baca dan apa yang aku belajar dapat aku gunakan untuk menjawab peperiksaan ini. Kadangkala peperiksaan boleh buat diri kita jadi mereng sebentar. Apa-apa pun aku harap (berapa banyak harap nie?) aku dapat buat yang sehabis baik. Junior dan kawan2 aku pun ada hantar message dan post dekat status FB dorang doa2 sebelum nak masuk dewan peperiksaan. Salah satunya doa sebelum nak masuk dewan peperiksaan ini:
  وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maafla sebab dia tak masukkan la pula maksud doa nie tapi sekurang-kurangnya ia membantu kami semua dapat tenangkan diri dengan peperiksaan ini. Oklah, nak cuba baca lagi sekali nota ini...Doakan aku ya...^O^

2 comments:

░♥si lampu neon♥░ said...

aku doakan yang terbaik untuk ko beb. semoga segala nya dipermudahkan Allah..dan ko berjaya jawab dengan cemerlang..

takky said...

aminnn.....
thank kak neon, btw saye dah habis jwb exam....
n skunk tgh tanam anggur dulu...
lepas dah habis operate baru saya nk cari keje part tyme b4 sambung study...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...