http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Friday, April 29, 2011

Perlu Ke Buat Macam Tu Jika Niat Nak Tegur?

Jika anda semua perasan sekarang ini makin banyak manusia² yang tegar dan taksub untuk membuat kelab peminat di mukabuku (fans club in facebook). Ada yang niat nak bertemu peminat, ada yang nak mengembangkan sayap perniagaan, ada yang untuk berhibur dan macam² lagi TAPI ade juga yang tubuhkan kelab untuk saling sindir menyindir. Pada asalnya mungkin niat mereka baik iaitu nak menegur tapi akhirnya dari nak tegur terus jadi sindir menyindir (tangan di dada, mata ke atas). Kadang² aku hanya tersenyum sahaja melihat gelagat² manusia di mukabuku ini, apa yang mereka dapat sebenarnya dari buat semua 2?

[ Gambar: Dari nak menegur, terus bergaduh...tak ke buat hati makin sakit? Mereka buat pekak saja ]

Sometimes its true that some of u want to advice them but kenalah betul pada tempatnya. Aku pun kadang² kena tegur juga dengan kawan, cikgu, pensyarah dan sewaktu dengannya dan kadang² rasa marah tu ada tapi cuba fikir balik kenapa kita ditegur?....Ok, aku mengaku yang aku selalu emo dan aku paling pantang orang tegur aku membuta tuli tanpa bertanya dahulu. Aku juga pantang kalau orang tegur pasal agama pada SESEORANG (bukan aku saja tapi pada semua orang) tapi perangai orang yang tegur tu tak menunjukkan agama namun semua teguran itu aku akan ambil masa untuk fikirkan kembali kenapa perkara² tersebut ditegur. Yup, that is me.

[ Gambar: Pergaduhan hanya membuatkan seseorang penat, lalu perkara tersebut tetap akan berjalan kerana kita sudah penat, umpama sebuah lukisan yang kotor akibat desakan dan kemarahan akan tetap melekat bekasnya dilukisan walaupun kita sudah penat mencucinya ]

Jadi jika nak menegur tu biarlah berpada-pada. Aku pasti bagi yang beragama Islam kita sudah pun belajar dalam subjek agama bahawa ada 3 langkah untuk menegur seseorang tersebut iaitu melalui mulut (nasihat), tangan (kuasa) dan akhir sekali hati (niat) dan bagi aku lebih baik kita ambil langkah terakhir iaitu berniat agar mereka berubah. Zaman kini bukan seperti zaman dulu² lagi. Gaduh dengan kawan bila direpot pada mak ayah last² kita dengan kawan kita dihukumnya tapi sekarang semuanya sudah berbeza. Buatlah seberapa banyak kelab peminat pun tapi selagi butang pangkah masih wujud di atas kanan skrin, semuanya tak berguna. Jika anda tak setuju dengan pendapat dan pandangan saya, cuba kongsi pendapat anda pula...

P.S = Sebenarnya aku nak tulis entry pasal perjalanan aku ke Pesta Buku hari ini tapi aku melalut pasal cerita lain pula bila aku tengok makin banyak kelab² peminat yang merapu-rapu wujud di Mukabuku. Aku rasa daripada korang dok melayan kelab² peminat tu lebih baik korang layan Ladang dalam Mukabuku, lagi elok.

4 comments:

EmanTheHalia said...

ok la pages2 tu leh pakai macam trending kat twitter..

Mrs Nurul said...

sorry beb lama aku tak komen..meh aku komen bertalu2 rindu punye pasal !

Mrs Nurul said...

anyway..diorang tu mmg rajin buat account fb sana sini semata mata nak jatuhkan maruah orang lain..hurm..takde keje lain la tu..tapi aku pon gedik gedik nak like jugak...ceh..

takky said...

eman: ^O^

kak neon: terkejutzzzz bile skali 6 dpt komen just from kak neon...^O^
btw, sometimes rasa klaka bile bace ape yg dorg komen dkat akaun FB 2 but bile pk balik, knape nk sakit ati tersgt²? nak tegur 2 x salah tapi kalau cara tegur pun mcm nak cari gaduh, 2x5 je org yg tegur dgn org yg nk ditegurnya 2...

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...