http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Saturday, March 12, 2011

Aku Perlukan Fantasi Untuk Terus Hidup....

pagi tadi aku pergi ambil keputusan ujian darah...
seperti biasa aku lambat tiba di jabatan yang perlu aku pergi...
mujur lambat kurang dari 1 jam sahaja....
jadi tidak la dimarahi oleh nurse2 yang ada disitu....
sampai disana dalam pukul 10 pagi....
(sebenarnya dalam pukul 10 lebih)
tapi giliran aku tiba pada pukul 12.30 tengah hari...
huhuhuuuh.....
memang aku sambung tidur di ruangan menunggu itu....
dengan muka tak malu ya....
aku bersila dekat atas kerusi itu...
(dan ambik 2 tempat duduk untuk buat aksi begitu)
sambil tidak pedulikan pandangan orang lain....
yang memandang ke arahku....

baiklah...
bukan ini yang mahu aku coretkan disini sebenarnya....
dan coretan diatas hanyalah satu mukadimah....
apa yang aku mahu coretkan disini ialah....

[ Gambar: Sila tumpukan perhatian pada bahagian kiri ya. Aku bukanlah seorang yang pakar dan mahir dalam sains ]

semasa didalam bilik doktor...
soalan yang sama diulang kepada aku iaitu

"Bila sebenarnya kamu mula pengsan?"

aku hanya menjawab nak tak nak saja....
sebab itulah soalan yang sama akan ditanya bila berada di jabatan itu....
(sebab doktor yang bertanya adalah orang yang berbeza)
jadi demi mengelakkan aku ditanya dengan pelbagai lagi soalan yang sama....
aku telah beri sepucuk surat kepada doktor berkenaan...
surat daripada jabatan lain yang mahukan result hotler aku....
(boleh baca entry ini untuk tahu apa itu pemeriksaan hotler)
bila doktor tu baca....
dan lihat keputusan hotler aku....
dia mula menceritakan perkara yang sebenarnya...

rujuk pada gamba diatas sebentar tadi....
doktor kata jantung bahagian kiri aku ada masalah...
dan ianya masih dianggap tidak serius pada para doktor lain...
(aku dapat tahu dia ni doktor yang masih belajar dari nurse2 dekat situ)
namun ianya boleh menjadi parah yang amat jika tidak dijaga dengan betul....
dan aku rasa mustahil untuk aku menjaganya dengan baik....
kenapa aku berkata demikian???
inilah sebabnya....

Doktor: Jantung ini ada 4 pintu, pintu2 ini yang akan mengalirkan darah kamu ke seluruh badan. Mengikut daripada laporan ini, salah satu pintu kamu ini rosak iaitu dibahagian kiri...
Aku: Owh...(tergamam sebentar tapi buat2 cool dan aku lupa kiri atas atau kiri bawah yang rosak)
Doktor: Darah ini mengalir dalam 1 aliran sahaja, jadi pintu ini akan buka dan tutup bagi memberi laluan kepada darah ini lalu. Malangnya salah satu daripada pintu tersebut tak boleh tutup dengan rapat dan ini menyebabkan darah itu berpatah balik semula ke laluan sebelum ini....ini yang menyebabkan kamu mula rasa pening dan mata blank sebab darah tak dapat mengalir ke kawasan yang sepatutnya...
Aku: Jadi, apa yang patut saya buat? Takkan nak kena bedah jantung pula....
Doktor: Kalau diikutkan jantung itu akan dibedah tapi awak dah sedia ke? Lagipun doktor yang memeriksa awak sebelum ini tulis yang ianya hanyalah masalah kecil buat sementara ini. Plus awak nak bedah tairot minggu depan bukan? (sambil melihat surat yang aku bagi pada dia)
Aku: Yup, tak payah la nak rush2 sangat...tak larat la nak ulang alik ke hospital...hiihiihhihihii....
Doktor: Hmph...(sambil periksan tairot aku), kalau macam 2, saya akan bagi satu lagi temu janji dalam masa 4 bulan dari sekarang...Kami akan periksa keadaan kamu selepas pembedahan tersebut. Ok x??
Aku: Tak kisah la, selagi tak ada orang lain perasan...saya tak kisah...
Doktor: Owh....(sambil buat muka pelik). Jadi ada apa2 soalan lagi?

masa itu aku mula berfikir sesuatu....
apa patut aku buat???
tak kan nak bagi tahu dekat parents pasal benda ini??
gila, nanti lagi teruk jadinya...
teruk sebab ayah aku akan kerja lagi keras semata-mata pasal aku....
cukuplah aku dah susahkan mereka selama ini....
macam mana nak elakkan benda ini daripada berlaku???
masa itu juga kau tanya soalan yang bermain di fikiran aku itu pada doktor....

Aku: Kalau macam itu, ada tak cara untuk saya kawal jantung saya ini daripada jadi lebih teruk??
Doktor: Jangan stress sangat kalau main game. Ini akan membuat pintu 2 mungkin tidak dapat ditutup dengan lebih rapat seperti sekarang ini. Bukan saya tak galakkan kamu bersukan tapi kalau boleh jangan terlalu tertekan bila bermain game...
Aku: Ok...(sambil tersenyum, ialah sebab aku ni jarang main game...sebab itulah aku terus tersenyum). Stress ini just sebab main game je ke, kalau stress sebab belajar???
Doktor: Apa2 sahaja yang menyebabkan kamu stress, ini akan memberi peluang untuk pintu itu tidak dapat ditutup dengan rapat semakin besar. Jadi kalau boleh kamu kena sentiasa bertenang dan jangan terlalu stress bila lakukan sesuatu...nak ubat tak?? Kalau nak, saya boleh syorkan...
Aku: Ubat? Eh, tak apalah...keadaan masih boleh dikawal lagikan.. jadi saya rasa ok kot buat sementara waktu ini....
Doktor: Baiklah kalau begitu. Kamu tunggu diluar sekejap, nanti saya bagi appointment untuk pemeriksaan yang seterusnya,...

Dalam perjalanan balik ke rumah....
aku fikirkan balik tentang perkara yang doktor tu bagi tahu...
masa itu, aku benar2 bersyukur....
sebab aku dapat mengalirkan air mata aku....
untuk seketika....
sudah lama aku tidak menangis....
rindu pula saat2 tangisan aku itu....
selamat tiada sesiapa yang perasan aku menangis....
aku pakai topi dan hoody untuk cover mata aku....
tambah2 masa itu tengah hujan renyai2....
memang tak la....
huhuuhuhu.....

macam mana aku tak nak diri aku stress???
dah la hidup aku nie penuh dengan cerita yang pahit sahaja....
cerita manis mana la banyak....
aku hanya mampu senyum dalam tangisan....
aku rasakan yang langit pun sama2 menemani aku pada masa itu....
menemani aku menangisi nasib yang timpa aku....
aku kan ibarat langit diwaktu malam.....
jadi sudah tentulah langit seakan-akan faham perasaan aku masa itu....
apa-apa pun....
berita ini masih belum aku sampaikan kepada orang tuaku....
dan aku tak sangup nak bagi tahu mereka....
(tolong JANGAN bagi tahu pada sesiapa pun bagi mereka yang tahu identiti aku)
apa yang aku perlu buat untuk kaburkan pandangan mereka...
ialah aku perlu berpura-pura....
tak kiralah dengan keluarga mahupun sahabat-handai....
aku hanya perlu berpura-pura....
supaya mereka tidak sedar akan keadaan aku ini....
dan untuk berpura-pura ini....
aku perlukan fantasi...
yup, aku perlukan fantasi untuk terus hidup....
sekurang-kurangnya aku perlu berfantasi sebelum pembedahan itu tamat....
kenapa aku mengatakan sedemikian....
adalah sebabnya tapi aku rasa belum tiba masanya lagi untuk aku coretkan disini....
^------^...

2 comments:

Mrs Nurul said...

weh jom lepak jom..teringin plak nak lepak ngan ko makan makan warung..haha..

ko bersukan sikit, ikut pesan kata doktor tu..ko kene positif kan minda..mcm aku aku pon selalu stress, aku selalu perlukan motivasi..so aku download mcm2 benda motivation diri kat tenet tu..supaya remind diri sendiri..hidup ni terlampau berharga untuk disiasiakan bgitu saja.. hidup ni sekali je.



Jeng3x…
# Facebook Yang Mengutuk Kejadian Tsunami Jepun 2011 !#
# Cuti Sekolah !#
# Gambar Tsunami di Jepun 2011 !#
# Tsunami di Jepun 2011!#
# Blog Yang Paling Disukai Ramai =)#

takky said...

jumpe?
rase ye mase masih belum sesuai agak ye...
biarlah identiti aku dirahsiakan dulu....

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...