http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, February 9, 2011

Kesedihan Sentiasa Bersama...

walaupun aku tahu aku tak patut layan emosi aku....
mahupun terlalu mengikut perasaan...
namun aku tidak dapat menghalangnya....
daripada mengiringiku jalani kehidupan....

arghhhhh, sudah....
ayat2 benci sudah ku utarakan didalam ini....
kau sedar tak bahawa jika makin dilayan....
sakit kau mungkin akan jadi lebih parah....
dan kemungkinan besar tairot kau akan makin membesar....
aku tak mahu tairot ini semakin disedari oleh manusia lain....
dan membuatkan manusia2 itu...
menabur simpati palsu...
menabur simpati sementara....
menabur simpati benci...
terhadap diri aku yang hina ini.....

kebelakangan ini....
kilang air dekat mata nie asyik rasa macam nak bocor saja....
baru dengar muzik sikit dah nak bocor....
itu belum lagi masa tiba2 rasa mata ini panas semacam...
tanpa sebab yang aku langsung tidak tahu....
tapi syukur sebab masih boleh bertahan....
ingat nak hilangkan rasa sedih nie...
sambung la tonton anime Bleach yang aku tengah burn dalam DVD.....
(tengok balik semula sebab tak syok bila burn tanpa tonton semula)
sekali keluar pulak lagu ini....



[ Lagu Bleach Opening Season 6 pada episod 121 yang diedit guna WMM]

selamat mula2 saja muzik lagu nie rasa sedih....
lepas itu terus rancak....
(rancak + sedih = senyum dalam tangisan yang hampir jatuh)
hilang sikit sedih ye...
tapi aku rasa lagu nie dapat dijadikan sedikit ubat kepada aku....
terutama pada ayat ini....

ya, aku tidak perlu paksa senyumku ini untuk orang lain....
(jika hati ini tetap rasa sakit) 

cukuplah aku senyum untuk diriku sahaja....
(kerana itu membuktikan bahawa hati aku mula terubat seketika)


sekarang yang aku perlu lakukan...
ialah tunggu masanya tiba....
untuk aku senyum pada diriku ini....
bukan mudah untuk senyum ikhlas...
kerana perasaan ikhlas nie.....
adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsir....
dalam kamus hidupku....


ikhlas bila aku berseorangan....
tetapi bukan berteman....
ikhlas bila aku kesedihan....
tetapi bukan kegembiraan yang dibuat-buat....
ikhlas bila aku dalam kegelapan...
tetapi bukan dalam cahaya yang sengaja disuluh....
kerana aku tahu, 
kegelapan umpama langit diwaktu malam....
tetap ditemani oleh bintang yang ikhlas menunjukkan dirinya.....
pada langit yang sunyi dan sepi itu...

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...