"Apa yang penting?? Kerjasama"
kanak-kanak juga tahu akan ayat ini....
namun semua itu hanyalah satu kata-kata sahaja....
tidak boleh membuktikan apa-apa...
apabila sudah dapat berkomunikasi....
ianya masih belum boleh dianggap dapat kerjasama....
disitulah ramai yang selalu salah tafsir....
bila sudah bercakap dan senyum antara satu sama lain....
semuanya sudah selesai.....
[senyum dan berkata-kata masih belum membuktikan kerjasama itu wujud]
pernah dengar tentang burung belatuk??
ayah aku selalu katakan pada aku...
"paham2, angguk2...jangan jadi macam burung belatuk sudah, tahu angguk aje tapi hampeh"
sama dengan situasi ini....
bila dan senyum dan bercakap....
tak semestinya semua sudah selesai.....
mereka sama seperti burung belatuk....
hanya tahu angguk2 sahaja....
dan senyum bila berjumpa...
tapi bila kat tempat lain....
terus jadi burung kakak tua....
cakap itu, cakap ini...
mengata sana, mengata sini...
berbeza dengan masa jadi burung belatuk...
[manusia tidak pernah berubah, depan orang lain tapi belakang orang lain pulak]
ok la....
ayat kat atas dah lari sikit dengan cerita yang aku hendak ceritakan ini,...
apa yang aku cuba sampaikan dekat sini tentang final projek aku...
tak terniat aku untuk mempromote blog aku itu...
dengan cara begini....
tapi ini blog diari aku...
jadi aku rasa tak salah untuk menceritakannya disini...
walaupun tiada sesiapa yang bacanya....
itu sudah menjadi kepastian aku....
kepandaian dalam mengubah atau lebih tepat lagi...
mengedit-edit ini bukanlah satu kemahiran bagi tanganku ini....
walaupun niat untuk pelajarinya ada....
namun niat sahaja tanpa bahan dan kefahaman tak ada gunanya....
apatah lagi bahan tersebut sedang digunakan oleh orang lain....
[aku mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu yang senang tapi kompleks]
untuk mengedit sesebuah blog bukannya perkara yang mudah....
apabila ianya melibatkan kerja kumpulan untuk menghasilkannya...
seperti diri aku ini....
aku ditugaskan untuk menulis entry dan coretan di dalam blog tersebut....
dan kawan aku yang seorang ini ditugaskan mengedit....
rekabentuk blog dan juga Facebook....
walaupun aku juga tahu serba sedikit untuk merekabentuk blog ini...
tapi tidak sehebat kawanku itu....
mampu memahami html, xml dan seumpamanya dengan sekali pandang sahaja...
oleh itu...
sudah semestinya kami perlu bekerjasama.....
bagi memastikan blog itu adalah yang terbaik...
walaupun tidak sebaik mana....
aku sudah meminta dia untuk mengubah dan mengedit blog tersebut....
agar mudah untuk dibaca dan menepati konsep final projek kami....
dia hanya berkata 'Ya' sambil mengangguk.....
namun hingga kini tiada apa yang berubah....
tentang latar belakangnya dan juga rekabentuk blog....
ini tiada kaitan dengan aplikasi2 di bahagian kanan blog...
aku tahu aku tidak boleh memaksanya...
namun kau tidak risau ke apabila melihat INI dan juga INI
aku amat risau...
risau yang amat sangat....
kerana aku tidak mempunyai kepakaran untuk membuat seperti itu....
empunye2 blog itu mempunyai pembantu2 tersendiri untuk membuat blog seperti itu....
tapi kita???
aku tahu aku perlu bersabar kerana ini baru sahaja permulaan....
namun apa kau akan rasa....
apabila melihat rakan sekumpulan kita hampir mengalirkan air mata....
kerana begitu risau yang amat sangat....
aku jadi gelisah...
aku tidak boleh melihat orang lain hampir menangis....
kerana aku takut aku tidak mampu menyokongnya...
kerana aku takut aku akan menangis sama....
[ janganlah sedih depanku, aku tak mahu air mata ini jatuh dihadapanmu]
komunikasi bukanlah bermaksud kerjasama dapat dicapai....
tetapi ianya permulaan wujudnya kerjasama itu...
jika hanya berkomunikasi sahaja tetapi tidak kerjasama....
apalah gunanya....
aku tahu kau baik kepada kami....
aku juga tahu yang kau sanggup buat apa sahaja....
tanpa mengira masa dan juga wang....
aku cuma harap agar kau dapat tumpukan perhatian....
kepada final projek kita....
kita bukannya seperti dulu lagi....
boleh bergembira dan berseronok seperti semester2 dahulu....
ini semester akhir....
semester inilah yang menentukan...
sama ada berjaya atau tidak apa yang kita belajar...
selama 3 tahun dihujung dunia itu....
No comments:
Post a Comment