http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Wednesday, July 31, 2024

Hidup Mati Itu Pasti Tapi Bagaimana Kita Hadapi?

Hidup dan mati itu pasti. Persoalan ialah bagaimana kita akan tempuhi fasa tersebut. Bagi kelahiran, ada yang menyambutnya dengan gembira dan ada juga yang menyambutnya dalam keadaan kusut disebabkan oleh masalah ekonomi. Persoalan kali ini adalah bagaimana kita nak berhadapan dengan situasi dimana kehidupan dan kematian berlaku dalam waktu terdekat?

Kisah ye 2hari lepas, sepupu aku selamat dapat anak lelaki/perempuan (aku pun dah lupa) tapi yang pasti semua orang gembira. Dok tengah2 wish sampai la semalam, dapat khabar duka yang sepupu aku yang lain meninggal pula, kena jangkitan bacterial pnemonia dengarnya . Yang ralat ialah parents dia masih hidup dan dorang sememangnya happy family. Aku boleh bayangkan bertapa sedih dorang pada waktu tersebut, malangnya aku tak tahu nak respond macam mana pada waktu tu sebab ye ianya secara tiba-tiba. Adalah terbaca dekat whatsapp story mak arwah yang dia masih cuba redha dengan segala pinjaman yang Allah berikan walaupun sakit, cumanya terkilan kenapa bukan dorang yang pergi dulu tapi anak dorang yang menyusul dulu.


Kitaran Hidup Memang Tidak Dapat Dijangka

Tak terbayang dalam fikiran bahawa anak yang dorang mandikan sewaktu kecil dulu kini dimandikan sebagai jenazah pulak. Ya allah, kau kuatkanlah iman mereka dan ringankanlah azab arwah sepupuku ini. 

Tak sangka air mata terus menitis setelah sekian lama tahan lepas mula tulis entri ini. Mungkin ini cara yang dapat aku lepaskan kesedihan atas peristiwa yang berlaku ini. Buat sementara waktu ni, memang aku cuba tahan untuk post apa2 perkara yang gembira dekat sosial media sebagai tanda hormat aku pada keluarga arwah.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...