http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Thursday, August 13, 2020

Sesi Pengambilan Kerja Yang Pelik

Selamat pagi/tengah hari/petang/malam kepada mereka yang tak ada kerja pergi bukak blog aku ni. Kalau korang masih ingat entry aku yang lepas, aku ada cakap yang aku nak update story baru sebenarnya tapi terbantut. So hari ni aku bawakan kisah follow up aku tentang story tersebut.

Alkisahnya, aku dapat interview (iv - shortform aku) untuk kerja baru aku dekat hotel budget. Dah zaman covid ni, mana2 interview yang ko dapat just pergi je. So iv dia start petang which is pukul 1800 ikut panggilan yang aku terima. Makanya aku pun pergilah ikut waktu berkenaan dan bawak apa yang patut. Dah daftar apa semua & isi borang2 yang patut, sempatlah borak2 sikit dengan calon lain jugak. Masa tengah isi borang tu, dapat info yang panel interviewer akan lambat sampai sebab dorang baru habis sesi iv dekat KL. So wakil dia belikan sikit roti bakeri untuk calon2 ni isi perut sementara nak tunggu panel2 ni sampai. Waktu ni aku rasa kagum kejap sebab buat pertama kali ada orang bagi calon iv makan free (kagum sebab dapat makan free je sebenarnya 😆). So tunggu punya tunggu akhirnya panel sampai sekitar pukul 1930-2000 macam tu. Asalnya ramai calon yang dia panggil tapi yang datang cuma 4 orang sahaja. Macam mana aku tahu? Sebab 1 of their staff busy dok call calon2 yang masih belum hadir masa tu untuk kepastian sama ada hadir atau tidak.

So aku calon yang ke-3, panel iv ada 4 orang & sesi iv dia pelik. Aku tak pelik lagi bila dia suruh nyanyi lagu Negaraku & lagu2 lain masa iv sebab pernah baca dalam entry cari kerja  sebelum ni yang memang ada panel yang handle iv macam tu. Cuma few things yang buat aku pelik & terdiam dari berkata-kata or tanya balik soalan:

  1. Semua panel cuma jadi 'YesMan' bila yang leader dia tanya aku soalan & then dia terangkan kenapa dia tanya aku soalan macam tu & panel2 lain semua angguk2 macam kagum.
  2. Since mereka cuma mintak aku bawa resume sahaja & original sijil, jadi aku tak adalah bawak salinan sijil aku untuk dorang. Jadi bila dorang tengok original sijil aku, dorang punya teruja tu lain macam hanya sebab aku belajar basic HR dengan Bahasa Jepun. Masa ni aku merendah diri since belajar basic je but panel leader terus mood down sebab kata aku tak confident. Tang ni aku setuju dengan reason dia bagi but at the same time aku still merendah diri sebab tahu kemampuan diri. Aku belajar basic HR je tapi teruja dia macam nak aku handle HR terus, kalau tak faham apa2 nanti just google je katanya.
  3. Since dia tahu aku belajar Bahasa Jepun, dia teruja nak offer aku kerja dekat oversea terus & handle cawangan yang dia baru beli dekat sana while la ni tengah covid & dalam hati aku "what? Ko tak kenal aku lagi tapi dah berani offer aku handle hotel kau dekat oversea?". Yup, masa ni aku teruja kejap sebab tetiba dapat tawaran menarik macam tu. Percentage pelik aku tak mampu atasi percentage teruja aku masa tu.
Habis iv tu, memang aku tak tanya pape soalan dekat panel sebab masih brainshock pasal offer kerja dekat jepun tu. Thank god for my experince sebelum ni, aku mula fikir waras & rasa semuanya too good to be true. Jadi aku story dekat member & housemate aku malam tu masa kite orang dinner. Dorang just cakap, try je dulu but at the same time baca kontrak betul2 sebelum sign pape.

Fast forward seminggu lepas iv, dapat call dari dorang mengatakan aku dapat kerja dengan dorang tapi dekat HQ & masa ni aku terus potong cakap dia dengan kata "eh? Dalam form isi hari tu memang saya dah mention yang saya tak boleh kerja diluar kawasan". Masa ni aku still cuba fikir positive lagi sebab dia kata nanti dia cuba cari hotel2 dekat area tempat tinggal sewa aku. Aku tak terima sebab dah aku datang kawasan sini pun atas tujuan lari dari bandar, makanya memang aku dah tulis dalam form isi kerja tu awal2 yang aku memang tak boleh kerja luar dari kawasan.
So dia kata nanti dia contact balik untuk update.

Fast forward lagi few days later, pihak dorang call & minta lapor diri ke hotel yang dia inform the next day. Masa ni aku argue lagi & kata yang aku dah tulis dalam form tu yang at least aku kena bagi 1 week notis dekat company aku sebelum berhenti. Even aku ni kerja part timer je sekarang ni tapi still kena beradab bila nak berhenti, tak boleh chow macam tu je. So dia g tanya bos dia dulu (mungkin) & petang tu dia call & inform aku suruh datang seminggu kemudian dekat hotel sekian2 pukul 7am. Aku mintak dia double confirm dekat chat whatsapp sebab kami pernah whatsapp masa masa sesi iv dulu & dia cuma balas chat dengan venue & time lapor diri. Tarikh lapor diri apa semua tak ada. Masa ni was2 aku makin tebal tapi member aku still suruh aku husnuzon dulu. So aku suggest mintak dia teman aku g tengok hotel tu next day. Makanya esok petang kami pergi tengok & terkejut dengan lokasi dia yang sunyi sepi + hotel berkunci. Yup, kawan aku ni jenis always fikir positive & dia tahu yang aku memang perlukan kerja at least Full Timer untuk tampung kos hidup aku. So dia just bagi kata2 semangat & mintak aku jangan fikir bukan2.

Seminggu berlalu lepas tawaran kerja diterima & tibalah aku melapor diri. Malam sebelum lapor diri tu macam biasa, rasa tak lena tidur sebab risau nak masuk tempat kerja baru + dengan was2 yang aku selalu fikir selama ni tapi still boleh tidur dalam pukul 0200 macam tu. Pagi tu siap2 berkemaja semua & terus gerak pergi tempat kerja. Unfortunately hotel masih lagi berkunci bila aku sampai. Masa ni memang aku decide tak nak call dorang, just whatsapp je sebab nak tengok sama ada dorang alert atau tak dengan pengambilan ini since banyak sangat situasi pelik jadi sepanjang proses kerja ni. Selama 2 jam aku tunggu tapi masih tak ada pape reply, jadi aku buat keputusan untuk balik je & terus decide yang aku tak nak terima kerja tu. Petang tu tetiba dapat call dari pihak sana & tanya kenapa tak call dorang & pergi ke hotel yang aku iv dulu tu + dalam masa yang sama juga dia mintak aku datang esok pagi ke hotel yang aku iv dulu & jumpa sekian2 untuk bawa aku pergi hotel yang betul. Masa tu memang aku tanya:
  • Kenapa tak inform awal2 masa dia mintak aku lapor diri last week? 
  • Kenapa situasi & cara dia handle nampak kelam kabut sangat.
  • Tak kan aku sorang je kerja dekat hotel tu nanti?
So dia pun katalah yang dia busy sikit (aku tak leh accept 100% alasan ni) & hotel tu dah ada orang kemaskan semalam untuk sambut kedatangan aku (alasan ni aku rasa just dia nak cover sebab kalau ada orang dah bersihkan means mesti orang tu akan datang & tunggu aku dekat hotel tu since memang meet point dekat hotel tu) & pekerja yang akan kerja dengan aku is 1 girl yang iv dengan aku hari tu & dia akan masuk next week, so aku kena kerja dekat hotel yang aku iv dulu sebelum pergi ke hotel sebenar aku (tang ni memang aku bengang sebab kalau dah tahu aku kena kerja dekat hotel iv sebelum ni, kenapa tak inform je terus meet point dekat situ & masa briefing time nak sign kontrak tu explain la detail kerja aku nanti with location apa semua). Malangnya nada dia masa cakap dengan aku buat aku terpaksa kata dekat dia yang aku perlukan masa untuk fikir balik offer dia tu since aku ni cepat lembut hati. So petang tu memang aku decide untuk tolak offer kerja dia & maintain dekat tempat kerja lama aku. Thank god aku still tak berhenti kerja lagi sebab senior aku yang handle pengambilan staff dekat tempat kerja tu bagi izin untuk aku kerja dekat sini masa aku offday nanti bila dah kerja dekat hotel tu since dia pun buat kerja Part Timer as rider Pizza Hut. So la ni aku still kerja Part Timer dekat tempat kerja lama aku & just doakanlah mana2 permohonan kerja aku yang lain dapat result yang baik & tak mencurigakan.



Sekian kisah aku untuk kali ini. Pergh, lama gila tak tulis panjang2. Dah la feature baru blog ni payah nak skroll & susah nak Justify perenggan guna phone. So bye2 & jumpa lagi in next entry kalau aku rajin nak update. 😝

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...