Dah nak masuk 2 bulan aku konvo, baru hari ini ada kesempatan untuk tulis entri berkenaan konvo aku. Itu pun aku paksa diri dengan stop maraton drama Supernatural dan tak nak tidur lambat memandangkan esok ada kenduri kahwin dekat Sepang.
Ok, so short the story yang 24 Oktober 2015 yang lepas telah berlangsung konvo kali ke-2 bagi diri aku. Kali pertama masa aku diploma
[boleh klik SINI] dan sekarang pula ialah sarjana muda. Alhamdulillah, kali ini banyak gambar yang dapat aku ambil sepanjang hari konvo aku dari pre-konvo, masa konvo dan habis konvo. Mak ayah aku pun aku tak risau sangat macam masa diploma dulu sebab jarak dorang nak cari kedai makan, parking dan dewan semua dekat-dekat. Jadi biarlah dorang nak berdua-duaan sementara anaknya ini bersuka-sakan sekali seumur hidup
(sebab lepas nie dah tak ada konvo lagi).
Jadi, sehari sebelum konvo tu ada sesi taklimat. Pagi tu mak ayah aku hantar aku ke UMT dan aku duduk sana sampailah kawan aku hantar aku balik ke tempat penginapan keluarga aku. Masa taklimat tu, dengarlah apa yang pegawai tu cakap dan memandangkan aku adalah pelajar yang akan ambil anugerah konvo pada sesi 1, maka kami diberi penekanan protokol yang special sedikit. Nak tahu apa dia yang special, baca sampai habis. Huwah hahahhahhahahaa....
Meh layan gambar sebelum konvo dulu....
|
Orang sibuk bagi taklimat, kami sibuk bergambar sakan dalam dewan. |
|
Lepas aku solat jumaat dekat UMT, kami ambil gambar dekat lokasi panas pada hari esok nanti |
|
Tak dilupa pada bangunan fakulti kami yang telah di deko baru pintunya. Thanks additional props. |
|
Bergambar dekat luar UMT pula. Tak silap aku dekat dengan stadium runtuh tak silap. |
Lepas dah habis pre-konvo aku, malam tu pergi pasar malam dekat tengah-tengah bandar KT dengan keluarga aku lepas makan malam. Sempatlah mak aku beli sikit cenderamata dan sikit makanan sebagai bekalan untuk makan dalam dewan esok hari.
Pagi tu, cepat-cepat siap sebab nak kena ada dekat dewan sebelum pukul 8.00am. Sempatlah bergambar sakan kejap dekat bawah khemah masa tengah beratur sebelum masuk dewan. Masa nie juga aku baru dapat tahu bahawa salah satu azam 2015 aku tak dapat ditunaikan sebab ada seorang budak kelas aku tak dapat nak konvo bersama-sama kami atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Memandangkan aku tak rapat dengan budak yang tak konvo sekali dengan aku tu, boleh tak kalau aku anggap yang azam aku tu dah tertunai?? Soalan yang tiada jawapan dari aku.
Ok, meh layan gambar semasa konvo pulak....
|
Selit muka dalam kamera orang. |
|
Kawan dari diploma lagi. Alhamdulillah dapat konvo bersama-sama lagi dengan beliau. |
|
Wow, Sultanah Terengganu bagi by hand wei sijil aku. Nie lah special dia yang aku cakap tu |
|
Mood sengih sampai ke telinga dari pentas sampai keluar dewan |
|
Yes, kami berjaya harungi 3 tahun yang mencabar ini. |
|
Gambar candid dari aku, mak ayah aku malas dah nak posing bagai macam anak-anak muda. |
|
Salah seorang pensyarah aku yang sempoi, Dr Azizul Yadi dalam fakulti aku. Ada lagi 2 pensyarah sempoi bagi aku tapi tak dapat nak bergambar dengan mereka. Yang sorang tersalah plan cuti scuba dia sebab ingat hari konvo kami bukan sesi yang awal manakala sorang lagi sedang lunch dalam dewan. |
|
Budak cina kelas aku yang sporting dan banyak tolong kami sekelas tak kira masa assignment, kelas, test exam semua. Miss all of you guys include laki cina yang tengah berjalan belakang tu. |
Dah habis bergambar dalam dewan dan luar dewan, cari geng aku kejap sebab kawan aku cakap ada member dia nak buat photoshoot untuk dia punya portfolio (entah betul ke tidak aku eja tu). Jadi, lepas bagi tahu dekat mak ayah aku dan biar mereka berdating lagi, aku cari kawan aku dekat belakang dewan pula.
Last layan gambar konvo aku.....
|
Tengah ambik mood nak jadi model sambilan?? Kahkahkah... |
|
Tak dapat mood tu la, kena jadi diri sendiri nampak ye... |
|
Aku dengan minah sebelah tengah fikir nak buat posing apa lepas nie.... |
|
Wei, wei, wei....tinggi pulak kita baling. |
|
Hadiah konvo dari geng aku dan roommate aku masa aku last sem dekat UMT.... |
So, itu sahajalah gambar aku sempena konvo aku. Alhamdulillah konvo kali ini manis untuk aku berbanding konvo semasa diploma. Walaupun ada beberapa perkara pahit berlaku semasa konvo degree ni tapi yang berlalu biarkan berlalu dan teruskan hidup. Semoga kami akan senantiasa berhubung hingga ke akhir hayat kami. Aminnnnnnn
P/s: Ini entri aku ke-10 yang berkisah tentang kehidupan aku pada tahun ini. Ada lagi 2 entri untuk mencapai azam 2015 aku. Rasanya sempat KOT nak buat sebab idea dah ada, cuma.......malas ke idok je nanti nak buat......
No comments:
Post a Comment