http://takky-journeyofmylife.blogspot.com/search/label/travel

Sunday, December 27, 2015

DIY Ais Krim Macam Buskin Robin Katanya

Ok, alang-alang tengah ada mood nak menulis maka aku nak kongsi satu resepi simple yang aku jumpa dekat Facebook. Sebelum aku nak tulis resepi nie, aku nak berterima kasih dekat saudara Riduan Afandi sebab share resepi nie dalam FB dan ada orang share resepi dia dekat aku. Bahan-bahan dia tersangatlah mudah dan korang boleh je beli bahan-bahan dia dekat mana-mana kedai runcit mahupun kedai RM 2 (untuk sebahagian bahan je la). Macam aku, semua bahan yang aku beli nie berharga sekitar RM1.90 kecuali tin susu sebab bahan tu aku ambil yang dah ada dalam stor dapur rumah aku.

[Ais Krim Milo Mocha]

Bahan-bahan
1) 1 tin susu cair
2) 1/2 tin susu pekat
3) 1 tin milo mocha (boleh beli dekat mesin gedegang jugak)
4) 1 kotak kecil susu strawberi yang saiz kids punya...
5) 1 paket kecik chipsmore (terpulang nak letak ataupun tidak)

[Gambar: Bahan yang aku guna, cuma lain jenama je untuk susu. Pinjam gambar na tokei FB]

Cara Masak
1) Campurkan susu cair dan susu pekat lalu gaul sehingga ko rasa dia dah sebati dan kembang.
2) Masukkan milo dan susu strawberi dalam bahan nombor 1 tadi dan pastikan ianya sebati dengan sempurna. Kalau korang nak buat aiskrim jagung, mungkin boleh tukar milo mocha kepada susu jagung. Yang susu strawberi tu pula aku rasa mungkin nak bagi ais krim nie rasa dia punya soft. Mungkin la sebab aku nie bukan ye reti masak sangat.
3) Bila dah gaul semuanya sampai sebati dan kembang bagai, masukkan chipsmore yang dah dipatah-patahkan ke dalam bahan yang telah digaul tadi.
4) Letak dalam bekas ais krim lalu masukkan dalam freezer dan tunggu semalaman.
5) Bila dah siap, boleh makan dengan gembira dan geram sebab nak siap ambil masa dekat sehari tapi makan tak sampai sejam dah habis.


Mula-mula memang nampak macam tak berapa menarik tapi bila dah cair sikit memang rasa macam ais krim. Tapi betul ke tidak macam buskin robin tu aku tak tahu sebab aku pernah rasa sesudu je ais krim mahal tu, itu pun rasa kawan punya. Kalau nak tengok resepi asal dia, boleh tekan dekat link ini ---> SINI.

[ Jangan sedih kalau tengok jadi macam nie sebab yang penting ialah rasa ]
Kalau macam aku yang jenis gaul sambil lewa, aku cadangkan gunalah blender supaya dia betul-betul sebati. Baru nampak cantik sikit rupanya sebelum dan semasa nak makan ais krim nie. Bahan yang aku guna nie semuanya saiz kecik dan cukup untuk isi dalam bekas aiskrim yang 1 liter lebih tu. Oklah, selamat mencuba.

No comments:

Kisah2 Sebelum Ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...